Apr 19, 2009

Entah Apalah Nasib

Semasa korang baca entry ni, serius memang tak ada kena mengena dengan blog aku, ni hanyalah pendapat aku semata-mata. HARAP MAKLUM

*************

Aku selalu akan respon balik kepada mereka yang meninggalkan mesej pada shoutmix dan kadang aku sendiri suka² tinggalkan mesej pada blog orang lain (blog walking), kepada blog yang tak ada shoutmix atau cbox, tak dapat den nak nolong…Kadang² masa aku blog walking, aku pasti akan baca entry terbaru yang ada pada pemilik blog tersebut. Setiap orang punya pandang dan idea dalam penulisan di blog masing². Kadang ada entryyang boleh membuatkan aku tertarik disebabkan cara penulisan dan penyampaian yang ditulis. Idea yang dikeluarkan bernas dan jauh lebih bagus dari aku.

Tapi sayang, walaupun idea yang dikeluarkan bagus untuk semua orang, tapi entry tu tak mendapat sambutan dan respon dari pembaca. entah apalah nasib blog tersebut. Mungkin bagi penulis blog tu, hanya kepuasan dalam menulis dan bagi kita sungguh rugi sebab tak tau pasal ni. Tak dinafikan mungkin ada silent reader yang membaca blog tersebut, mana kita tau kan.


Mungkin tuan punya blog tu seorang newbie sebab tu belum ada followers tetap sehingga menyebabkan kehadirannya dalam dunia blog tak ada orang yang perasan ataupun dia berblog sekadar suka²dan dari pengalaman aku yang setahun jagung dalam blog, seseorang bloggerperlulah MESRA pengunjung. Orang tak akan layan kalau kita kita sebaliknya buat apa nak tunjuk bagus padahal tak pun. Melainkan kalau kita tu memang bagus, pasti ramai orang akan respect.


Lagi satu, sila²lah tinggalkan mesej atau komen dekat blog lain. Cukup sekadar perkataan hai, salam singgah dan lain² yang sama maksud. Sekurang²nya, tuan blog tersebut dapat melawat blog kita kembali. Secara tak langsung, pengunjung dari blog tersebut dapat melawat blog kita sama. Melainkanlah kalau kita ni blogger popular. Tapi kesimpulan kat sini berbaik dengan orang tak ada ruginya, berkawan biar ramai.

Apr 17, 2009

Rambut Panjang Atau Pendek

Tadi pagi, semasa aku membaca Harian Metro, aku tertarik dengan artikel pasal ni . Dalam artikel ni ada menyatakan tentang penampilan seorang lelaki yang berambut panjang dan menurut Islam.


Ok ni pandangan aku tentang lelaki berambut panjang. Tak semua lelaki yang suka berambut panjang dan sebaliknya. Bagi aku pula, aku suka dengan gaya rambut panjang ala² Faizal Tahir, serius bagi aku memang smart macam tu, korang aku tak tau pulak macam mana.


Dalam sejarah hidup aku, pernah sekali aku menyimpan rambut panjang, masa tu lepas SPM… satu tahun tak potong rambut dan hasilnya rambut memcecah bahu. Bukan nak kata tak ada duit nak potong, tapi saja suka² sebab ramai kawan² aku masa tu berambut panjang, macam dah trend waktu tu. Tapi yang tak bestnya asyik kena bebel dari mak aku dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk potong setelah dapat tawaran melanjutkan pelajaran (menangis aku ketika tu)


Bagi aku antara sebab² lelaki tak suka berambut panjang ialah :


  1. Tak selesa semasa melakukan sebarang urusan
  2. Nampak kurang kemas
  3. Banyak duit akan dihabiskan untuk gel rambut dan shampoo
  4. Tak payah nak buang masa nak bersikat, guna jari pun boleh
  5. Nanti orang akan salah anggap jantina
  6. Lain² korang pikir sendiri
  7. Kalau menurut pandangan orang perempuan, aku tak tau macam mana, dia orang boleh terima atau tak lelaki berambut panjang. Sekarang ni aku dah tak kesah sama ada panjang atau pendek, yang penting aku happy dengan keadaan aku sekarang ni.
Apr 17, 2009

Kenapa Aku Berblog…Kawan

Sesetengah orang salah faham apa tujuan aku berblog. Tujuan aku hanyalah untuk memanfaatkan sedikit masa aku yang terluang disamping mencari kawan dan menimba sedikit ilmu. Di waktu lapang, banyak masa aku di habiskan untuk meng’edit‘ blog selain berjalan² di web untuk mencari sesuatu yang baru.

*********


Definasi kawan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah :

1. sahabat, teman (dalam pergaulan sehari-hari)

2. orang yang bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dalam kegiatan contoh blog, pekerjaan, dll)

Dengan definasi ni, aku harap sesetengah orang faham apa yang hendak aku sampaikan. Sebab disini aku berpendapat, tujuan kita semua berblog adalah dengan tujuan yang sama. Mungkin sesetengah blogger menggunakan blog sebagai medium untuk mencari keuntungan (bisnes), tempat berhibur dan sebagainya.


Kawan² di blog dan di twitter yang banyak membantu aku secara langsung mahupun tak langsung dalam meningkatkan lagi mutu penulisan dan penampilan blog. Aku bermula dari ‘zero knowledge‘ di awal penglibatan aku dalam dunia blog. Tapi sekarang x di nafikan lagi, aku rasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan korang semua dan tak di lupakan juga kepada ‘silent reader‘ di blog ni yang banyak mengkritik.


Tanpa korang siapalah aku. Aku hanyalah insan yang kerdil dan x mampu lagi berdiri sebaris beberapa orang blogger yang aku kenali. Ucapan yang mampu aku ucapkan ialah TERIMA KASIH

Apr 14, 2009

Kan Bagus Kalau Hidup Sentiasa Bahagia


Kitaran hidup manusia memang dah ditentukan olehNya. Semua orang impikan hidup yang sempura dan bahagia. 2-3 hari ni aku terpikir hala tujuan aku untuk hari² yang mendatang. Sebagai manusia biasa, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.


Gambar di atas menunjukkan ‘transformasi’ kitar hidup seseorang manusia. Melihat pada nombor pada kitaran hidup manusia, apasal terus ke nombor dua, dimanakah nombor satu menghilang. Sebab proses nombor satu kita sama sekali tak terlibat hehe =)

Hidup ibarat roda, ada kalanya diatas dan ada kalanya dibawah sebab manusia memang tak ada yang sempurna. Disebabkan ini lah masalah pasti akan muncul. Lepas satu, satu masalah yang datang. Kalaulah aku dapat jadi :


Bayi
- dilahirkan di dunia dengan sempurna
- comel, cute, gebu dll panggilan masa tu
- suci dari sebarang anasir²
- hanya tahu menangis, senyum & lapar

Budak²/Kanak²
- masih berhingus lagi masa ni
- kena pergi tadika belajar ABC
- tak ada masalah yang nak kena pikir
- kanak² riang


Belia/Remaja
- hensem, kacak bergaya, macho, tampan dll
- mula kenal dunia
- sosial dalam berkawan, bukan di club tapi di sosial site
- zaman bercintan cintun
- mencuba sesuatu yang baru
- suka cari masalah


Dewasa
- berkejaya dalam bidang yang diceburi
- mempunyai aset untuk masa depan
- kahwin
- dah ada anak


Tua
- banyak pengalaman (veteran)
- dah ada cucu
- penyakit pun datang menyerang
- menanti hari


Kalau boleh aku nak kembali di zaman kanak² aku, tak ada masalah. Hanya tau makan tido makan tido tapi tak membesar gak. Tapi dunia ni adil sebab setiap perkara yang jadi ada hikmah. Kesimpulannya hidup mesti diteruskan dan jangan pandang belakang =)

Hanya Pendapat

Ok semakin hari semakin kerap blog walking dan setiap minit dan jam, pasti akan ada blogger yang akan update untuk menceritakan sesuatu yang baru atau menarik tentang mereka. Perbagai cara penyampaiaan dalam penulisan yang dapat kita lihat bagi setiap blogger. Ada yang suka menulis cara penceritaan, tentang keluhan perasaan, tentang perkembangan harian, tutorial (aku suka blog macam ni) dan ada beberapa blog yang menceritakan tentang politik semasa (aku tak layan sangat blog macam ni) dan lain² lagi. Tapi tu semua aku tak kesah sebab blog masing² suka hati la nak tulis apa pun. Bagi aku ni cara penulisan aku, aku selesa begini.


Melihat semakin hari semakin ramai orang menjadi blogger. Mungkin ini satu perkembangan yang sihat kerana setiap orang, lain idea dan pemikiran dalam menulis blog. Jadi banyak perkara yang dapat dikongsikan bersama terutama perkara baru kerana setiap blogger mempunyai latar belakang yang berbeza.


Apa yang hendak aku sampaikan disini ialah setiap blogger pasti akan update blog masing² kalau tak pasti akan jadi bersawang (terabai) blog tersebut dan pasti tak ada orang yang akan lawat kerana tak menyedari kewujudan blog tersebut.


Jadi setiap entri baru mana² blogger pasti ada yang akan komen pada entri tersebut tambahan kalu dia seorang blogger yang femes, lagi banyak la komen. Bagi aku pulak sebaliknya bukan menjadi peng’komen’ pertama yang menjadi rebutan dan berapa banyak seseorang tu komen di blog. Aku lebih suka membaca komen² orang berbanding komen aku. Tak kisah diblog siapa² pun sebab kat blog aku sendiri pun tak terbalas komen² korang.


Mengapa, setiap orang mempunyai pandangan berbeza tentang sesuatu perkara. Jadi lebih ramai orang yang komen maka lebih banyak pandangan yang berbeza (ini yang aku nak).


Selain tu, membuatkan aku lain dari blogger lain (aku agak² jer) ialah aku suka membaca post² entri lama setiap blogger (yang terpilih jer) dan bukan pilih kasih. Adakah anda orangnya, hehe. Sebab dengan ni aku dapat menilai seseorang tu melalui penulisan beliau dari dulu hingga sekarang, sebab tu kadang² posting terbaru mereka ni aku dah boleh agak² macam mana gaya penulisan (yang ni saja suka² sebab tak ada apa nak buat).



Kepada setiap blog yang aku follow, jangan risau kerana aku pasti akan lawat korang untuk mengetahui perkembangan semasa, kalau tak buat apa aku follow blog korang, betul tak

Tidak Faham…Bukan Salah Aku

Entri ni terilham semasa aku bukak emel pagi tadi. Aku pun baca emel yang diberikan oleh seorang kawan aku. Tajuk yang diberi ialah ‘Cinta Itu Buta’ pada emel tersebut. Tajuk memang agak menarik untuk dibaca. Korang rasa² macam mana.


Tapi apa yang menjadi masalah ialah bahasa yang digunakan memang agak unik dan mudah difahami. Aku tak tau apa maksud ni dan dari mana dia cilok sebab di akhir ayat dia kata ada makna yang sungguh mendalam kalau dapat translate kan*kalu dia tipu aku, mungkin aku tertipu*.


Antara ayat² yang terkandung dalam emel tersebut mungkin telah membuatkan aku buta sebelum bercinta apabila melihat ayat² ni.


อาจจะดูเหมือนไม่มี อะไรที่แปรผัน
อาจจะดูเหมื่อนทุกวันที่ผ่านมา
แต่ความจริงแล้วข้างใน เริ่มจะเกิดปัญหา
ให้เธอลองมองที่ตาแล้วจะเข้าใจ

ก็มันมีเรื่องราว เปลี่ยนไปไม่เหมือนก่อน
ความห่วงหาเอื้ออาทรไม่เหมือนเดิม
ใช่มันจะน้อยลง แปลกตรงที่มันดันเพิ่ม
ก่อตัวเกินกว่าเพื่อนจะคิดกัน

หากเธอนั้นได้รู้อะไรบ้างอย่าง
ว่าคนที่เคยเคียงข้าง
บางอย่างได้เปลี่ยนไป
อยากจะรู้ว่าเธอรับได้หรือไม่
และฉันต้องทำยังไง
เมื่อเพื่อนคนนี้เปลี่ยนไปเป็น รักเธอ

ก็มันมีเรื่องราว เปลี่ยนไปไม่เหมือนก่อน
ความห่วงหาเอื้ออาทรไม่เหมือนเดิม
ใช่มันจะน้อยลง แปลกตรงที่มันดันเพิ่ม
ก่อตัวเกินกว่าเพื่อนจะคิดกัน

หากเธอนั้นได้รู้อะไรบ้างอย่าง
ว่าคนที่เคยเคียงข้าง
บางอย่างได้เปลี่ยนไป
อยากจะรู้ว่าเธอรับได้หรือไม่
และฉันต้องทำยังไง
เมื่อเพื่อนคนนี้เปลี่ยนไปเป็น รักเธอ


P/S: Aku tak tau nak kata ni lagu, sajak, puisi atau apa. Siapa yang tau tolong aku.

Aku Dah Bosan

Aku dah bosan. Aku dah bosan. Aku dah bosan


Dah lebih kurang 2 hari x buat posting. Bukan disebabkan malas atau apa, ada entri yang dah siap dah draft. Tapi disebabkan kesibukkan yang teramat sangat. Jadi terbengkalai begitu saja. Abaikan sebentar nanti kalu ada waktu yang sesuai aku akan post.


1st
Aku dah bosan dengan masalah yang ada kat blog ni. Bila nak posting entri baru pasti ada masalah, tapi terpaksa aku guna trik yang mudah untuk membolehkan korang semua komen pada semua entry baru. Ada orang kata, mungkin disebabkan aku terlalu banyak setting pada blog hingga menyebabkan masalah ni terjadi. Padahal aku tak tau setting apa² pun sebab aku tak terer, sikit tu ada la. Itu pun yang senang je.


2nd
Aku dah bosan dengan layout sebelum
² ni. Macam² kritikkan dan teguran yang aku terima, baik yang positif mahupun negatif. Tapi tu suma aku tak kisah sebab aku terima dengan hati yang terbuka. Aku cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada blog ni termasuk gaya penulisan aku. Disebab tu aku ambil keputusan untuk tukar layout yang baru sebab selepas masuk semester baru pada bulan 7 ni. Aku mungkin tak seaktif sekarang untuk berbloggin. Jadi dah tak ada masa untuk tukar layout lagi dan layout ni akan kekal untuk satu jangka masa yang tak diketahui lagi. Untuk layout baru ni, korang yang tentukan macam mana sebab sekarang ni aku masih lagi dalam proses mengedit.


3rd

Aku dah bosan dengan sesetengah pihak yang selalu mencari kesalahan orang. Kesalahan sendiri tak nampak yang kesalahan kita nampak sangat walaupun perkara kecil. Tapi apa² pun aku tak kisah, kool je biasalah dah nama pun manusia. Rambut je sama hitam, hati lain².


P/S: Kalau aku bosan lagi, nanti aku buat posting yang terbaru…hehe

Perdana Menteri Malaysia Ke 6

Entri ringkas. Malas mahu tulis panjang² sebab aku tak pandai tentang ni. Sekurang² aku ambil tahu pasal isu semasa.

R-A-H-M-A-N

Sejarah sekali lagi tercipta di Malaysia dengan perlantikkan Perdana Menteri ke 6. Apa² pun selamat bertugas kepada PM yang baru dan jasa pemimpin² Malaysia sebelum ni tidak akan dilupakan kerana memartabatkan Malaysia di mata dunia

Geng FB