Penang To Pahang
Penang to Pahang
Perjalanan yang mengambil masa 8 jam, merentasi 5 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Pahang sejauh hampir 6oo km (sehala). Pemergiaan ke Pahang bukan lah atas dasar cuti2 Malay’sia tapi atas jemputan kenduri dari pihak lelaki (abang ipar aku). Perjalanan yang jauh memang meletihkan, tambahan pula kena drive sendiri. Tapi apa yang best jauh perjalanan luas pandangan tu yang dapat di gambarkan.
HARI 1
Perjalanan di mulakan seawal pagi (hari jumaat) pukul 4 pagi. Kami bertolak dari rumah dengan berkonvoi 4 biji kereta untuk ke sana. Dalam perjalanan kami hanya sempat buat 3 hentian rehat di R&R Bukit Merah, Tapah dan Bentong untuk mengisi perut dan minyak. Sampai je kat Pahang dalam pukul 1 tengah hari. Kami terus pergi kat homestay di Bandar Pusat Jengka berhampiran dengan rumah abang iparku di Kota Gelanggi. Kami sampai awal sehari dari majlis. Jadi petang tu cuma pergi jalan² sekitar pekan Jerantut.
HARI KE 2
Keesokan harinya (hari sabtu), majlis berlangsung dengan lancar. Biasa la dah nama pun kenduri, mesti la meriah walaupun aku tak kenal orang di sana. Jadi setelah selesai majlis kami pun balik ke homostay. Dah tak ada aktiviti nak buat memandangkan cuaca di sana tak menentu. Tapi kami sempat pergi pasar malam berdekatan dengan tempat tinggal kami. Banyak maknan yang ada, memandangkan perut dah kenyang dari tengah hari tadi, jadi tak banyak sangat membeli sebab nanti membazir.
HARI KE 3
Hari ke tiga (ahad) semua orang kena bangun awal. Setelah semua selesai, dari Pahang kami terus bertolak ke Lenggeng, Negeri Sembilan dalam pukul 9 pagi sebab nak kena hantar abang aku yang berkerja di sana kul 2 petang.
Jadi kalau ikutkan plan, lepas hantar abang aku di sana kami nka gerak terus ke Melaka, tapi di sebabkan tempat nak tidur tak ada (semua hotel penuh). Jadi dengan penuh hampa dan kecewa kami terus balik ke Penang. On da way nak balik kami sempat penuhkan perut dekat R&R Dengkil. Aku sempat makan satay kajang je kat sana.
Lepas makan sambung balik perjalanan, cuaca seperti biasa tak menentu, sekejap hujan sekejap tak. Masa kat highway di Ipoh kalau tk silap, aku sempat snap pic ni dalam kereta. Gambar kebesaran Ilahi.
Hentian seterusnya kat R&R Tapah dan Bukit Merah. Biasa la makan², isi minyak dan berehat sebentar. Akhirnya selamat sampai ke rumah dengan selamatnya pada pukul 10.30 malam. Nasib baik jambatan Pulau Pinang tak sesak. Pepatah melayu ada mengatakan:
P/S: Sepanjang 3 hari aku tak online dah banyak dah bloggers yang dah update blog korang, nanti aku senang aku pergi lawat ye




penatnya jalan mcm tu… tp best sekali sekala
[Reply]
hujan perak xde ke?hahah:P
[Reply]
jauhnye perjalanan
xpenat ke?
[Reply]
ak x mo komen pa2..
cuma nak puji..
tulisan Penang-Pahang=Selangor tu..
cantek betol..
TAHNIAH..!!
great idea..!
[Reply]
salam Bro !
travel memang seronok walau memenatkan tapi aku kagun jugak la merentas 4 negeri hanya mengambil masa 8 jam hanya dengan cara Bertolak sahaja
Ini bermakna sama kelajuan yang diambil dengan menaiki kenderaan..!
4 buah kereta pulak tu…
Bro, apa ilmu pakai ?
[Reply]
jauh perjalanan luas pemandangan =)
[Reply]
–>kapten
hmm..skali skala mmg besh
–>faqiha
jgn nk ngada2
–>cokyana
mmg penat..
tp besh sgt2
–>lan
thnx ya atas pujian
–>sheikh
mn ada ilmu apa2…
–>kyla
hehe..tau x pa
[Reply]
aku tak suka kena drive jauh2.,sakit mata.,sakit otak.,sakit badan huh..,tapi aku di paksaaaa.,,
[Reply]
mak aihh.. ibarat pusing satu malaya. mesti penat gila.
[Reply]
ehem.2… lama x jenguk c ni.. huhu…
ada ole2 ker utk ochie dr sana ryl?? lalla
[Reply]
salam.. jemput add my blog : http://www.myadha.com
[Reply]
gila jauh jalan.. x kematu ke punggung?? lagi kesian orang yg drive.. mesti lenguh kaki.. ole2 aku maner? ;p
[Reply]
x penatnye lau sonok ye x?
huuu;)
[Reply]
–>eriq
naseb kita sama
nk bt mcm mn
–>goasop
x le satu malaya(hampir2)
mmg penat
–>oci
mn ada ole2
krill pegi bkn nk shopping
hehehe
–>En.PeRD
x de lorr
aku x smpt nk beli ape2 kt sn
–>che'ah
hehe
mmg pon mcm tuuu
[Reply]
hehehe…
besh nye dapat jalan2 ek…
[Reply]
isk3…beshnyer die jalan2….
[Reply]
hahaha.. biase ar.. ngan penat lagik.. nak shopping jadahnyer.. ekekeke..
p/s : aku dah tag ko.. gi amek kat blog aku… >.<
[Reply]
besh la kau dapat jalan2..
haha..
btw lawa gambar pelangi 2..
[Reply]
yep.btoi kata2 tu
hujan emas hujan batu tu
btoi.
kita dpt rsa sniri bla kita lalui sniri menda tu an
enjoy bca blog ne
[Reply]
–> m'Z faRa..
mmg besh dpt jln2
tp penat sihh
–> cacen86
hehe…bese jer
–>En.PeRD
btul2…
nnt aku jwb yer
–> khairul™
mmg lawa
kebesaran Ilahi
–>angkasa
tengs ya dik
[Reply]
wlcme
[Reply]
jawuh betol perjalanan… kalau jadi penumpang pown penat… saket tulang belakang.. duduk lelame dalam kete..
[Reply]
best nye jalan2… “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”
ayat awak tu sgt2 betul!
have a nice day!
[Reply]
–> angkasa
hehe..came2
–> ann
mmg pon skit satu bdn, tp sonok la
–> Rai
hmm, saya tau sbb apa…sbb awk rndu kan dkt M'sia kan
have a nice day to kpd awk
[Reply]