Apa Boleh Buat Dengan 1 SMS
kredit gambar di sini
Masa aku blogwalking ke blog Ramdzi, aku tertarik dengan entri terbaru dia tentang Budaya SMS Masyarakat Malaysia. Boleh katakan lebih RM16 billion di belanjakan oleh masyarakat Malaysia untuk menghantar 80 billion sms dan mms setahun. Bukan la sesuatu sindrom baru di Malaysia tentang pengunaan sms terutamanya di kalangan remaja. Tapi itu satu nilai yang besar ok hanya kerana sms.
Teringat lagi 6 tahun lepas masa pertama kali guna handphone, masa tu penggunaan handphone sangat terhad penggunaannya hanya untuk call dan sms saja. Kalau ada pun hanya GPRS, itu pun kena charge kadar penggunaan. Tiada wireless atau 3G untuk membuat panggilan video seperti smartphone yang ada di pasaran sekarang ni. Itu dulu la kan.
Tapi bila revolusi peredaran zaman semakin pesat berkembang, tak kira guna handphone apa sekalipun sekarang ni dengan 1 sms saja dah macam-macam boleh buat. Tidak terhad hanya untuk menghantar sms bertanyakan khabar kepada rakan-rakan dan ahli keluarga sahaja, sekarang ni nak ber’twitter, ber’facebook malah nak kemaskini status twitter dan facebook dalam masa yang sama pun boleh dengan menggunakan sms. Bagi pengguna handphone yang berkamera, dengan 1 mms sudah cukup untuk buat live blogging.
So no wonder la kan penggunaan sms dan mms mendapat tempat di kalangan masyarakat kita tak kira remaja mahupun geeks. Itu belum termasuk lagi dengan sms pasal pengundian peserta program realiti. Jadi tak hairan la kan kenapa program realiti tv menguntungkan.
P/S: Aku pun mengunakan sms untuk ber’twitter dan ber’facebook =P
Isu Pembuangan Bayi Semakin Berleluasa
Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.
Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka. Ingatlah kita bersama bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi Islam. Firman Allah S.W.T didalam surah an-nisa’ ayat 93:
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.
Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu seks bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. Negara kita dah lebih sedekat merdeka tapi segelintir masyarakyat, fikiran mereka masih lagi dijajah dengan pengaruh budaya barat. Baru-baru ni ada terbaca yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyokong dan memberi bantuan kepada ibu yang telah melahirkan bayi luar nikah. Mungkinkah perkahwinan di usia muda dapat membantu membanteras gejala pembuangan bayi. Apa pandangan anda?
Istimewanya Maher Zain
Lupakan sejenak tentang drama atau kumpulan dari korea yang pernah aku tulis sebelum ni. Actually aku tertarik dengan penyanyi yang bernama Maher Zain. Siapa Maher Zain, tak kenal pun? Memang rugi beb tak kenal dia ni. Ok ni serba ringkas tentang si Maher Zain.
Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.
Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.
Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.
Seriously aku jarang dengar lagu-lagu dari luar melainkan aku betul-betul suka dengan lagu tu atau artis tu sendiri contohnya macam Taylor Swift. Tapi kali ni lain kerana apa yang buat aku lebih minat dengan dia ialah konsep dan kelunakkan suara dia ni. Secara am’nya konsep yang dia bawa lebih kepada berbentuk islamik. Serius memang semua lagu-lagu dari dia memang superb bagi aku. Tak boleh nak bandingkan mana yang best, bagi aku semua best dan ada kekekuatan tersendiri dari segi susunan lirik dan lagu. Kebanyakkan lagu-lagu berbentuk ketuhanan ni sesuai sangat dengan semua peringkat umur dan boleh membuatkan hati kita tenang apabila mendengar. So enjoy the song randomly choosen by me. Bagi yang pertama kali dengar pasti jatuh cinta dengannya.
P/S: Download album penuh Thank You Allah di sini http://bit.ly/cQvYFX atau dapatkan CD original dengan beli secara online di http://bit.ly/biYYc6
Apabila Lelaki Menangis
Gambar Fahrin Ahmad menangis LOL. Apakah? Ok gambar sekadar hiasan, tak ada kena mengena FA dengan entri kali.
Salah satu sifat semulajadi bagi semua manusia adalah menangis. Tak kira muka kacak atau cun, badan sasa, otot berketul-ketul sekali pun tapi dalam hati still ada taman. Haha normal la kan bila seseorang tu bersedih tentang sesuatu perkara pasti meluahkan perasaan bersendirian dengan mengalirkan air mata. Tipu la bagi siapa yang katakan tak ada sifat ni, baik lelaki mahupun perempuan pasti ada juga sebab sejak kita di lahirkan perkara pertama yang kita tahu adalah menangis.
Opss sebelum tersasar lebih jauh, firstly terdetik nak menulis entri kali ni hanya secara spontan. Pada dasarnya aku tak minat dengan Akademi Fantasia (AF) tapi apakan daya dah memang aku suka mengkritik nak buat macam mana. Walaupun AF dah ada 3 orang pengkritik, kita sebagai pemerhati tak salah untuk menjadi pengkritik bebas yang tak bertauliah. Dah 2 minggu berturut-turut aku perhatikan yang pelajar AF musim ni banyak bersandiwara. Kali ni, aku lebih fokus kepada pelajar lelaki yang bagi aku terlalu ‘over act’. Tak perlu la mention nama siapa, sendiri mau ingat la kan.
Kebanyakan pelajar lelaki ni datang dengan pakej rupa paras yang jambu dan bakat yang tak terserlah lagi. Bila debaran penyingkiran masing-masing mula buat muka ketat habis hilang semua ke macho’an. Bila di umumkan pula pelajar yang tersingkir, ada pelajar lelaki lebih over dari pelajar perempuan bila menangis umpama mati bini. Serius bagi aku hodoh giler reaksi dorang sebab AF dah masuk musim ke 8, dah naik jelak dengan adegan tangisan ni semua dan dorang perlu sedar yang dorang masuk AF untuk bertanding sambil belajar dan sepatutnya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum masuk akademi lagi.
Lagi satu dah tahu AF ni rancangan live show, kalau ye pun nak nangis cover-cover la sikit, bukan la sampai jadi hipokrit tapi atleast jangan la tunjuk sangat sampai menangih simpati dari penonton. Air mata korang umpama dah tak ada harga. Menangis kerana kawan tersingkir dari akademi, padahal kenal pun tak sampai sebulan. Over je lebih kononnya dia la kawan sejati cehh. Taktik murahan je, lepas kawan tersingkir terus happy balik habis hilang segala mood sedih tadi.
Dunia hiburan kadang-kadang umpama pentas anak wayang, penuh dengan propaganda. Terasa muak sekarang ni dengan longgokan realiti tv berbentuk hiburan di Malaysia.
P/S: Apasal aku rasa ada yang tak kena dengan entri kali ni….hmmmm, actually lelaki atau perempuan sama je.
Perkahwinan Di Usia Muda
KANGAR: Sejumlah 120 pasangan dilaporkan bercerai di Perlis sepanjang tempoh kurang daripada tiga bulan pertama tahun ini, dengan majoritinya berpunca daripada masalah nafkah dan kecurangan.
Ini sebahagian daripada petikan di dalam Berita Mingguan ruangan Nasional Ahad 28 Mac 2010 tentang kes penceraian di Perlis.
Perkahwinan merupakan satu ikatan yang suci tetapi apabila berlakunya kes penceraian, Allah murka walaupun halal disisi agama. Secara kasarnya statistik ini hanya di negeri Perlis dan tak merangkumi semua negeri di Malaysia. Jadi boleh bayangkan kes penceraian sudah menjadi satu ‘trend’ tak kira artis ataupun orang biasa di negara kita, padahal perkahwinan merupakan satu hubungan jangka panjang. Memang tak dapat nak salahkan takdir, nasib atau pun jodoh tapi kalau seseorang individu itu yang mencari masalah, sendiri tanggung la.
Maksud di sini diri sendiri yang mencari masalah apabila tiada persediaan ke alam mendirikan rumah tangga, masih lagi terbawa-bawa cara hidup orang bujang, faktor ekonomi dan pekerjaan yang tak stabil. Apabila perkara-perkara ini berlaku bila berkahwin di usia muda, pergolakan rumah tangga pun berlaku. Kebanyakan orang muda masih lagi terbawa dengan cara hidup sosial ketika zaman remajanya. Pergaulan dan perhubungan tanpa had antara lelaki dan perempuan setelah berkahwin, balik lewat malam dll.
Antara punca keretakkan rumah tangga selalu kedengaran apabila punca kehadiran orang ketiga, kes kecurangan dan masalah nafkah dll. (aku tak kahwin lagi tak tau apa masalah lain). Bagi yang belum berkahwin, pastikan persediaan mental dan fizikal perlu kita (termasuk diri aku sendiri) hadapai selain penuhkan ilmu di dada supaya tidak terpesong dan sebelum berkahwin dapatkan banyak nasihat daripada orang yang sudah berkahwin supaya keharmonian rumah tangga berkekalan kelak.
P/S: Ya betul aku tak kahwin lagi, aku tak layak nak cerita lebih-lebih dan aku bukan nak buat pandai tapi ni hanya pendapat dan pengalaman orang di sekeliling aku. Kalau ada salah apa yang aku tulis harap ditegur.
Jom Membeli Belah Secara Online
Dunia sekarang dah maju, semuanya di hujung jari. Sekarang tak perlu bersusah payah untuk keluar pergi bershopping tak kira masa, pagi atau malam. Dengan hanya satu klik di internet, anda semua boleh terus membeli barang yang dihajati. Itu pun kalau duit ada le
Entri ni aku tak di bayar apa-apa pun, just nak share pengalaman aku as a customer. Ni first time aku menggunakan perkhidmatan dari pihak YouBeli.com. Seriously mula-mula aku agak was-was dengan laman web YouBeli ni. Itu pun setelah aku periksa betul-betul latar belakang dan lokasi syarikat ni beroperasi dan memberanikan diri untuk menghantar emel kepada mereka, baru membuatkan aku yakin dengan perkhidmatan yang di sediakan oleh mereka. Walaupun dah lama syarikat ni beroperasi, tapi sayang aku baru tahu kewujudan laman ni. Itu pun hasil dari carian diGoogle dan emel yang aku dapat dari WebCash. Kalau nak ikutkan banyak web shopping online yang ada, tapi ikut la yang mana yang kita lebih selesa. Sebelum ni aku lebih suka membeli online di Mudah, Lelong dan di eBay.
Apa yang aku tahu, YouBeli menyediakan khidmat seperti menjual barangan seperti videogame, IT gadget, movie, muzik, software, buku, fashion dan banyak lagi. Terdapat banyak jenis pilihan dan produk baru yang terdapat disitu. Apa yang menariknya, penghantaran percuma di sediakan untuk jumlah pembelian RM150 dan keatas bagi seluruh kawasan di Malaysia. Tapi ada la syarat-syarat dia.
Servis dari mereka memang cepat. Setelah aku bank in kan duit hari selasa yang lepas dalam masa tiga hari, thats mean hari ni la kan barang yang aku nak dah sampai di depan rumah. Tapi ikut juga jenis barang yang kita beli dan cepat mana kita bank in kan duit tu. Kalau dah sevis tip top mesti la kena pujikan ni kalau servis tak memuaskan, siap sedia la nak kena kata-kata sinis dari aku kat blog ni. Kalau kawan-kawan yang nak shopping online aku syorkan di YouBeli. So apa lagi, jom membeli belah secara online di YouBeli.
P/S: Kan best kalau duit banyak, macam-macam nak beli.
Ada Apa Dengan Akademi Fantasia
Akademi Fantasia bukan lah satu nama baru yang kita semua dengar. Pertandingan realiti yang banyak melahirkan bakat-bakat baru untuk di ketengahkan. Musim ni dah nak masuk musim yang ke 8 Akademi Fantasia di tayangkan. Umum sedia maklum yang Akademi Fantasia merupakan program realiti terbitan Astro yang penuh dengan drama, tangisan, kejutan dan konspirasi. Tapi di sebalik semua itu la yang menaikkan rating rancangan tersebut. Undian dari pengundi-pengundi yang membuatkan rancangan program berbentuk realiti tv menguntungkan banyak pihak.
Berbalik pada Akademi Fantasia musim ke 8, aku ada juga mengikuti perkembangan tentang sesi ujibakat yang ditayangkan di saluran Astro @15 dan Trek Selebriti. Ternyata ramai lagi rakyat Malaysia yang nak kejar populariti dengan cara yang mudah dalam sekelip mata. Bukan nak mengata, tapi kalau yang datang ke ujibakat tu betul-betul berkebolehan dalam nyanyian tak apa, ni yang datang tu kebanyakkan semuanya tangkap muat. Dah tahu yang diri tu tak boleh menyanyi, beriya-iya juga nak masuk ujibakat. Memang orang akan kata ini sebahagian daripada kemeriahan sesi ujibakat, tapi tak terfikir ke menjadi bahan kutukan orang ramai apabila ditayangkan di kaca televisyen satu Malaysia.
Pertandingan realiti sebegini mempertaruhkan bakat, rupa paras dan penampilan diri yang menjadi kriteria dan ukuran utama. Tanpa pakej yang sempurna, jangan harap nak menyertai mana-mana pertandingan. Itulah hakikatnya sekarang ni, kalau tahu diri tu tak berbakat baik layan di karaoke sudah. Tapi tak salah nak menyertai pertandingan seperti ni, atleast cermin dulu diri sendiri sebelum melangkah pergi ujibakat.
Lagi satu dengan lambakkan program realiti yang ada sekarang ni banyak la artis baru yang ada sekarang ni. Harap jangan jadi artis yang bermusim sudah, sekejap ada sekejap tak ada. Tenggelam timbul dalam dunia hiburan.
P/S: Betul la kata seorang artis tu yang artis tak patut dijadikan ikon.
Jom Layan Drama Dan Kumpulan Dari Korea
Firstly, aku rasa dalam hidup aku baru berapa kerat je drama korea yang aku follow. Kalau tak salah aku, drama Memories of Bali & Sassy Girl Chun Hyang merupakan dua drama korea yang mula-mula aku layan sampai habis. Itu pun sekitar tahun 2004/05. Agak kesian bagi aku tak layan drama-drama korea yang hot seperti Winter Sonata, Full House, Stair Way To Heaven dll. Lepas aku masuk asrama sampai sekarang, aku dah mula ketinggalan pasal drama-drama korea ni. T__T.
Kalau orang tanya aku drama korea yang hot sekarang ni, sumpah aku tak tau. Dulu bila aku blogwalking, tengok status kawan-kawan di facebook dan YM, semua orang sibuk cerita pasal Boys Over Flowers. Aku pulak blur siapa tanya ni kumpulan apa ekkk. Sah tak ikut perkembangan sekarang ni, dulu layan drama korea sebab minat Jang Nara. kuikui
Tapi sekarang ni, aku lebih suka layan group dari korea macam SNSD, Wonder Girls, Super Juniordll. Boleh katakan setiap hari layan lagu SNSD kat youtube. HAHA comel siut dia orang ni. Dah la suara lunak, pandai menari pulak tu. Tergugat iman sementara… wakaka. First time tengok dia orang masa video klip Gee, terus jatuh hati. Sekarang ni layan video klip yang terbaru Oh!.
Tak puas layan kat youtube aku siap download satu album terbaru SNSD. Memang layan beb. Kalau sapa yang nak downlod, boleh klik kat SINI. Lagu-lagu jenis k-pop kebanyakan semuanya catchy song, sebab tu ramai yang cepat tangkap. Even budak-budak sampaikan ke mak bapak budak pun boleh layan lagu-lagu macam ni.
P/S : Betul ke orang kata bila tengok drama korea hati selembut tisu











