Konsert Maher Zain – Save The Soul
Seluruh peminat Maher Zain tahu yang dia akan datang ke Malaysia untuk mengadakan mini konsert sulungnya di sini. Bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober 2010 bermula jam 8 malam. Konsert yang bertemakan Save The Soul ini diangkat bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara ini. Aku memang minat sangat-sangat nak pergi mini konsert ni. Tapi apakan daya, tiket untuk menonton konsert Maher Zain ni fully booked. Ini disebabkan miscommunication antara aku dan kawan aku untuk membuat tempahan tiket ni. Aku sangkakan dia yang buat tempahan dan dia pula sangkakan aku yang buat tempahan. Bila di tanya dua-dua tak buat tempahan tiket lagi dan bila aku telefon pihak penganjur, mereka katakan yang tiket telah penuh. Alahai, ruginya tak dapat pergi. Kalau ada sesiapa ada tiket lebih nak jual bagi tau la aku ye. Tapi aku dengar ramai rakan bloggers yang lain akan pergi nanti, selamat berhibur di sana nanti.
Walaupun konsert ni akan diadakan dalam masa dua minggu dari sekarang. Tapi aku ada beberapa perkara mengenai konsert ni yang aku rasa something missing. Entah la, ni mungkin dari pemerhatian aku je kot.
Publisiti dan Pengiklanan
Memang benar yang konsert ni fully booked. Tapi kebanyakan peminat hanya tahu kedatangan Maher Zain ke Malaysia melalui facebook rasminya dan di blog-blog. Mana perginya media masa khususnya media cetak dan elektronik. Mungkin aku sendiri yang tak tengok tv atau dengar radio, kalau di surat khabar hari-hari pasal kisah 2 Alam je. Media lebih suka siarkan gosip-gosip untuk menaikan rating pembaca berbanding menyokong seorang penyanyi yang menperjuangkan islam.
Lokasi
Aku difahamkan yang Auditorium MBSA hanya boleh memuatkan 1400 tempat duduk dalam satu-satu masa. Maknanya hanya 2800 tiket sahaja yang dikeluarkan untuk tempoh 2 hari konsert ni dilangsungkan. Ini jauh berbeza skala kapasiti yang boleh ditampung jika dibuat di tempat lain contohnya di Stadium Bukit Jalil, Stadium Negara, PWTC ke. Akibat kapasiti tempat yang terhad, maka ramai yang frust tak dapat tiket untuk melihat Maher Zain secara langsung termasuklah aku salah seorangnya.
Penajaan
Faktor penajaan mungkin menjadi masalah utama untuk membuat pengiklanan dan publisiti selain dari pemilihan lokasi. Ya memang benar, susah untuk mendapatkan penajaan selain untuk meyakinkan pihak penaja untuk menarik mereka untuk melabur supaya pelaburan mereka berbaloi-baloi. Tapi trend di Malaysia, syarikat-syarikat besar lebih suka melabur keatas artis-artis dari barat dan dari negara seberang (Indonesia) berbanding seperti Maher Zain. Mungkin mereka tak kenal siapa dia Maher Zain. Apa-apa pun itu hak mereka, mungkin pihak penganjur konsert boleh usahakan alternatif lain untuk konsert-konsert yang akan datang.
Aku dah beli CD original Maher Zain sebagai menyokong usaha industri muzik islamik dan artis islamik. Thank You Allah album da best song ever, berbaloi-baloi beli ori berbanding download.
P/S: Bulan 10 genaplah umur aku yang ke….
Fenomena Muzik Di Malaysia
Muzik rock & roll diperkenalkan seawal tahun 50an di ikuti pop yeh yeh pada tahun 60an, 70an pop, 80an rock kapak, 90an pop band, awal tahun 2000 tangkap leleh dan akhir 2000 muncullah kumpulan-kumpulan indie (underground) menghiasi persada seni negara. Kalau di ikutkan ada lagi genre-genre muzik yang mewarnai industri muzik tanah air suatu ketika dahulu tapi tidak dapat bertahan lama seperti muzik dangdut, jazz, rap, hip hop dll. kerana persaingan jenis muzik pada zaman yang sama dan hanya mempunyai sebilangan kelompok peminat sahaja.
Berbalik kepada tajuk entri ini, fenomena muzik di Malaysia banyak berubah. Jika dibandingkan dengan negara luar, muzik mereka lebih universal walaupun ada yang bergenre punk, heavy metal, reggae, gothic, ska, dan banyak lagi tapi cara penerimaan mereka berbeza dengan di Malaysia. Sorry to say that pemikiran dan minda mereka lebih terbuka dan muzik hanyalah sebagai hiburan. Jika di Malaysia seseorang individu atau kumpulan yang berimejkan metal, hard rock atau gothic di budayakan di negara kita, perspektif masyarakat terhadap mereka sudah pasti negatif. Memang tidak semua tapi kebanyakan masih lagi berpemikiran tipikal.
Memang negara kita bukan pelopor genre muzik sebegini dan budaya ini di bawa masuk dari luar. For me music is universal. Sesiapa saja boleh menjiwai apa-apa jenis muzik. Mungkin sesetengah orang mengambil feel dengan cara pemakaian mengikut kesesuaian muzik tersebut. Siapa tahukan. Jadi jangan menilai seseorang itu dari luaran. Itu baru satu point tentang fenomena muzik di Malaysia, kalau nak ikutkan banyak lagi yang boleh diperkatakan. Ini belum lagi berbicarakan tentang tarian terkinja-kinja seperti shuffle, techtronic, breakdance, poco-poco dll. yang menjadi trend di Malaysia masa kini.
P/S: Ini cuma pendapat peribadi sahaja. Siapa yang tidak bersetuju atau ingin mengemukakan pendapat dan pandangan untuk dikongsi bersama, sila komen di ruang yang disediakan.
Istimewanya Maher Zain
Lupakan sejenak tentang drama atau kumpulan dari korea yang pernah aku tulis sebelum ni. Actually aku tertarik dengan penyanyi yang bernama Maher Zain. Siapa Maher Zain, tak kenal pun? Memang rugi beb tak kenal dia ni. Ok ni serba ringkas tentang si Maher Zain.
Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.
Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.
Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.
Seriously aku jarang dengar lagu-lagu dari luar melainkan aku betul-betul suka dengan lagu tu atau artis tu sendiri contohnya macam Taylor Swift. Tapi kali ni lain kerana apa yang buat aku lebih minat dengan dia ialah konsep dan kelunakkan suara dia ni. Secara am’nya konsep yang dia bawa lebih kepada berbentuk islamik. Serius memang semua lagu-lagu dari dia memang superb bagi aku. Tak boleh nak bandingkan mana yang best, bagi aku semua best dan ada kekekuatan tersendiri dari segi susunan lirik dan lagu. Kebanyakkan lagu-lagu berbentuk ketuhanan ni sesuai sangat dengan semua peringkat umur dan boleh membuatkan hati kita tenang apabila mendengar. So enjoy the song randomly choosen by me. Bagi yang pertama kali dengar pasti jatuh cinta dengannya.
P/S: Download album penuh Thank You Allah di sini http://bit.ly/cQvYFX atau dapatkan CD original dengan beli secara online di http://bit.ly/biYYc6
Jom Layan Drama Dan Kumpulan Dari Korea
Firstly, aku rasa dalam hidup aku baru berapa kerat je drama korea yang aku follow. Kalau tak salah aku, drama Memories of Bali & Sassy Girl Chun Hyang merupakan dua drama korea yang mula-mula aku layan sampai habis. Itu pun sekitar tahun 2004/05. Agak kesian bagi aku tak layan drama-drama korea yang hot seperti Winter Sonata, Full House, Stair Way To Heaven dll. Lepas aku masuk asrama sampai sekarang, aku dah mula ketinggalan pasal drama-drama korea ni. T__T.
Kalau orang tanya aku drama korea yang hot sekarang ni, sumpah aku tak tau. Dulu bila aku blogwalking, tengok status kawan-kawan di facebook dan YM, semua orang sibuk cerita pasal Boys Over Flowers. Aku pulak blur siapa tanya ni kumpulan apa ekkk. Sah tak ikut perkembangan sekarang ni, dulu layan drama korea sebab minat Jang Nara. kuikui
Tapi sekarang ni, aku lebih suka layan group dari korea macam SNSD, Wonder Girls, Super Juniordll. Boleh katakan setiap hari layan lagu SNSD kat youtube. HAHA comel siut dia orang ni. Dah la suara lunak, pandai menari pulak tu. Tergugat iman sementara… wakaka. First time tengok dia orang masa video klip Gee, terus jatuh hati. Sekarang ni layan video klip yang terbaru Oh!.
Tak puas layan kat youtube aku siap download satu album terbaru SNSD. Memang layan beb. Kalau sapa yang nak downlod, boleh klik kat SINI. Lagu-lagu jenis k-pop kebanyakan semuanya catchy song, sebab tu ramai yang cepat tangkap. Even budak-budak sampaikan ke mak bapak budak pun boleh layan lagu-lagu macam ni.
P/S : Betul ke orang kata bila tengok drama korea hati selembut tisu
Situasi Mencetuskan Revolusi Dari Bunkface

Minggu lepas aku ada la lepak kat myspace kawan aku. Dia ni peminat local indie band (macam aku gak tapi aku ni tak la die hard sangat). Pastu dia bagi tau kat aku yang group Bunkface ni dah keluar single terbaru. Aku memang dah tau yang group ni nak keluarkan single baru, cuma tak tau bila je nak realease. Lepas dia kata mcm tu, aku terus pergi lawat official myspace group Bunkface ni. Aku pun layan la lagu baru dia orang ni yang bertajuk Revolusi, ni merupakan single melayu dia org yg kedua (kalau tak salah aku la) selepas lagu hit dia orang Situasi yang mendapat tempat di hati pendengar. Kalau tak salah aku lagi, lagu Situasi ni pernah menduduki carta no 1 dalam carta Hot fm.
Lepas aku layan lagu ni kat myspace, aku rasa best je dengar. Catchy sama macam lagu-lagu dia orang sebelum ni. Aku macam tak puas hati je dengar lagu ni, aku pergi la search kat internet mana nak tau dah ada ke belum lagu ni. Nasib aku memang baik sebab aku ada jumpa dalam satu link untuk download. Siapa rasa yang nak layan lagu ni boleh klik < — di sini untuk download.
P/S: Aku hanya pendengar universal, lagu apa yang best aku layan tanpa mengira latar belakang penyanyi tu macam mana, yang penting dapat menghiburkan hati. :love:










