Mar 18, 2011

6 Bulan Bersama P1 Wimax

This post base on my experience after six month i’m subscribe P1 Wimax.


 

Ya dah 6 bulan aku menggunakan perkhidmatan P1 Wimax. Aku tak kisah kalau kawan-kawan nak sakat aku kata duta ke apa sebab dalam 6 bulan terakhir ni, wimax adalah satu-satunya talian perkhidmatan internet yang aku gunakan. Aku mana ada iPad, nak online kat handphone pulak  aku jarang subcribe mobile internet, takat nak online kejap-kejap boleh la, kalau nak buat kerja, assignment semua terpaksa menghadap laptop jugak. Nak lepak mamak guna wi-fi, baik P1 aku laju lagi nak habaq mai kat hampa semua #fact


 

Gambar di atas adalah testimonial dari aku mengenai P1 Wimax. Ayat-ayat diatas di ambil dari post ni. Sejak aku menggunakan laptop wimax ready 4G, aku sering bawa laptop kemana-mana aku pergi bersama. Pertama sebab aku tak perlu hotspot untuk mendapatkan talian internet dan kedua aku sering mencuba kelajuan dan kepantasan melayari internet di kawasan-kawasan berbeza. Dengan ini aku dapat lihat sendiri tahap coverage di setiap tempat yang aku gunakan dan bandingkan kelajuannya di setiap tempat.

 

Dalam post ni aku akan nyatakan baik buruk pengalaman sendiri sepanjang 6 bulan aku menggunakan P1. Untuk berlaku adil, aku akan nyatakan 2 kebaikan dan keburukan dan tak terlalu bias dan troll sebab aku tak dapat apa-apa pun. Di ulang sekali lagi ni berdasarkan pengalaman peribadi dan mungkin pengalaman aku tak sama seperti orang lain.

 

 

Yang Baik


1. Mesra Khidmat Pelanggan

Khidmat Pelanggan atau Customer Service adalah satu yang perlu kita titik beratkan apabila melanggan sesuatu servis. Di sini kita dapat lihat, membezakan sesuatu syarikat ialah cara mereka melayan karenah pelanggan dan kecekapan mereka mengendali sesuatu masalah. Ini kerana mereka dapat memudahkan pelanggan untuk mendapatkan bantuan dan nasihat jika berlaku sebarang masalah. P1 salah satunya syarikat yang mempunyai servis khidmat pelanggan yang terbaik dan mesra pelanggan. Antara medium untuk berinteraksi dengan mereka boleh la menggunakan twitter, facebook, live chat mahupun email. Jika berlaku masalah, aku sering tweet ke mereka memandangkan twitter ialah rutin harianku. Respon yang mereka berikan sangat pantas dan sangat memuaskan.

 

2. Kepantasan Melayari Internet

Secara jujurnya aku tak pernah menggunakan unfi atau mana-mana broadband, jadi aku tak akan buat perbandingan dengan mana-mana perkhidmatan lain. Kelajuan internet P1 memang laju tapi mengikut kawasan, ini tak dapat di nafikan. Tanyalah mana-mana pengguna lain kalau tak percaya. Setakat nak download lagu dan movies, live stream tu kejap je tapi yang tak bestnya ialah FUP yang menyebabkan segala aktiviti sedikit terbatas.

 

Yang Buruk


1. Fair Usage Policy (FUP)

Untuk mendapatkan kepuasan kepantasan melayari internet, harga bukanlah sesuatu penghalang. Malahan ada sesetengah orang (tak termasuk aku) yang sanggup mengeluarkan duit lebih untuk itu, berbaloi-baloi kata mereka. Tapi apabila bercakap mengenai FUP apa reaksi sesetengah orang. Ada yang suka dan ada yang tak. Bagi yang heavy user seperti kaki downloader, FUP sememangnya satu masalah kerana mereka lebih gemarkan unlimited data plan, guna sepuasnya tanpa had. Yang baiknya FUP ni bagi mereka yang kurang menggunakan internet boleh la membuat pilihan plan yang bersesuaian dengan kegunaan dan kemampuan bajet. Tapi alangkah bagusnya kalau wimax ada unlimited FUP tapi aku tak pasti la talian wireless macam wimax ni boleh tak dapat unlimited FUP sama macam talian kabel streamyx ke tak? Sesiapa yang tahu boleh tolong jawab tak.

 

2. Coverage

Walaupun P1 Wimax telah mencapai tahap 4G, aku rasa ia cuma merangkumi sekitar kawasan-kawasan di bandar sahaja. Seperti yang aku katakan, aku sering bawa laptop kemana-mana dan mencuba di pelbagai kawasan. Yang sedihnya bila aku cuba di kawasan pedalam atau kawasan kampung-kampung, signal untuk coverage tak dapat. Sedih orang-orang kampung aku kalau nak guna P1, dah tak ada coverage macam mana nak promot. Tapi aku rasa hal ni mungkin boleh di naik tarafkan dari masa ke semasa.

 

Keseluruhan

Secara keseluruhan, setelah 6 bulan aku menggunakan perkhidmatan P1 serius aku sangat berpuas hati dengan sevis yang diberikan. Tipu lah kalau aku kata selama aku guna tak pernah mengalami masalah gangguan internet tapi itu biasalah. Bila dah guna broadband ada baik buruknya, harap yang baik terus dikekalkan dan yang buruk terus di pertingkatkan lagi. Adioss

21 Comments

  • Yang aku tau, streamyx bakal buat FUP… sebenarnya P1 nie bila ko ada kat kawasan yang signalnya bagus.. ko sendiri tak perasan yang bandwidth ko sebenarnya dah abes.. siyes beb

    [Reply]

    msbmna Reply:

    Betul. Seorang kawan aku ada kerja di TM, FUP akan dikenakan kerana majoriti pengguna Internet di Malaysia suka muat turun berlebihan secara berleluasa.
    msbmna´s last [type] ..Bersihkan bateri komputer riba dengan alkohol

    [Reply]

    sarjan_boleh Reply:

    ala,yg koje sana pun banyak yg kaki donlod.. termasuk la diorang sekali.. :P

    [Reply]

  • Yang bandwith tue, kalau dah habis, sekarang dah boleh beli tambahan dah. So, sekarang masalahnya cuma duit. Haha.
    aman´s last [type] ..HTC Incredible S Dilancarkan Di Malaysia

    [Reply]

  • cube cakap… menatang ape yang aku tak pernah cube selain dari jaring dengan timecel (kot kalau ade).. yang lain… maxis, celcom, digi, P1Wimax, P1Wiggy, Umobile, IZZInet… Streamyx? semua aku dah cube. last-last.. streamyx jugak la penyelamat jantung aku dengan mulut. so dah kurang maki hamun. bhahaha
    Kreuger´s last [type] ..Gambar “kertas dinding” di telefon bimbit

    [Reply]

    Roslan Nazri Reply:

    100% agreed.. walaupun aku tak pernah try sebanyak man.. tapi ISP spt Unifi Streamyx Celcom Maxis dan Digi aku dah penah try.. Malaysia ni kalo taknak kena FUP go for streamyx 4mb kalo support kat tempat korang.. dan paling best adalah Unifi Biz package..no FUP..

    bagi wireless broadband aku pergi kepada Maxis disebabkan kepantasannya.. sayang package unlimited/unmetered maxis dah takde..bg sape yang pernah subscribe dulu rm99 mmg untunglah. Line penyelamat adalah Celcom tapi tak sepantas Maxis cuma kebanyakkan kampung2 di Malaysia celcom ada 3g.. Digi? hanya bandar2 tertentu je.. kg aku mmg takde..speed better then celcom dan ade unmetered package cume diorang ade throttle speed gak.. claim mmbr aku..

    So far.. apa yang aku tanya dari abg aku yg pkr wifinet ni..Jangan harap lebih la dengan wireless broadband.. peak hour atau hujan jgn bising la kalo tak laju. Nak laju cari cable internet.. streamyx unifi.. sbb diorang bapak segala ISP kat Malaysia ni
    Roslan Nazri´s last [type] ..Nexus S Launching at Pavillion by Maxis

    [Reply]

  • Weh,sorila dok melawak dengan hang.panggil hang duta bagai. Heheheh
    tak sesiala kan kita pg tengok p1 kat bj haritu. Atlast hang puas hati dengan apa yang hang tengah pakai sekarang ni.

    So lepas ni memang kena mula bayar setiap bulan la kan?

    [Reply]

  • salam ziarah dan salam perkenalan… saya follow blog awak ek.. mai la singgah blog saya ek… follow la skali
    Awangku Johan´s last [type] ..Demi Masa

    [Reply]

  • Aku pun pengguna baru P1 Wimax 4G,aku sgt berpuas hati walaupun aku dah gune hampir stgh tahun. Serius,aku suke dgn servisnya & begitu tertarik dgn promosinya yg berbaloi dgn nilai wang kita. Aku serik nk gune Celcom berukband sbab liputan saje luas tp servis sentiase hampeh.
    Finalcross´s last [type] ..Yfrog Berwajah Baru

    [Reply]

  • Area korang ada coverage P1 Wimax best la korang…Area aku mana ada…huhuhuhu…tapi puas hati jugak dengan quota bandwidth yang besar, layan youtube pun best…aku terpaksa guna Maxis Broadband untuk surf internet…
    Faris´s last [type] ..Hye Faris Masih Dalam “Under Construction”!

    [Reply]

  • tempat aku, nak cuba apa ye? ceruk, semua tak dapat. streamyx jelah jawabnya. :P
    Mohd Isa´s last [type] ..Selamat Tinggal Nuffnang

    [Reply]

  • potong jangan tak potong…pernah guna wimax gak,,tapi kejap jer,,asyik diselengggara sampai sebulan tkde line…skang dah ok kot

    [Reply]

  • kat Malaysia ni, 4G belum meluas sangat. still 3G.tapi,kengkawan aku yg amik wimax ni kebanyakkannyer bagi respon yg agak negatif je.terbantut aku nak amik -..-
    lizz´s last [type] ..Komen Untuk Entry 4 Perkara Yang Aku Perasan Tentang Orang Famous oleh Dauspozi

    [Reply]

  • sorry to say,landax dah “potong” p1 selepas mengalami line yang sangat-sangat hampeh..bek landax pakai streamyx..ok2..untuk broadband..ya..p1 is OK laaaa~ peace =)
    landax´s last [type] ..Aku-Batu Pahat-A&ampW dan Dilarang Masuk part 1

    [Reply]

  • wimax so far puas hati la bagi aku ni
    syahrilhafiz´s last [type] ..Kenapa Blog ini Popular

    [Reply]

  • p1 ok…but nak downgrade bley x?huhu

    [Reply]

  • P1 wimax setakat yg aku guna (dah nak masuk tahun ke2)…so far, ok..even kalau hujan lebat, angin kuat, still boleh online..

    jadi, teruskan utk neri sevis yg terbaik utk wimax!

    [Reply]

  • sakit ati la ngn berokband…. streamyx jugak yang best… sume berokband ade FUP.. tu yg buat sakit hati…

    [Reply]

  • Ya betul.kalau xde fup lgi bgus.lgpun wimax ni stabil n xprnh down sjak guna.

    [Reply]

  • sudah 12 bulan aku guna P1 Wimax….ok tak de masalah signal green always…..masuk bulan ke 13,14 dan sampai sekarang signal red tak berubah….boleh pakai tapi lembab gila …..apa masalah hah….

    [Reply]

  • P1 best? ulang lagi sekali.aku amik pakej RM 139.00 konon 5mbps download.aku pun iyo iyo la dah berangan angan konon laju tu berdesup macam UNIFi tapi hampeh.buat speedtest masa dalam trial version speed ada la 2.4Mbps bila dah 1 bulan macam tu speed dia drop habis habis.pukul 5 pagi baru kadang kadang 5Mbps.WTF..tension.lepas tu aku bawak la P1 ni move ke ofis aku..Line dia penuh.3 bar…ingatkan dapat la 5mbps tu tapi hampeh sama jugak.

    aku dah mula menyirap aku potong P1 aku amik UNIFI RM 289.00..speed dia 10Mbps.pastu ada FREE CALL up to RM 30 (Landline DAN Mobile) dia punya download fuhhhhhhhhhhhhhhhhh
    aku guna P1 Wimax masuk FileHippo download Real Player 50kbps je tapi guna UNIFI 10Mbps download Real Player guna komputer sama 300kbps masa download guna UniFi tu aku bongkak yang amat tak nak save.terus RUN…pastu tangan aku gatal pulak download Adobereader dari FileHippo fuhhhhhhhh lagi sekali kelajuan dia amat mengejutkan.

    aku download software 2 tu guna download microsoft macam biasa.tu aku belum kira download guna download manager lagi…aku siap layan lagu Spring buat playlist 10 lagu 2-2 jalan smooth.download tak putus.lagu tak lag.

    taubat nasuha aku guna P1 ni.aku terguna P1 pasal bapak aku kata OK guna P1.bapak aku buat Skype dengan kawan2 dia.so aku ingatkan video call ok speed tu ok la sekali dah register………nasib baik kontrak 1 tahun.yang bestnya time aku terminated P1 tu betul betul time dan hari aku register dulu.tak terlewat dan tak tercepat walaupun sehari.

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Geng FB