Kemaskini Status Twitter Dan Facebook Dalam Masa Yang Sama

January 13, 2010 - 3:15 am 13 Comments

Umum sedia maklum yang Twitter dan Facebook merupakan dua rangkaian sosial yang paling popular sekarang ni. Bagi setiap pengguna twitter, mereka boleh la mengemaskini status terbaru mereka terus di facebook dengan menggunakan aplikasi twitter yang ada di facebook tanpa mendaftar masuk akaun facebook mereka. Setiap tweet atau mesej yang di tulis akan terus di paparkan ke paparan status terkini di facebook. Tambahan pula dengan perkhidmatan gladlyCast dan Celcom via Twitter, semuanya mudah dengan hanya satu sms. Jadi mudah bagi sesetengah orang untuk mengemaskini status mereka dimana jua mereka berada tak kira waktu.

Tapi satu kelemahan sistem twitter melalui facebook ini ialah setiap kali ReTweet(RT) atau tweet perkara yang remeh temeh akan terus ke paparan status facebook korang. Ini kerana setiap tweet yang tidak bermula dengan simbol @ akan terus ke paparan status facebook korang (melainkan DM). Jadi tidakkah korang rasa semak status facebook korang dengan keadaan macam ni.

Kini korang boleh membuat pilihan sama ada hendak bertwitter sahaja atau hendak bertwitter sambil mengemaskini status facebook anda dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di facebook iaitu Selective Tweet. Caranya mudah saja, tweet mesej korang seperti biasa jika hendak bertwitter dan jika hendak tweet korang terus ke paparan status facebook pastikan setiap ayat diakhiri dengan hashtag #fb. Contoh seperti gambar dibawah.

Sebelum korang menggunakan aplikasi ini, pastikan buang terlebih dahulu aplikasi twitter yang ada di facebook. Kalau tidak, ia tidak ada makna menggunakan Selective Tweet ni. Aplikasi ini juga boleh digunakan jika korang tweet menggunakan sms dan apa yang penting pastikan di akhir ayat di akhiri dengan #fb.

kredit kepada Roslan Nazri atas kongsian maklumat bersama.



Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikulnya

January 11, 2010 - 10:18 pm 8 Comments

Aku kadang kadang termenung jauh memikirkan nasib orang orang yang jauh lagi kuat dariku. Maksud kuat disini ialah tabah mengharungi cabaran dan dugaan. Aku pernah mengeluh sendirian mengatakan hidup aku tak seindah seperti orang lain, tapi ternyata aku silap malah aku masih lagi mampu bersyukur kerana masih ada golongan yang masih hidup dalam kesusahan kalau nak dibandingkan dengan hidupku sekarang ni. Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tapi cukup buatku untuk mendapat sedikit kasih sayang, tempat tinggal untuk berteduh dan makan minum untuk menjalani kehidupan seharian.

**********

Sejak menceburi diri dalam arena blogging, aku dah anggap yang kita semua blogger berada dalam satu komuniti yang sama iaitu berkarya menghasilkan penulisan tak kira apa jua genre untuk pembaca blog masing masing. Semakin lama blogging semakin ramai blogger yang aku kenal dan ada yang sudah di jadi teman rapat di alam maya walaupun hanya kenal di blog, Facebook, Twitter dll. Ya aku sedar yang rata rata blogger yang aku kenal ada yang lebih muda dari aku, ada yang sebaya dan ada yang lebih tua dari aku. Bagiku usia bukan menjadi masalah kerana aku jenis yang open dalam berkawan tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Realiti hidup manusia bukan la macam skrip drama dalam tv yang telah ditentukan kesudahan cerita macam mana. Jadi ada pasang dan surutnya perasaan dalam kitar hidup seharian. Melalui penulisan juga kita dapat rasakan perasaan seseorang tu ketika menulis. Setiap ayat ayat yang digunakan dapat mengambarkan keadaan semasa penulis tersebut semasa menulis sesebuah entri. Gembira, sedih, kecewa semua dapat dibaca dari gambaran penggunaan ayat tersebut. Kita semua hanya manusia biasa tak akan lari dari mempunyai perasaan macam ni.

Melalui blog jugalah menjadi medium yang terbaik untuk seseorang luahkan perasaan yang terpendam ni. Ada seketika membaca entri dari beberapa kawan blogger yang lain membuatkan hati kita mula tersentuh. Ibaratkan cubit paha kanan paha kiri juga terasa. Aku sebagai silent reader blog Bro Megat terasa terpanggil untuk membantu dengan menyokong kempen Blogger We Care yang di ilhamkan oleh Bro Hydir. Selain itu, cara lain untuk membantu Bro Megat ialah dengan mengikuti peraduan yang di anjurkan di dalam blog Azizwan dan DenaiHati. Ayuh rakan rakan blogger sekalian tunjukkan keprihatinan anda semua. Harap bantuan dari rakan rakan blogger yang lain dapat meringankan beban yang di tanggung oleh Bro Megat. Sama sama kita doakan yang terbaik untuk Bro Megat dan sekeluarga.

P/S : Bila lagi kita nak tolong bangsa sendiri?



Penantian Memang Memeritkan

December 25, 2009 - 10:55 pm 3 Comments

Hohoho, Merry Christmas sudah…ALAMAK, tersilap intro pulak. Assalamualaikum semua pertama sekali baruku sedar blog ni dah lama tak update kan. Lebih kurang dua bulan sudah. Bukan tak nak, tapi sengaja biarkan seketika blog ni tanpa sebarang perkembangan atas sebab-sebab tertentu.

Penantian memang memeritkan setiap kali nak update macam-macam masalah berlaku, itulah inilah. Last-last, terpaksa menyepi dari arena blogging seketika. Rasa bersalah kat korang semua termasuk kat silent reader yang setiap hari ternanti-nanti update terbaru, tapi masih tak update lagi…hehe, sorry guys.

Apa-apa pun dengan tahun baru bakal menjelma, mungkin tahun depan bakal membawa sinar yang lebih baik dari tahun ni. Siapa tahukan. Ok lah, see ya next post sebab ni entri pendek je tak banyak yang nak story lagi.



11 Oktober Adalah Hari Lahir Aku

October 11, 2009 - 10:40 am 21 Comments

happy birthday

Hooray, firstly aku dah buat satu rekod peribadi tak update blog lebih kurang sebulan. Bukan tak nak update, tapi terpaksa menyibukkan diri untuk menyiapkan final projek yang perlu submit by this month. Ini la disebabkan mood terlebih raya, kerja tertangguh. Last-last ni lah akibatnya, padan muka kau khairil HAHA. Bukan tak nak curi-curi masa nak update blog, tapi bila ada masa, waktu tu la penyakit malas datang menyerang. Hasilnya blog tak berupdate lagi walaupun banyak idea yang nak tulis kat sini.

Banyak posting yang tak sempat nak post termasuk masa raya hari tu, hari ni pun dah 11-10-09 (tarikh cun) bersamaan 22 Syawal. Dengan tarikh ni juga setiap tahun umur aku akan meningkat setahun. Tidakkk aku dah tua HAHA tapi perangai still ke anak-anakan lagi. Yelakan umur baru masuk 20 tahun, mudakan.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada rakan-rakan siber yang wish birthday aku melaului SMS, YM, di Facebook dan juga di Twitter… oh serius terharu gila. Oh, lupa dulu masa kat blogspot aku pernah listkan senarai nama-nama mereka yang tarikh lahir sama dengan aku, untuk senarai nama tu boleh tengok kat sini dan aku ucapkan juga Selamat Hari Raya Lahir juga kepada mereka semua.



Diari Ramadhanku

September 13, 2009 - 4:35 pm 8 Comments

Cepat masa berlalu, minggu ni dah masuk minggu ke 4 kita berpuasa bersamaan 7 hari lagi kita nak sambut hari raya. Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ni tak banyak yang dapat aku tulis di blog ni akibat kekangan waktu dan kesibukan diri sebagai seorang pelajar cermerlang huhu. Tak banyak yang nak aku tuliskan kali ni, cuma sedikit ringkasan aktiviti mingguan sepanjang Ramadhan ni.

Minggu Pertama : Hari pertama berpuasa sempat berpuasa dan berbuka dirumah sendiri. Tiada tempat yang lebih baik jika nak di bandingkan di rumah sendiri. Siyes memang tak terasa macam tengah berpuasa kalau nak bandingkan hari yang ada kelas. Hari-hari biasa tak dapat berbuka kat rumah, cuma beli kat Bazar Ramadhan dan makan dengan kawan-kawan. Tapi apa yang bestnya aku selalu pergi lewat sebab time tu semua peniaga buat jualan penghabisan. Waktu ni la dikatakan jimat masa membeli.

Minggu Kedua : Minggu kedua dah boleh nampak segelintir makhluk Tuhan yang tak berpuasa. Aku gelarkan mereka ni ‘Geng Plastik Hitam’ sebab apa bila keluar je dari kedai nasi kandar dah boleh nampak bungkusan hitam. Sah-sah la tu bungkusan nasi dan minuman. Nak kata period tak puasa tak jugak sebab yang beli tu lelaki. Aku pun tak faham kenapa dorang ni tak puasa, jadi tak nak cakap banyak sebab paham-paham la sendirikan sebab masing-masing dah besar panjang. Aktiviti di waktu malam pula selepas tarawikh main futsal, sekadar nak enjoy dan keluarkan peluh.

Minggu Ketiga : Minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk sekali, kelas macam biasa tapi sibuk dengan kuiz, ujian, assignment pulak bertimbun-timbun dan tugasan projek akhir masih lagi tak ada progress. Akhirnya aku mengambil keputusan lari dari dunia internet sekejap untuk fokus dalam pelajaran. Kadang-kadang bila ada masa nak online, mood pulak tak ada. Last-last tidur lagi best.

Minggu keempat : Mood raya semakin dirasai apabila dengar mana-mana radio semua lagu raya dimainkan. Tambahan pula bila tengok kat rumah semua saudara mara tolong menolong buat kuih raya buatkan aku tak sabar nak sambut raya. Tapi persiapan diri untuk raya tak sedia lagi walaupun puasa berbaki seminggu. Tapi tak kesah sangat kalau tak sempat beli baju tahun lepas ada lagi dan masih elok, itu pun pakai sekali je lepas tu tak pakai dah simpan dalam almari.

Iklan Tak Berbayar : Dikesempatan ni aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam. Maafkan salah dan silap jika ada selama aku menulis di blog.