Jun 15, 2010

Fenomena Muzik Di Malaysia

Muzik rock & roll diperkenalkan seawal tahun 50an di ikuti pop yeh yeh pada tahun 60an, 70an pop, 80an rock kapak, 90an pop band, awal tahun 2000 tangkap leleh dan akhir 2000 muncullah kumpulan-kumpulan indie (underground) menghiasi persada seni negara. Kalau di ikutkan ada lagi genre-genre muzik yang mewarnai industri muzik tanah air suatu ketika dahulu tapi tidak dapat bertahan lama seperti muzik dangdut, jazz, rap, hip hop dll. kerana persaingan jenis muzik pada zaman yang sama dan hanya mempunyai sebilangan kelompok peminat sahaja.


Berbalik kepada tajuk entri ini, fenomena muzik di Malaysia banyak berubah. Jika dibandingkan dengan negara luar, muzik mereka lebih universal walaupun ada yang bergenre punk, heavy metal, reggae, gothic, ska, dan banyak lagi tapi cara penerimaan mereka berbeza dengan di Malaysia. Sorry to say that pemikiran dan minda mereka lebih terbuka dan muzik hanyalah sebagai hiburan. Jika di Malaysia seseorang individu atau kumpulan yang berimejkan metal, hard rock atau gothic di budayakan di negara kita, perspektif masyarakat terhadap mereka sudah pasti negatif. Memang tidak semua tapi kebanyakan masih lagi berpemikiran tipikal.


Memang negara kita bukan pelopor genre muzik sebegini dan budaya ini di bawa masuk dari luar. For me music is universal. Sesiapa saja boleh menjiwai apa-apa jenis muzik. Mungkin sesetengah orang mengambil feel dengan cara pemakaian mengikut kesesuaian muzik tersebut. Siapa tahukan. Jadi jangan menilai seseorang itu dari luaran. Itu baru satu point tentang fenomena muzik di Malaysia, kalau nak ikutkan banyak lagi yang boleh diperkatakan. Ini belum lagi berbicarakan tentang tarian terkinja-kinja seperti shuffle, techtronic, breakdance, poco-poco dll. yang menjadi trend di Malaysia masa kini.


P/S: Ini cuma pendapat peribadi sahaja. Siapa yang tidak bersetuju atau ingin mengemukakan pendapat dan pandangan untuk dikongsi bersama, sila komen di ruang yang disediakan.

22 Comments

  • music is universal, so kerajaan takleh nak sekat stesen2 radio dari memutarkan lagu dari luar terutama dr indon..hehe
    x-po´s last [type] ..FILEM 2 ALAM: DR ROZMEY, GILA ATAU WARAS?

    [Reply]

    yonna Reply:

    sebab lagu indon ternyata lagi best dari malaysia -___-
    yonna´s last [type] ..Tentang Dia & Tentang Diya

    [Reply]

    Khairil Reply:

    yup…memang pun lagu indon best2, tapi ada gak lagu2 artis malaysia yang best..tapi xsemua la =.=”

    lagi satu artis malaysia takut tergugat dan tak dapat cari makan kat negara sendiri sebab tu kerajaan limit’kan pemutaran lagu2 dari indon kat semua stesen radio

    [Reply]

    acapz Reply:

    de yg best de yg xbest. harap mklum. indon xptut lagu diputarkn kt malaysia. huhu
    acapz´s last [type] ..NoVirusThanks – Zeus Trojan Remover

    [Reply]

    lYnn_tEkA~tEkI Reply:

    hUhuhU~
    bt0l3x..kal0 nak sngat lgu ind0n,baek duk kat ind0n jer~
    hEhEhE

    lYnn_tEkA~tEkI Reply:

    awak nie minah ind0n ea??
    hehehe~

    [Reply]

    lYnn_tEkA~tEkI Reply:

    awak nie minah ind0n ea??

    [Reply]

  • berkaitan penerimaan org Malaysia pasal fenomena muzik ni…
    aku rasa la, org kita ni okay je ngan music mcm ni.. kite terima je pape music metal ke besi ke ape sume tu.. cuma bila org kita sniri yang menyampaikan music jenis2 tu, perspektif dah mula berubah.
    bukannya apa, kita ni kan rakyat Malaysia agama rasminya adalah agama islam.
    and kebanyakan artis2 kita adalah orang islam.
    so bila “org islam” yang menyampaikan music metal2 sume tu, nampak macam tak kena.
    tp tu la. macam yg x-po kata, muzik is universal. jenis music yang disampaikan tak semestinya mencerminkan jenis si penyampainya.
    tapi itulah kot sebab sebenarnya perspektif kita macam tu.
    Azah´s last [type] ..Her Name Was Rachel Corrie

    [Reply]

    fudhail Reply:

    muzik nih hanya sekadar muzik..even metal ngan dangdut pon sama jer….
    depend on mesej yg disampaikn dan imej personaliti penyampai tu..kita je yg mencorak kn atau yg bg inspirasi kat sapa2 kat luar sana tu…1st imej berpakaian. 2hd mesej lagu itu sendiri….mcm aku berkarya melalui musik metal hardcore nih..kita kene ada etika kehidupan kita sendiri….apa yg patut dan apa yg xpatut…mmg budaya barat tu ada yg xelok…jd jgn ikut yg xelok….yg elok ok la kn…

    [Reply]

  • dats rite. music is universal. life’s like an empty box wihout music. music makes ur world go round.
    jack´s last [type] ..Kurangkan Berat Badan Secara Sihat

    [Reply]

  • aku layan semua muzik janji sedap di telinga…hehehe… lama tak dengar dikir laba
    etomyam´s last [type] ..White Blackberry Bold 9700 Di Pasaran Malaysia

    [Reply]

  • asalkan hati gembira, jiwa bahagia, itu sudah cukup :D

    [Reply]

  • muzik adalah universal. asalkan hati gembira, jiwa ceria :D

    [Reply]

  • suka dgr muzik..tak kisah apa rentak yg pasti muzik yang tu tak menyakitkan telinga swktu mdgarnya..heee

    [Reply]

  • salam kenal..weh..aku layan apa sahaja musik dan kumpulan rock tempatan yang aku paling layan adalah cromok
    ishak´s last [type] ..Tutorial – Jenamakan feedburner google anda dengan subdomain domain sendiri

    [Reply]

  • setuju dengan kata Azah..

    [Reply]

  • lagu ind0n ape kez??
    supp0rt lah music malaysia weh..

    [Reply]

  • klau nk dikatakan.ak layan lagu x kira dri mlaysia,indonesia,united kingdom,america or else.
    ak lebih minat musik hardcore iaitu musik punk. contoh yang glemer bring me the horizon. punk rock pun sedap didengar seperti paramore, greenday. klau dari malaysia seperti tunelari dan dead eye glow.

    klau korang duk rumah dgr radio je.lbih baek pi gigs2 kat serata kbndar korang. local people nyer musik x kurang hebatnye. kita panggil diorang sbgai indiependent band. pi gigs n dgr musik diorang. sure best. jgn duk dgr radio je.

    [Reply]

  • kita sendiri lah kne

    [Reply]

  • AQ sokong band dari malaysia sbb aq rse itu paling best tak kira dari 80-an hingga 2010,sebab satu lagi aq bkn lahir kat indon atau israel AQ lahir kat MALAYSIA! ahaks

    [Reply]

  • aq rse lagu dari 80-an hingga 2010 di malaysia plg gempak dan best.Satu lagi sebab aq lahir kat MALAYSIA bkn kat indon atau israel.tq

    [Reply]

  • Bagaimana dengan kemunculan Nasyid di Malaysia..?

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Geng FB