Pemain Gitar Yang Hebat

Seperti biasa aku memang suka layari Youtube untuk mencari info baru pasal gadget. Tetiba terjumpa satu video ni kat Youtube, dia ni siap boleh nyanyi 32 lagu dalam masa 8 minit. Terer jugak dia ni nyanyi dan main gitar. Layan jer video ni.

Korang boleh ke buat macam dia :[

Kretiria Menjadi Model Iklan

Lepas SPM, aku terus mencari kerja. Sana sini pekerjaan aku cari untuk mengisi masa lapang aku yang terbuang. Ada satu ketika, aku mendapat satu tawaran temuduga untuk menjadi pembantu kira² (audit) di sebuah syarikat kecil. Setelah temuduga, aku diberi tempoh selama seminggu untuk mendapat jawapan kerja tersebut. Setelah seminggu, aku masih belum menerima sebarang jawapan dan aku mengambil keputusan untuk mencari kerja lain.


Lepas tak dapat kerja untuk temuduga yang pertama, aku mencuba mintak di merata² tempat dan keputusannya masih juga hampa. Akibat terlalu lama menganggur, aku akhirnya mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di dalam surat khabar dan ternampak satu artikel kecil di akhbar tu menyatakan peluang untuk menjadi model sambilan. Aku salin alamat website (tak ingat dah apa link website tu) yang diberi untuk mengisi borang. Memang menjadi impian sejak di bangku sekolah hendak menjadi model, tapi tak pernah berpeluang.


Dengan penuh harapan, setelah buka website tu, aku pun klik di ruangan permohonan (sampai sekarang keluarga aku pun tak tau yang aku pernah mintak kerja ni). Tapi ada syarat² yang perlu aku penuhi untuk menjadi model peragaan. Antara syaratnya ialah :


  1. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 sehingga 25 tahun
  2. Tinggi minimum 170 ke atas (kalau tak silap aku)
  3. Susuk tubuh yang menarik
  4. Rupa paras yang menawan
  5. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan anggota
  6. Ada lagi syarat² dia, tapi aku dah tak ingat

Melihat syarat² permohonan tu, aku dah pasti yang permohonan aku pasti akan di reject disebabkan aku tidak memenuhi kriteria² yang mereka hendaki. Jadi aku sekadar mencuba nasib walaupun dah tahu jawapannya. Setelah seminggu masih tiada jawapan dan aku mengerti akan jawapan permohonan tersebut.


Aku tidak berputus asa dan mencuba untuk kali kedua di agensi yang berlainan. Agensi ni ialah untuk menjadi model iklan, yang best di agensi ni, dia tak menetapkan sebarang syarat untuk memohon seperti ketinggian, rupa paras, susuk tubuh dan sebagainya. Dengan perasaan gembira, aku pasti permohonan kali ni pasti dapat. Tapi dalam hati kecilku musykil sebab sungguh mudah nak jadi model iklan.


Sangkaan aku benar sebab agensi ni hanya menawarkan untuk menjadi MODEL PAKAIAN DALAM, patut la rupa paras tak penting. Aku kecewa dan terpaksa melupakan niat aku selama²nya.

Apr 30, 2009

Contest Siapa Nak Join

Assalamualaikum, Ok sebagai penghargaan kepada semua followers dan pengunjung blog ni. Ni kali ke 2 aku buat contest dan mungkin kali terakhir untuk tahun ni. Contest kali ni senang juga, apa yang korang perlu buat ialah buat satu entri berkenaan salah satu gambar dibawah, entri tak perlu terlalu spesifik kepada gambar ni, cuma pendapat dan apa yang korang faham tentang gambar ni sahaja (copy & paste salah satu gambar yang korang nak buat sebagai entri penyertaan)


Gambar Pertama

Gambar Kedua

Gambar Ketiga


Syarat² Pertandingan

  • Terbuka kepada semua yang berminat dan tiada sebarang paksaan.
  • Penggunaan bahasa terpulang BM atau BI. Janji mudah difahami.
  • Cara penyampaian dan penulisan juga bebas. Contoh fakta, penceritaan, cerpen, khayalan & imiginasi dan sebagainya.
  • Setiap penyertaan perlulah mempunyai tema tersendiri dalam setiap entri dan tema tu perlulah di link back dengan blog ni. Setiap orang mesti berlainan tema, kalau sama akan di pertimbangkan macam mana. Pemilhan tema adalah bebas dan kena dengan gambar yang korang pilih.

    contoh dari gambar 1:duit di jadikan sebagai tema untuk di link back kepada blog ni
    saya suka duit. Dengan duit saya boleh boleh melancong..blablablablablabla

    UPDATE : tak link back pun tak apa


    Tujuan

    Sekadar merapatkan lagi hubungan sesama blogger, aku tahu yang wang ringgit bukan pengukur tapi kepuasan dalam berkarya yang penting. Aku memilih tema ni disebabkan hendak tengok sejauh mana pemikiran korang tentang sesuatu perkara. Kalau korang peka dengan keadaan sekeliling, tentu gambar² ni memberi 1001 makna dalam entri korang.

    Hadiah

    Seperti biasa, korang pasti akan tengok dulu apa hadiah yang di tawarkan, baru nak joinkan. Hadiah pun boleh tahan la menarik di sebabkan aku masih student jadi yang ni saja yang boleh akusponsor buat masa ni. Disebabkan banyak lagi pengguna blogspot yang masih tak ada domain sendiri, jadi aku bermurah hati sponsor kepada korang yang menang. Siapa yang berminat nak adahosting sendiri boleh la tambah duit sendiri…hehe

    Tempat Pertama : Percuma Domain selama setahun + RM 30
    Tempat Kedua : Percuma Domain selama setahun + RM 20
    Tempat Ketiga : Percuma Domain selama setahun + RM 10

    *siapa yang tak mahu domain boleh ditukar kepada cash*


    TAMBAHAN: di akhir penceritaan korang, sila nyatakan kenapa perlu aku bagi korang menang dan nyatakan domain pilihan korang sekali. Nyatakan sekali sebab mengapa korang pilih domain tudan kalau siapa yang dah ada domain sila abaikan dan hanya nyatakan saja sebab kenapa perlu aku bagi korang menang. Itu saja mudahkan.Pemilihan domain : (dot) com/ (dot) net/ (dot) org/ (dot) biz/ (dot) info… untuk check pemilihan domain tengok kat sini

    Tempoh
    1 Mei 2009 ~ 3 Jun 2009
    Keputusan akan diberitahu beberapa hari selepas tamat tempoh penyertaan
    selamat berjaya kepada semua

    Apr 28, 2009

    Usia…Matang Ke ?

    Semakin hari semakin menjadi²
    tengok rasa bersalah
    nak teguk rasa serba salah
    jadi hanya diamkan sahaja perasaan di dada


    Itulah gambaran apabila segelintir orang² dewasa yang dah di katakan dah matang dan pandai fikir baik buruk melakukan perkara yang tak berfaedah, buang masa, merugikan dan HARAM.Aku hanya dapat memehartikan saja perbuatan mereka dari jauh. Nun jauh di hatiku ingin terus saja menasihati mereka² ni. Tapi apakan daya, aku hanya boleh mendiamkan diri di sebabkan jurang perbezaan usia kami.

    Walaupun usia aku setahun jagung di dunia ni, kalau nak di bandingkan dengan mereka. Tapi pemikiranku jauh lebih kedepan dan tahu kesan baik buruk sesuatu perkara. Mungkin disebabkan jurang usia kami berbeza, jadi aku menghormati mereka. Tetapi menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua bukan sebagai orang yang matang dalam situasi ni.


    Bagi aku, usia bukanlah jurang untuk menilai kematangan seseorang. Tua tak semestinya matang, muda tak semestinya tak matang. Tapi tak dinafikan yang tua ‘dahulu makan garam’ dari yang muda. Ada yang dah tua tapi perangai masih lagi dizaman remaja.


    Satakat ni saja yang mampu aku luahkan hidup seorang pemain nombor ekor. Aku tak dapat bersuara disebabkan mereka lebih tua dari aku. Nanti aku akan dikata kurang ajar sebab menegur mereka walaupun perkara tu salah, aku hanya mampu melihat dan terpikirkan anak bini mereka dirumah. Yang ni belum lagi di cerita tentang perkara² yang lain, cukuplah disini.


    Apa yang aku nampak itu yang aku tulis, tiada tempat untuk bersuara. Jadi di blog tempat aku bersuara dan mendengar pendapat dari yang lain.


    nota : Blog ni baru saja buka sebuah lagi bloglist 11/10. Kepada sesiapa yang linknya belum lagi di letak dalam tu, sila maklumkan untuk proses kemaskini.

    Apr 26, 2009

    Bukan Sekadar Blog

    Blog hiburan, blog personal, blog politik dan bermacam² lagi blog yang ada. Boleh katakan semua orang ada blog, termasuk artis², ada orang yang bukan artis pun dah sama taraf macam artis. HAHA (fullstop)


    *******

    Membaca blog kadang² boleh membuatkan aku terharu apabila membaca entri dari kawan². Susah, senang, sedih, gembira semua di kongsikan bersama. Aku sebagai pembaca hanya dapat merasa sedikit bebanan perasaan yang mereka alami. Kadang² dalam keadaan sedih, boleh membuatkan kita ikhlas dalam menulis sesebuah entri.


    Apabila terlalu ikhlas pun, kadang² orang akan salah anggap. Ada yang tak puas hati sampai memaki hamun di kotak sembang di blog dengan ayat² seperti nak mintak simpati la tu, cerita terlalu lucah la dan sebagainya. Semua ni aku dapat dari pengalaman kawan² di blog, bukan seorang tapi dah ramai yang kena macam ni.Tak cukup dengan tu, nak lagi advance sampai sanggup hantar e-mail tak puas hati.


    Bagi aku lantak la owner blog tu nak tulis apa janji tak kacau sensitivi seseorang sudah la. Lagi pun blog bukan tempat nak cari gaduh. Lagi satu, bagi aku mengambil langkah untuk private blog bukan jalan terakhir dengan alasan untuk privacy ye.

    Apr 25, 2009

    Kenapa Saya Suka Blog Saya

    Sebab dia best
    Ok pasti semua orang pernah tengok iklan ni kan

    kat sini aku nak korang ubah sikit ayat tu jadi ‘kenapa saya suka blog saya’

    aku nak respon dan nak survey jawapan dari korang

    sebab aku nak adakan contest tak lama lagi

    bila contest akan diadakan.

    Tunggu dan lihat

    Respon dan survey ni mempengaruhi hadiah kemenangan nanti


    p/s : respon boleh bagi kat ruang komen
    Apr 21, 2009

    Situ Sana Sini Memang Menarik

    Situ sana sini pasti terdengar, ternampak dan terbaca pasal contest² yang ada di blog kawan². Macam best je dengar. Yezza memang pun menarik, sekarang ni kawan² tengah bermurah rezeki sebab tu ada banyak contest yang dia orang buat.


    Contest pertama dari saudara shafie, contest ni tengah berlangsung sekarang ni. Caranya mudah je, korang perlulah follow dia di twitter @shafiedotbiz dan boleh rujuk di contest twitter dia di sini. Antara hadiah² yang menanti pemenang ialah :


    • Tempat Pertama : RM30 tunai + 5 ebook percuma
    • Tempat Kedua : RM20 tunai + 5 ebook percuma
    • Tempat Ketiga : RM10 tunai + 5 ebook percuma
    • Tempat keempat hingga ke 10 : Ebook percuma
    • Tak ada tempat : tak dapat apa² laa


    Lagi satu yang menarik tentang blog shafie, dia ada menyediakan 10 e-book secara percuma. Kalau korang nak boleh rujuk kat sini. tak percaya, percaya la wehh, benda free tak kan tak nak kot. Aku dah download. Dari 10 e-book yang ada ni, aku suka yang pasal 100 Cara Promosi Tingkatkan Web Trafik Anda. Dengar kata dia akan buat lagi satu e-book tentang 8 Kesalahan Newbie IM. Jadi kalau korang nak e-book terbaru dari dia, teruskan mengikuti update berita terkini dia di twitter.


    Contest kedua dari saudara joegrimjow. Contest ni pun baru berlangsung. Hadiah memang la sangat menarik untuk di menangi. Antaranya barang yang made in UK, aku memang nak tu je, tak bajet nak lebih². Kalau tak faham korang sendiri la tengok kat sini.


    Dan akhir sekali contest berterusan dari saudara Jaws. Serius memang menarik kalau korang nak join kat sini. Tunggu apa lagi cepat la sebelum terlambat.


    Kalau siapa² yang nak promo contest masing², nanti aku update. Just nak tolong kawan², aku tak mintak upah tapi bagi aku menang cukup la. hahaa


    P/S: Aku pun nak buat contest tapi memandangkan sekarang ni ramai yang buat, terpaksa tunggu dulu.

    Apr 20, 2009

    Tindakan Susulan Bagi Blog Yang Lambat Load

    Susulan dari entri lepas, macam² respon yang aku terima tapi ada sesetengah orang yang tersinggung apa yang cuba aku sampaikan. Apa yang cuba aku sampaikan, seperti yang aku tulis di awal² ayat tu hanyalah pendapat aku semata-mata. Pendapat aku mungkin 100% salah dan aku sedia maklum yang setiap entri aku lebih kepada umum iaitu bebas kepada semua orang.


    Di sini aku nak mintak maaf banyak² kepada mereka² yang berkenaan dan aku akan lebih berhati² dalam penulisan di masa hadapan supaya perkara macam ni tak berulang lagi.Berbalik kepada tajuk utama dalam entri ni, dalam posting entri yang lepas, aku tertarik dengan 2 respon tentang kenapa orang tak singgah ke blog kita.


    Komen pertama yang terpilih :

    1. memang penting blog walking bagi meramaikan jumlah pengunjung
    2. entri yang menarik juga penting
    3. lagi satu loading sebuah blog…kalau boleh jangan la letak widget yang melampau² sampai memberatkan page
    4. kebanyakannya tak suka menunggu lama-lama terus chow tanpa sempat tinggalkan pesanan


    Komen kedua yang terpilih :

    tapi kadang² blog yang entry best², kadang panjang berjela²
    siap dengan sejarah lagi
    tak habis baca
    thats why I tak komen


    Apa yang AKU FAHAM di komen pertama tu ialah, point nomber 3 dan 4 saling berkaitan antara satu sama lain. Penggunaan widget terlalu banyak boleh menyebabkan sesebuah blog tu menjadi berat atau dengan kata lain lambat load walaupun telah refresh beberapa kali. Jadi pengunjung yang datang tak akan menunggu lama, sebab tu tak sempat baca entri yang ada dalam blog tu.Apa yang AKU FAHAM pula di komen kedua ialah, dalam situasi macam ni di namakan silent readerwalaupun dia tak habis membaca.


    Entri macam ni ada pengunjung tapi di sebabkan entri penulisan yang terlalu panjang dan berkias², pengunjung akan terus cabut. Tak di nafikan setiap orang berbeza penyampaian dalam penulisan, jadi aku tak kisah sangat penulisan macam mana, yang penting menarik dan terhibur semasa membaca. Komen atau tak bukan satu isu yang besar bagi aku. Orang yang baca ada hak untuk komen pada sesuatu entri yang dia baca, kalau dia rasakan bagus terpulang sebab the choice in your hand.


    Akhir sekali aku juga manusia biasa, apa yang aku faham itu yang aku tulis, aku sedia maklum yang blog aku pun tak seberapa, pastu nak ajar orang lain pulak. Tapi aku cuba konsep sharing is carring.

    P/S: Aku dapat nomber 3 dalam contest dia ni.

    Geng FB