Jan 28, 2010

Tipikalnya Drama Melayu

Kali ni aku bukanlah nak menceritakan tentang filem Adnan Sempit atau apa-apa filem yang tengah hangat di tayangkan di pawagam sekarang ni. Rasanya ramai yang sedia maklum pasal cerita ni. Kali ni aku rasa nak meluahkan pendapat dari penglihatan aku tentang drama-drama melayu yang terdapat di pelbagai saluran tv. Tak dinafikan, bukan semua (jangan salah faham, diulang bukan semua OK) drama-drama yang di tayangkan seperti apa yang hendak aku sampaikan. Anggaplah entri ni lebih kepada pendapat peribadi. Jadi gunakan akal fikiran yang rasional untuk menilai.


Drama melayu telah berkembang sejak sekian lama lagi. Perubahan zaman menyebabkan dunia penyiaran mengalami transformasi yang mendadak daripada skrin hitam putih hinggalah ke skrin berwarna. Selain itu untuk menarik minat penonton, pengarah-pengarah menggunakan barisan pelakon yang popular dan hot untuk melariskan drama arahan mereka. Standard la kan, ini namanya strategi pemasaran. Tapi tanpa skrip yang menarik, sesebuah cerita akan terbabas walaupun menggunakan pelakon yang bertaraf bintang. Jadi di sini jelas terbukti kekuatan sesebuah drama bergantung pada skrip yang baik untuk menentukan jalan cerita yang menghiburkan dan mempunyai mesej di sebalik cerita tersebut.


Tapi masih ada lagi drama yang tipikal. Dalam erti kata lain masih berada di takuk yang lama. Di sini ada beberapa point yang jelas ketara dalam drama melayu. Antaranya ialah :


Penindasan Antara Dua Darjat

Aku masih lagi tak faham kenapa perlu buat jalan cerita macam ni. Kenapa perlu membezakan orang kaya dan orang miskin. Orang miskin tak boleh nak kawan dengan orang kaya dan sebaliknya. Kita dah masuk tahun 2010, tak kan nak kebanyakkan drama kita semuanya stereotaip.


Hubungan Terlarang @ Cinta Terlarang

Akibat dari jurang antara dua darjat, maka perhubungan tak direstui. Maka berlaku hubungan haram tuuuutttt. Cerita macam ni umpama mengalakan lagi masyarakat kita melakukan kejahatan. Balik-balik yang jahat orang melayu jugak.


Gaya Hidup Mewah

Drama melayu kalau bab ni memang tak kan kalah, semuanya kalau boleh nak yang branded. Ya la kan, siapa nak hidup susah. Berlakon mesti nampak high class. Barang-barang jenama keluaran tempatan tak layan la. Contoh, kalau boleh masa berlakon kereta semua nak yang di import, mewah dan bergaya. Kereta keluaran tempatan seperti Proton, Perodua mana layan.


Tiru Cerita Indonesia

Yang ni tak dapat di sangkal lagi. Orang Malaysia banyak terdedah kepada lambakkan cerita Indonesia. Jadi sampaikan drama melayu pun nak di samakan macam sinetron Indonesia. Come on la, kalau cerita Indonesia boleh buat kisah dongeng yang tak masuk akal, buat apa kitapun nak tiru mereka. Itulah tipikalnya drama kita. Tapi apa yang bagusnya, sejak kempen 1Malaysia dilancarkan, drama kita sudah mempunyai identiti sendiri. Ini menunjukkan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia. Melayu, Cina dan India dan bangsa lain semua boleh hidup dalam satu komuniti yang sama.


Kesimpulannya kita sebagai penonton mempunyai hak untuk menilai kualiti sesebuah drama. Kalau sesebuah drama tu bagus dan mempunyai mesej, tak rugi pun kita yang menonton. Kalau rasa tak bagus, tak payah tengok senang cerita melainkan dah tertengok nak buat macam mana LOL. Semuanya pilihan di tangan kita. Terpulang pada individu tu sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Jan 18, 2010

Perang Browser, Yang Mana Pilihan Di Hati

Penggunaan internet di zaman sekarang bukanlah satu yang baru. Dengan pelbagai syarikat telekomunikasi gergasi yang menyediakan kemudahan untuk melayari internet, kini pengguna sekarang boleh memilih untuk mendapatkan tahap kelajuan yang di kehendaki dengan pakej dan bajet yang berpatutan.


Di sebalik itu, pemilihan penggunaan browser juga penting dalam melayari internet. Browser yang baik dapat meningkatkan kelajuan dan kestabilan semasa melayari internet. Jadi tercetuslah perdebatan perang browser di kalangan pengguna internet di Malaysia mengatakan kelebihan browser pilihan masing-masing. Antara browser yang kerap digunakan adalah seperti Internet Explorer, Mozilla FireFox, Google Chrome, Opera, Safari dan lain-lain lagi.


Setiap pendapat dan cara penggunaan di kalangan pengguna browser sememangnya berlainan, jadi aku tak dapat nak spesifikasikan browser mana yang terbaik untuk digunakan. Mungkin bagi aku, Google Chrome adalah browser yang terbaik selama aku melayari internet. Dengan kelajuan dan kekemasan susunan pada chrome, sudah cukup membuatkan aku mesra mengunakannya. Tambahan pula pelbagai pilihan extensions yang ada membuatkan Google Chrome sama seperti add-ons yang terdapat di FireFox.


Tapi mungkin pengguna browser lain tidak sependapat dengan aku terutamanya pengemar Twitter yang menggunakan Echofon sebagai klien Twitter mereka di FireFox. Apa-apa pun, terpulang atas individu masing-masing. Pada aku, Google Chrome tetap di hatiku walau bermacam jenis browser yang telah aku cuba still tak leh lawan En. Google…hehe

**********

DOWNLOAD NEW BROWSER

Google Chrome

Mozilla FireFox

Internet Explorer

Safari

Opera

Jan 13, 2010

Kemaskini Status Twitter Dan Facebook Dalam Masa Yang Sama

Umum sedia maklum yang Twitter dan Facebook merupakan dua rangkaian sosial yang paling popular sekarang ni. Bagi setiap pengguna twitter, mereka boleh la mengemaskini status terbaru mereka terus di facebook dengan menggunakan aplikasi twitter yang ada di facebook tanpa mendaftar masuk akaun facebook mereka. Setiap tweet atau mesej yang di tulis akan terus di paparkan ke paparan status terkini di facebook. Tambahan pula dengan perkhidmatan gladlyCast dan Celcom via Twitter, semuanya mudah dengan hanya satu sms. Jadi mudah bagi sesetengah orang untuk mengemaskini status mereka dimana jua mereka berada tak kira waktu.


Tapi satu kelemahan sistem twitter melalui facebook ini ialah setiap kali ReTweet(RT) atau tweet perkara yang remeh temeh akan terus ke paparan status facebook korang. Ini kerana setiap tweet yang tidak bermula dengan simbol @ akan terus ke paparan status facebook korang (melainkan DM). Jadi tidakkah korang rasa semak status facebook korang dengan keadaan macam ni.


Kini korang boleh membuat pilihan sama ada hendak bertwitter sahaja atau hendak bertwitter sambil mengemaskini status facebook anda dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di facebook iaitu Selective Tweet. Caranya mudah saja, tweet mesej korang seperti biasa jika hendak bertwitter dan jika hendak tweet korang terus ke paparan status facebook pastikan setiap ayat diakhiri dengan hashtag #fb. Contoh seperti gambar dibawah.

Sebelum korang menggunakan aplikasi ini, pastikan buang terlebih dahulu aplikasi twitter yang ada di facebook. Kalau tidak, ia tidak ada makna menggunakan Selective Tweet ni. Aplikasi ini juga boleh digunakan jika korang tweet menggunakan sms dan apa yang penting pastikan di akhir ayat di akhiri dengan #fb.


Aplikasi lain yang sama fungsi selain Selective Tweet ialah SupaSync dan TweetPo.st

P/S: Kredit kepada Roslan Nazri atas kongsian maklumat bersama.

Jan 11, 2010

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikulnya

Aku kadang kadang termenung jauh memikirkan nasib orang orang yang jauh lagi kuat dariku. Maksud kuat disini ialah tabah mengharungi cabaran dan dugaan. Aku pernah mengeluh sendirian mengatakan hidup aku tak seindah seperti orang lain, tapi ternyata aku silap malah aku masih lagi mampu bersyukur kerana masih ada golongan yang masih hidup dalam kesusahan kalau nak dibandingkan dengan hidupku sekarang ni. Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tapi cukup buatku untuk mendapat sedikit kasih sayang, tempat tinggal untuk berteduh dan makan minum untuk menjalani kehidupan seharian.

**********

Sejak menceburi diri dalam arena blogging, aku dah anggap yang kita semua blogger berada dalam satu komuniti yang sama iaitu berkarya menghasilkan penulisan tak kira apa jua genre untuk pembaca blog masing masing. Semakin lama blogging semakin ramai blogger yang aku kenal dan ada yang sudah di jadi teman rapat di alam maya walaupun hanya kenal di blog, Facebook, Twitter dll. Ya aku sedar yang rata rata blogger yang aku kenal ada yang lebih muda dari aku, ada yang sebaya dan ada yang lebih tua dari aku. Bagiku usia bukan menjadi masalah kerana aku jenis yang open dalam berkawan tidak kira lelaki mahupun perempuan.


Realiti hidup manusia bukan la macam skrip drama dalam tv yang telah ditentukan kesudahan cerita macam mana. Jadi ada pasang dan surutnya perasaan dalam kitar hidup seharian. Melalui penulisan juga kita dapat rasakan perasaan seseorang tu ketika menulis. Setiap ayat ayat yang digunakan dapat mengambarkan keadaan semasa penulis tersebut semasa menulis sesebuah entri. Gembira, sedih, kecewa semua dapat dibaca dari gambaran penggunaan ayat tersebut. Kita semua hanya manusia biasa tak akan lari dari mempunyai perasaan macam ni.


Melalui blog jugalah menjadi medium yang terbaik untuk seseorang luahkan perasaan yang terpendam ni. Ada seketika membaca entri dari beberapa kawan blogger yang lain membuatkan hati kita mula tersentuh. Ibaratkan cubit paha kanan paha kiri juga terasa. Aku sebagai silent reader blog Bro Megat terasa terpanggil untuk membantu dengan menyokong kempen Blogger We Care yang di ilhamkan oleh Bro Hydir. Selain itu, cara lain untuk membantu Bro Megat ialah dengan mengikuti peraduan yang di anjurkan di dalam blog Azizwan dan DenaiHati. Ayuh rakan rakan blogger sekalian tunjukkan keprihatinan anda semua. Harap bantuan dari rakan rakan blogger yang lain dapat meringankan beban yang di tanggung oleh Bro Megat. Sama sama kita doakan yang terbaik untuk Bro Megat dan sekeluarga.


P/S : Bila lagi kita nak tolong bangsa sendiri?

Dec 25, 2009

Penantian Memang Memeritkan

Hohoho, Merry Christmas sudah…ALAMAK, tersilap intro pulak. Assalamualaikum semua pertama sekali baruku sedar blog ni dah lama tak update kan. Lebih kurang dua bulan sudah. Bukan tak nak, tapi sengaja biarkan seketika blog ni tanpa sebarang perkembangan atas sebab-sebab tertentu.


Penantian memang memeritkan setiap kali nak update macam-macam masalah berlaku, itulah inilah. Last-last, terpaksa menyepi dari arena blogging seketika. Rasa bersalah kat korang semua termasuk kat silent reader yang setiap hari ternanti-nanti update terbaru, tapi masih tak update lagi…hehe, sorry guys.


Apa-apa pun dengan tahun baru bakal menjelma, mungkin tahun depan bakal membawa sinar yang lebih baik dari tahun ni. Siapa tahukan. Ok lah, see ya next post sebab ni entri pendek je tak banyak yang nak story lagi.

Oct 11, 2009

11 Oktober Adalah Hari Lahir Aku

happy birthday

Hooray, firstly aku dah buat satu rekod peribadi tak update blog lebih kurang sebulan. Bukan tak nak update, tapi terpaksa menyibukkan diri untuk menyiapkan final projek yang perlu submit by this month. Ini la disebabkan mood terlebih raya, kerja tertangguh. Last-last ni lah akibatnya, padan muka kau khairil HAHA. Bukan tak nak curi-curi masa nak update blog, tapi bila ada masa, waktu tu la penyakit malas datang menyerang. Hasilnya blog tak berupdate lagi walaupun banyak idea yang nak tulis kat sini.


Banyak posting yang tak sempat nak post termasuk masa raya hari tu, hari ni pun dah 11-10-09 (tarikh cun) bersamaan 22 Syawal. Dengan tarikh ni juga setiap tahun umur aku akan meningkat setahun. Tidakkk aku dah tua HAHA tapi perangai still ke anak-anakan lagi. Yelakan umur baru masuk 20 tahun, mudakan.


Terima kasih juga aku ucapkan kepada rakan-rakan siber yang wish birthday aku melaului SMS, YM, di Facebook dan juga di Twitter… oh serius terharu gila. Oh, lupa dulu masa kat blogspot aku pernah listkan senarai nama-nama mereka yang tarikh lahir sama dengan aku, untuk senarai nama tu boleh tengok kat sini dan aku ucapkan juga Selamat Hari Raya Lahir juga kepada mereka semua.

Sep 13, 2009

Diari Ramadhanku

Cepat masa berlalu, minggu ni dah masuk minggu ke 4 kita berpuasa bersamaan 7 hari lagi kita nak sambut hari raya. Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ni tak banyak yang dapat aku tulis di blog ni akibat kekangan waktu dan kesibukan diri sebagai seorang pelajar cermerlang huhu. Tak banyak yang nak aku tuliskan kali ni, cuma sedikit ringkasan aktiviti mingguan sepanjang Ramadhan ni.


Minggu Pertama : Hari pertama berpuasa sempat berpuasa dan berbuka dirumah sendiri. Tiada tempat yang lebih baik jika nak di bandingkan di rumah sendiri. Siyes memang tak terasa macam tengah berpuasa kalau nak bandingkan hari yang ada kelas. Hari-hari biasa tak dapat berbuka kat rumah, cuma beli kat Bazar Ramadhan dan makan dengan kawan-kawan. Tapi apa yang bestnya aku selalu pergi lewat sebab time tu semua peniaga buat jualan penghabisan. Waktu ni la dikatakan jimat masa membeli.


Minggu Kedua : Minggu kedua dah boleh nampak segelintir makhluk Tuhan yang tak berpuasa. Aku gelarkan mereka ni ‘Geng Plastik Hitam’ sebab apa bila keluar je dari kedai nasi kandar dah boleh nampak bungkusan hitam. Sah-sah la tu bungkusan nasi dan minuman. Nak kata period tak puasa tak jugak sebab yang beli tu lelaki. Aku pun tak faham kenapa dorang ni tak puasa, jadi tak nak cakap banyak sebab paham-paham la sendirikan sebab masing-masing dah besar panjang. Aktiviti di waktu malam pula selepas tarawikh main futsal, sekadar nak enjoy dan keluarkan peluh.


Minggu Ketiga : Minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk sekali, kelas macam biasa tapi sibuk dengan kuiz, ujian, assignment pulak bertimbun-timbun dan tugasan projek akhir masih lagi tak ada progress. Akhirnya aku mengambil keputusan lari dari dunia internet sekejap untuk fokus dalam pelajaran. Kadang-kadang bila ada masa nak online, mood pulak tak ada. Last-last tidur lagi best.


Minggu keempat : Mood raya semakin dirasai apabila dengar mana-mana radio semua lagu raya dimainkan. Tambahan pula bila tengok kat rumah semua saudara mara tolong menolong buat kuih raya buatkan aku tak sabar nak sambut raya. Tapi persiapan diri untuk raya tak sedia lagi walaupun puasa berbaki seminggu. Tapi tak kesah sangat kalau tak sempat beli baju tahun lepas ada lagi dan masih elok, itu pun pakai sekali je lepas tu tak pakai dah simpan dalam almari.


Iklan Tak Berbayar : Dikesempatan ni aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam. Maafkan salah dan silap jika ada selama aku menulis di blog.

Lucky Laki

Mula layan dengan lagu ni…lagi 1 comel budak budak tu :)

Lirik Superman – Lucky Laki

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting
Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Ulang Reff

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan
Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga

Ulang Reff

Ayahku tersayang maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau
Kita berjanji ‘tuk tidak lagi
Menangis karena cinta

Repeat Reff 3x

kredit di sini

Pages:«12345678...17»

Geng FB