Fast Update #1
credit picture here
- Salam semua, ini cuma fast update buat seketika. Dah sebulan lebih aku menyepi dari blog, bukan tak nak menulis tapi kekangan masa menyebabkan segala aktiviti berkaitan dengan blog tergendala buat masa sekarang. Segala idea semua terpaksa terperam di dalam draft dulu. Tapi nanti aku akan post semua entri-entri tu untuk kongsi bersama.
- Dalam sebulan ni juga banyak perubahan dah berlaku terhadap diri aku. Dari seorang penganggur sementara kembali semula jadi seorang pelajar. Dah la tu belajar macam nak gila, tapi biasa la kan dah nama pun belajar mana ada yang senang. Lagi satu kos sara hidup kat Shah Alam ni mahal giler T__T
- Aku mula menyesuaikan diri dengan keadaan di sekitar Shah Alam berseorangan tanpa keluarga tersayang. Tapi ni bukan lah kali pertama aku berjauhan dengan keluarga dan nasib baik ada teman-teman seperjuangan semasa zaman sekolah. Atleast tak la rasa janggal dan teringatkan kampung halaman.
- Tak lama lagi bulan ramadhan menjelma. Rasa kejap je bulan puasa datang balik. Tahun lepas masa bulan puasa masa tu aku baru belajar setup blog wordpress. Masuk tahun ni dah setahun aku menggunakan wordpress, ni bermakna hosting dengan domain aku dah nak expired.
- Entah tak tau nak tulis apa dah, rasa macam banyak benda nak tulis tapi tak dapat nak luahkan kat dalam blog. Lagi satu aku rasa skill penulisan aku dalam blog macam dah hilang kemana. Itulah dah lama tak update.
Cukuplah entri ringkas sampai di sini, tunggu next entri pulak story lebih-lebih…see ya





selamat menyambut bulan ramadhan al`mubarak ea..
[Reply]
Khairil Reply:
August 10th, 2010 at 19:49
selamat berpuasa juga utk awak yaaa
[Reply]
aik?? fast Update # 1 lagi?? nmpak mcm ikut jejak langkah aku je? fast update sebulan.. lol..
Roronoa Zoro´s last [type] ..Ait !! Tengok- Tinggal Lagi Blog Ni Bersawang !!
[Reply]
Khairil Reply:
August 29th, 2010 at 13:09
haha..ok la dari xupdate langsung =.=”
[Reply]
[...] PC yang ada kat rumah untuk online dan buat assignment dll. Tapi sejak aku sambung belajar kat Shah Alam, talian internet streamyx kat rumah aku dah potong sebab tak ada siapa yang guna. Jadi aku perlukan [...]