Konsert Maher Zain – Save The Soul
Seluruh peminat Maher Zain tahu yang dia akan datang ke Malaysia untuk mengadakan mini konsert sulungnya di sini. Bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober 2010 bermula jam 8 malam. Konsert yang bertemakan Save The Soul ini diangkat bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara ini. Aku memang minat sangat-sangat nak pergi mini konsert ni. Tapi apakan daya, tiket untuk menonton konsert Maher Zain ni fully booked. Ini disebabkan miscommunication antara aku dan kawan aku untuk membuat tempahan tiket ni. Aku sangkakan dia yang buat tempahan dan dia pula sangkakan aku yang buat tempahan. Bila di tanya dua-dua tak buat tempahan tiket lagi dan bila aku telefon pihak penganjur, mereka katakan yang tiket telah penuh. Alahai, ruginya tak dapat pergi. Kalau ada sesiapa ada tiket lebih nak jual bagi tau la aku ye. Tapi aku dengar ramai rakan bloggers yang lain akan pergi nanti, selamat berhibur di sana nanti.
Walaupun konsert ni akan diadakan dalam masa dua minggu dari sekarang. Tapi aku ada beberapa perkara mengenai konsert ni yang aku rasa something missing. Entah la, ni mungkin dari pemerhatian aku je kot.
Publisiti dan Pengiklanan
Memang benar yang konsert ni fully booked. Tapi kebanyakan peminat hanya tahu kedatangan Maher Zain ke Malaysia melalui facebook rasminya dan di blog-blog. Mana perginya media masa khususnya media cetak dan elektronik. Mungkin aku sendiri yang tak tengok tv atau dengar radio, kalau di surat khabar hari-hari pasal kisah 2 Alam je. Media lebih suka siarkan gosip-gosip untuk menaikan rating pembaca berbanding menyokong seorang penyanyi yang menperjuangkan islam.
Lokasi
Aku difahamkan yang Auditorium MBSA hanya boleh memuatkan 1400 tempat duduk dalam satu-satu masa. Maknanya hanya 2800 tiket sahaja yang dikeluarkan untuk tempoh 2 hari konsert ni dilangsungkan. Ini jauh berbeza skala kapasiti yang boleh ditampung jika dibuat di tempat lain contohnya di Stadium Bukit Jalil, Stadium Negara, PWTC ke. Akibat kapasiti tempat yang terhad, maka ramai yang frust tak dapat tiket untuk melihat Maher Zain secara langsung termasuklah aku salah seorangnya.
Penajaan
Faktor penajaan mungkin menjadi masalah utama untuk membuat pengiklanan dan publisiti selain dari pemilihan lokasi. Ya memang benar, susah untuk mendapatkan penajaan selain untuk meyakinkan pihak penaja untuk menarik mereka untuk melabur supaya pelaburan mereka berbaloi-baloi. Tapi trend di Malaysia, syarikat-syarikat besar lebih suka melabur keatas artis-artis dari barat dan dari negara seberang (Indonesia) berbanding seperti Maher Zain. Mungkin mereka tak kenal siapa dia Maher Zain. Apa-apa pun itu hak mereka, mungkin pihak penganjur konsert boleh usahakan alternatif lain untuk konsert-konsert yang akan datang.
Aku dah beli CD original Maher Zain sebagai menyokong usaha industri muzik islamik dan artis islamik. Thank You Allah album da best song ever, berbaloi-baloi beli ori berbanding download.
P/S: Bulan 10 genaplah umur aku yang ke….







lambat lagi.. ada lagi 10 hari nak cukup umoq! hahahaha
perghh banyak duit demo beli hok ori!
Luth Textile´s last [type] ..Ini bukan kes “cepat melatah”
[Reply]
suaige Reply:
October 13th, 2010 at 19:54
frust x dpt join
[Reply]
wau beli album, aku sume downoad je hehe bguslah kau.
atok´s last [type] ..Raya Gathering Generation 91 Maahad Mahmud
[Reply]
la~ tiket dah habis ker? sedihnyer tak dapat beli~ isk..isk..
btw, walaupun tiada publisiti untuk konsert Maher zain nih, tapi saya yakin, dunia internet jauh lebih luas berbanding akhbar dan tv sekarang nih. buktinya, ramai orang yang dah kenal dan dengar lagu-lagu Maher Zain. ya, radio juga memainkan peranan mempopularkan lagu-lagu beliau. Jika lagu-lagu beliau mendapat sambutan, begitu juga dengan konsert beliau, saya yakin, pasti akan ada lagi konsert Maher Zain yang lebih besar akan diadakan di Malaysia ini. sama-samalah kita beri sokongan. Insya’Allah~
Akuro San´s last [type] ..Ibu Ku Kembali Ke Rahmatullah Di Malam 1 Syawal 1431&8230
[Reply]
ini dia peminat maher dah datanggg! hoyehhh best laa mamat ni!
[Reply]
nasib baik aku dah tempah tiket awal2…aku booking 7 seat utk satu famili..aku rasa berbaloi2 spend rm1400 utk tengok performance maher zain ni..
[Reply]
babe Reply:
October 8th, 2010 at 03:57
rm14oo?? dasyat..janji satisfy..love maher zain coz tlah mlahirkan album yg bleh membuka mata .sesiapa saja yg mndngarnya.
[Reply]
aku suka lagu2 maher zain ni. hari tu dia ada dtg sydney, tp aku xleh nak gi. jauh sgt…
Amir Said´s last [type] ..Resepi Daging Masak Lada Hitam
[Reply]
tak sangka ramai peminat beliau di Malaysia..
Sop sokong beliau sepenuhnya kerana beliau perjuangkan lagu nasyid..harap boleh terus maju jaya
gnesop.com´s last [type] ..Tips blogger – blog baru VS blog lama
[Reply]
tahu dari blog juga -
p/s – birthday yg ke berapa?
jgn risau..cuma angka..lagi pun makin tambah lilin atas kek, makin besar kek…….makin kenyang kawan2…kan
Kujie´s last [type] ..Tips – 5 Cara Mendapatkan Pembaca Setia
[Reply]
maher zain mmg terbaek..klu hayati lirik2 die..mm..memang best!
Lee´s last [type] ..Senyum Ketawa Tangisan Riang Gembira
[Reply]
sangat setuju ! grr xdpt pergi :’(
´s last [type] ..OMG !
Nadee
[Reply]
Salam. Tiket dh habis ke?
Sape nak jual tu contact la sy…nak 2 tiket jer.
[Reply]
saya ada 1 ticket je extra. sapa nak beli boleh la. kawan dr singapore tak jadi nak dtg
http://lilredgoespublic.blogspot.com/2010/10/tiket-maher-zain-sapa-mau.html?spref=fb
[Reply]
frust nyer x sempat beli tiket konsert maher zain ni. anyone yg ada tiket tu n rase2 x dpt pegi pls jual kat sy bole x? just e-mel me a.s.a.p.
[Reply]