Browsing articles in "Jalan"

Pameran F1 BMW Sauber Petronas

Hari ni hari minggu, bersamaan dengan hari ahad. Firstly aku tak plan nak pergi jalan mana² sebab ‘bajet’ tak mencukupi. Ingat nak duk umah tido. Dalam pukul 5 lebih, telefon berbunyi dari bapa saudara aku, dia ajak pergi tengok pameran F1 dekat dengan rumah aku. Jadi aku pun bersiap dan ikut je la. Sampai je dekat tempat yang dituju, perghhh memang ramai orang siot yang membeli belah. Tapi tak kisah la kan ramai orang, sebab aku bukan nak tengok dia orang pun. Aku terus pergi ke pameran tu dan dapat di lihat ada sebuah model kereta F1 team BMW dan Mazda RX8 untuk cabutan bertuah.


Pameran ni bertujuan untuk menarik minat pengunjung yang datang untuk membeli tiket F1 yang akan diadakan di Sepang nanti. Lepas pusing² sekitar tu, aku sempat try bawa simulator F1, semua ada 4 simulator. Simulator ni macam game arked ‘nascar’ . Alah satakat bawa simulator apa kes, aku siap ada lesen kelas A dan C lagi. Jadi memang tak jadi masalah la untuk aku bawa simulator ni.


Lepas try simulator ni, aku sempat tengok servenior yang ada. Tapi tak boleh tahan harganya beb. Satu sweater Ferrari harga dia RM650. OMG mahal, last² balik rumah dengan penuh kegembiraan sebab menang race tadi :)

aksi poyo aku sambil di perhatikan orang ramai
model kereta BMW Sauber Petronas

Wayang Dan Dorayaki

Disebabkan hari ni cuti sempena perayaan Thaipussam, aku mengambil peluang untuk lari dari kesibukan di Pulau Pinang pergi ke tanah besar (semenangjung). Aku dari awal² dah plan untuk menonton wayang dengan si Luthfi. Alhamdullilah apa yang di rancang menjadi. Setelah aku bertolak seawal jam 10 pagi ke rumah dia, kami terus pergi Golden Screen Cinema (GSC) di Sunway Carnival Mall. Memandangkan tak banyak filem yang ada, aku cadangkan untuk tengok filen Ong Bak 2 sebab cerita melayu yang ada hanyalah Sifu dan Tongga (aku tak layan sangat cerita melayu).

Aku memang minat filem yang penuh dengan aksi macam ni, sebab sebelum ni memang dah layan filem aksi dari Tony Jaa macam Ong Bak dan Tom Yum Goong. Durasi filem tak la panjang sangat cuma lebeh kurang 90 minit je, tapi persembahan cerita memang tak menghampakan sebab 10 minit pertama telah banyak aksi² yang ditunjukkan. Filem ni sesuai untuk 18SG dan keseluruhan citer ni aku bagi :D

Apasal 4 bintang sebab ending cerita ni ntah apa². Kalau korang tengok baru korang paham. :o ups:

Lepas habis menonton wayang kami pun makan di restoran nasi kandar berhampiran, isi perut sampai kenyang. Kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Jusco Bandar Perda. Kami pergi sini sebab aku dah lama mengidam nak makan doraeyaki. Kali terakhir yang aku makan ialah sebelum bulan puasa tahun lepas (kira dah lebih kurang 5 bulan aku tak makan). Memang tak sah kalau aku singgah kat sini kalu tak beli doraeyaki. Memang sedap dan banyak pilihan perasa. Lagi pun tak la mahal sangat harga dia cuma RM 1. 40 untuk satu. Bukan senang dapat makan doraeyaki ni sebab selalu dapat tengok doraemon je makan dekat TV;)

Kedai ni orang melayu yang usahakan jadi abaikan tulisan jepun diatas
kami beli sampai habis stok..huhu :o :

doraeyaki feveret ku

Jan 26, 2009

Penang To Pahang

Penang to Pahang
Perjalanan yang mengambil masa 8 jam, merentasi 5 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Pahang sejauh hampir 6oo km (sehala)Pemergiaan ke Pahang bukan lah atas dasar cuti2 Malay’sia tapi atas jemputan kenduri dari pihak lelaki (abang ipar aku). Perjalanan yang jauh memang meletihkan, tambahan pula kena drive sendiri. Tapi apa yang best jauh perjalanan luas pandangan tu yang dapat di gambarkan.


HARI 1

Perjalanan di mulakan seawal pagi (hari jumaat) pukul 4 pagi. Kami bertolak dari rumah dengan berkonvoi 4 biji kereta untuk ke sana. Dalam perjalanan kami hanya sempat buat 3 hentian rehat di R&R Bukit Merah, Tapah dan Bentong untuk mengisi perut dan minyak. Sampai je kat Pahang dalam pukul 1 tengah hari. Kami terus pergi kat homestay di Bandar Pusat Jengka berhampiran dengan rumah abang iparku di Kota Gelanggi. Kami sampai awal sehari dari majlis. Jadi petang tu cuma pergi jalan² sekitar pekan Jerantut.


HARI KE 2

Keesokan harinya (hari sabtu), majlis berlangsung dengan lancar. Biasa la dah nama pun kenduri, mesti la meriah walaupun aku tak kenal orang di sana. Jadi setelah selesai majlis kami pun balik ke homostay. Dah tak ada aktiviti nak buat memandangkan cuaca di sana tak menentu. Tapi kami sempat pergi pasar malam berdekatan dengan tempat tinggal kami. Banyak maknan yang ada, memandangkan perut dah kenyang dari tengah hari tadi, jadi tak banyak sangat membeli sebab nanti membazir.


HARI KE 3

Hari ke tiga (ahad) semua orang kena bangun awal. Setelah semua selesai, dari Pahang kami terus bertolak ke Lenggeng, Negeri Sembilan dalam pukul 9 pagi sebab nak kena hantar abang aku yang berkerja di sana kul 2 petang.

tmpt abg aku keje

Jadi kalau ikutkan plan, lepas hantar abang aku di sana kami nka gerak terus ke Melaka, tapi di sebabkan tempat nak tidur tak ada (semua hotel penuh). Jadi dengan penuh hampa dan kecewa kami terus balik ke Penang. On da way nak balik kami sempat penuhkan perut dekat R&R Dengkil. Aku sempat makan satay kajang je kat sana.


Lepas makan sambung balik perjalanan, cuaca seperti biasa tak menentu, sekejap hujan sekejap tak. Masa kat highway di Ipoh kalau tk silap, aku sempat snap pic ni dalam kereta. Gambar kebesaran Ilahi.


Hentian seterusnya kat R&R Tapah dan Bukit Merah. Biasa la makan², isi minyak dan berehat sebentar. Akhirnya selamat sampai ke rumah dengan selamatnya pada pukul 10.30 malam. Nasib baik jambatan Pulau Pinang tak sesak. Pepatah melayu ada mengatakan:

“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”

P/S:  Sepanjang 3 hari aku tak online dah banyak dah bloggers yang dah update blog korang, nanti aku senang aku pergi lawat ye :D

Jan 13, 2009

Penang Toy Museum

Hari ahad yang lepas, aku, kezen aku & luthfi pergi ke Toy Muzium. Hahaha tak da tempat lain ke korang nak pergi. Sebenarnya kami pergi ke Muzium Mainan a.k.a Toy Museum yang terletak di Tanjung Bungah (kat Penang saja ada). Aku dah plan nak pergi dah lama dah, cuma tak ada masa, kenderaan dan teman  yaang nak temankan aku ni.


Apa yang sedih tentang aku ni, aku dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang sejak azali lagi, tapi tak pernah pulak menjejakkan kaki ke muzium tu. Jadi aku dengan penuh tekad dan semangat yang waja nak jugak² pergi siap plan seminggu lebih awal² . Kalau korang nak tau, muzium mainan ni merupakan yang terbesar di dunia dengan lebih 100 ribu mainan yang ada (kalau tak salah la) dan memegang 2 rekod The Malaysia Book of Records.


Aku plan nak pergi bertiga. Jadi aku kena tunggu luthfi kat rumah aku dulu sebab dia datang dari seberang. Lepas dia datang kita orang gerak dalam pukul 1 tengah hari naik kereta, jadi sampai sana cuma ambil masa 30 minit je. Memang excited gila sebab ni 1st time la katakan. Sampai je kat sana, nak masuk kena la bayar dulu. Tiket cuma RM10 seorang. Kira ok la kalau nak di bandingkan dengan pelancong asing sebab dia orang kena bayar mahal lagi dari orang Malaysia. :bloody:

huhu sampai gak aku akhirnya

Bila masuk je dalam muzium tu. Oh sugguh ku tak sangka, banyak gila mainan yang ada. Patut le jadi muzium yang terbesar kat dunia aku kata dalam hati. Jadi rambang mata di buatnya. Sebenarnya memang le banyak ‘figure’ tapi apa yang boleh aku kata dari sekecil-kecil mainan hinggalah sebesar-besar badan aku.


Banyak gak mainan yang ada di ambil dari watak kartun, movie, game, ahli muzik dan sukan etc. Antaranya ialah Star Wars, Hell Boy, Pirates Of The Carribean, Mr. Bean, Tarzan, Ninja Turtle, Spiderman, Batman, Ultraman dan tak lupa gak Superman (memang tak dapat nak bagi tau semua sebab banyak sangat yang ada kat sana).


Tapi apa yang best kat sini ialah tandas dia, nampak macam klasik pun ada jugak. Dah la tu kalau nak masuk mahal la kena bayar RM10 (bayar duit tiket jadi masuk tandas free) Tak percaya tengok pic ni.

tandas yang pelik


haha sempat gak snap


Aksi paranomal aku a.k.a pesakit tanjung rambutan ketika terlepas dari wad


huhu…snap 1 lagi gambar

4 skawan

arghh allien tolong jangan gigit tangan aku

kak Lara Croft jangan la tembak aku

ntah apa²

Bat-ryL

Aku dan abg Jack Sparrow (sape lagi hensem)

Supe-ryL

Go..Go..PoweRyL

Geng FB