7 Bulan Telah Berlalu
Sedar tak sedar bulan Ogos sudah sekarang ni, cepat masa berlalu rasa macam baru semalam sambut tahun baru *ayat semata mata* Yeah antara sebab mengapa bulan ni aku ternanti nanti ialah salah satunya bulan ni merupakan bulan kemerdekaan negara Malaysia yang ke-52 dan bagi seluruh umat islam kat dunia ni 1 ramadhan dah tak lama.
Entri ringkas ni hanya nak recap balik progres azam baru untuk tahun ni setelah 7 bulan tahun 2009 kita lalui. Kalau aku sebut antara azam tahun baru aku untuk tahun ni mungkin orang akan kata aku ni materialistik tapi tu hanya la sebagai pembakar semangat untuk aku berkerja keras untuk mendapatkan apa yang aku idamkam. *materialistik apanya, dslr pun tak mampu beli lagi :aie: *
Boleh katakan 50% dari apa yang aku azamkan untuk tahun 2009 telah terlaksana dan aku rasakan satu kejayaan buat tahun ni walaupun tahun 2009 masih lagi berbaki beberapa bulan lagi. Seriously aku rasakan tahun ni betul betul aku usahakan untuk mencapai azam aku kalau nak dibandingkan dengan beberapa tahun tahun lepas. Kalau tahun lepas mungkin hanya sekadar angan angan kosong kerana tak ada usaha untuk merealisasikan azam yang aku nak berbanding dengan tahun ni.
Faktor umur juga boleh aku kaitkan disini kerana semakin hari kita semakin membesar dan pemikiran juga semakin berkembang. Jadi kita boleh fikir dengan dengan sebaiknya baik buruk apa yang kita nak. Semuanya terletak atas kemahuan diri sendiri. Nak seribu daya tak nak pun seribu dalih
Korang punya azam untuk tahun ni macam mana. Kalau siapa yang berazam nak kawen tu cepat cepat la cari jodoh ye nanti tertangguh tahun depan la nampaknya hehe
P/S : Sebelum terlupa bulan ni sangat sibuk ya disebabkan semester baru dah pun bermula. Sori kepada semua kerana tak ada masa nak blogwalking.
Apabila Kacang Lupakan Kulit

Kura kura dalam perahu
Pura pura buat tak tahu
Manusia memang macam ni, ‘bila bagi betis nak paha’. Kalau setakat dua tiga puluh boleh la lagi bermurah hati nak bagi pinjam, ni bila mula berani nak buat pinjaman dua tiga ratus apa kes pula. Main judi ke apa dia orang ni. Aku pun ada tanggungjawab juga. Sungguh aku tak faham masalah macam ni, disebabkan duit kawan kawan mula bergaduh, disebabkan duit juga kita boleh nilai kawan kita sendiri. Bila susah baru cari, bila senang jangan harap la nak cari kita.
Apa yang boleh aku katakan, manusia memang tak pernah nak rasa cukup dengan duit dalam erti kata lain ialah tak nak bersyukur. Kadang kadang aku terfikir gak apa yang kawan kawan aku buat dengan duit sampai tak pernah nak rasa cukup. Kalau nak ikutkan cara hidup aku dengan dia orang sama je. Contohnya bila hari ni loan masuk atau gaji masuk, hari ni juga duit habis. Tak tercapai akalku untuk terima semua ni. Semuanya disebabkan perbuatan lagho.
Seriously aku rasa orang orang macam ni tak ada kesedaran dalam hidup. Menyusahkan orang ada la. HEHE, ter emo pula entri ni
Kisah Disebalik Jarang Update
Hai salam semua. Sedikit ringkasan untuk minggu ni, memang sibuk gila sehingga tak ada masa nak tengok blog sendiri dan lawat blog lain. Terbukti buat kerja last minute membuatkan aku menjadi seorang yang sangat rajin, hoho serius tak tipu. Aku cuba lari dari dunia blog untuk fokus dengan kerja yang tertangguh tapi dalam masa sama, masih sempat berfoya-foya di Facebook dan Twitter.
Dalam minggu ni juga banyak aktiviti dan program yang telah dirancang tapi bak kata pepatah “manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan”. Ada perancangan yang tercapai dan ada yang tak. Mula-mula ingat nak update blog ni tapi serius tak ada mood nak blogging buat masa sekarang ni padahal idea datang mencurah curah, non stop. Dalam draft pun banyak lagi entri yang tak post lagi.
Satu projek blog yang cuba aku hasilkan tak siap siap lagi. Masih lagi bereksperimentasi dan mengambil masa yang lama disebabkan ketidak pandaian aku menguruskannya. Benda baru dan perkara baru memang asing bagi aku
.
Yeahh, disamping tu juga report praktikal siap 100% seperti yang diharapkan malah lebih cepat dari yang dijangka. Tak sia-sia kerja keras selama 2-3 hari ni bersengkang mata sampai pagi online fesbuk. Kerja siap hati senang, harap harap lecturer terimalah hasil kerja dari aku ni nanti.
Semester baru akan bermula minggu depan, persediaan mental dan fizikal diperlukan setelah hampir 7 bulan menjalani praktikal. What a life, doakan semua berjalan lancar nanti dan tak ada masalah.
Jiwa Kacau

Fikiran buntu otak pusing
Takut kalut aku serabut
Minda kosong hati tak senang
Tidur lena mampi tak basah
Suka duka lama lama boleh jadi gila
Semangat kuat aku bukan pengalah
P/S: Kalau tak silap aku menangguh kerja ni amalan syaitan…hoho, aku dah mula berubah korang bila lagi.
Siapa Cepat Dia Dapat
Ni hanya entri re-post yang ada dalam draft yang aku katakan dalam entri sebelum ni. Dibawah terdapat 2 gambar yang sama tapi ada beberapa berbezaan yang aku sendiri buat buat tak tau. Jadi apa yang perlu korang buat ialah spot the difference seberapa banyak yang boleh di Gambar 2 berdasarkan gambar asal di Gambar 1.
Gambar 1 : gambar asal

Gambar 2 : cari perbezaan

Cara penyertaan mudah saja, sesiapa yang dapat mencari perbezaan pada gambar yang paling banyak dan tepat akan mendapat sedikit saguhati dari aku yang tak seberapa, nilainya biarlah rahsia. 3 orang yang bertuah yang teka paling tepat di kira pemenang.
Sebagai bukti, korang perlulah tanda perbezaan di gambar 2 tu dan hantarkan gambar yang telah di bezakan tu ke emel aku di kriell_afzal(at)yahoo(dot)com. Cara nak tanda perbezaan tu terpulang janji mudah untuk aku lihat dan selamat mencuba kepada sesiapa yang beminat.
Klu: save kedua dua gambar tu dan tengok secara selang seli. Tengok siap aku bagi tau macam nak nak jawap lagi, kalu tak cuba rugi.
UPDATE: kepada mereka yang bertuah, emel telah dihantar dan sila ikut arahan seterusnya untuk tuntut hadiah anda
Perhubungan Dua Hala
.jpg)
Aku baru tamat menjalani praktikal pada jumaat minggu lepas. Sebaik habis praktikal, aku ada sedikit urusan di Seremban, KL dan beberapa tempat lain selama 2-3 hari. Selama 2-3 hari juga aku tak online, satu rekod baru untuk aku. HAHA, aku ada buat auto post semasa ketiadaan aku, tapi mengalami sedikit masalah, nanti ada masa aku akan re-post balik entri tu. Aku ingat Kapten sorang saja yang mengalami masalah macam ni. Entah apa punca masalah pun aku tak tau.
Di temani dengan abang aku dan sepupuku ke sana, perjalanan dari Pulau Pinang mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke destinasi pertama iaitu Seremban. 5 jam memandu memang membosankan tak kala abang aku dan sepupu aku tidur semasa aku memandu. Aku mula rasa mengantuk disebabkan tanpa perhubungan dua hala.
Bagiku perhubungan dua hala sangat penting dalam semua urusan termasuk untuk pasangan suami isteri bagi mengeratkan lagi hubungan. Tak kisah la walaupun hanya perbualan kosang tapi sekurang kurang ada benda yang nak di ceritakan. Begitu juga dalam perkerjaan, boleh meningkatkan lagi prestasi kerja sesama staff dan kakitangan syarikat yang lain dan dapat merapatkan hubungan dengan klien di masa akan datang.
Amir seorang yang berkerjaya. Mempunyai pangkat yang tinggi, gaji yang besar, rupa paras yang kacak dan mempunyai beberapa aset untuk masa hadapan. Tapi hidupnya tak seindah seperti harta yang dia ada, dia selalu gagal dalam percintaan. Kebanyakkan perempuan yang dia kenal hanyalah pandang pada wang ringgit yang dia ada selain wajahnya yang kacak dia miliki. Sukar bagi Amir untuk mencari cinta sejati.
Disebabkan itu, dia nekad untuk tidak bercinta lagi. Hal ini menyebabkan kedua orang tuanya resah memikirkan anak teruna mereka yang hendak hidup bujang sepanjang hayat. Maka mereka mencadangkan supaya mereka tolong mencarikan jodoh kepada Amir. Pada mulanya Amir agak keberatan untuk menerima cadangan itu, tapi dia hanya mengiyakan saja cadangan dari orang tuanya kerana tak nak mengecewakan hati mereka.
Sebulan kemudian, kedua orang tua Amir memperkenalkan calon bakal isterinya, Fazura kepada Amir. Pertemuaan yang singkat membawa mereka ke alam perkahwinan. Walaupun belum sempat berdating, keluar makan bersama dan menghabiskan masa hujung minggu bersama, tapi ciri ciri perempuan melayu terakhir yang ada pada Fazura membuatkan Amir percaya dan yakin dengan pilihan orang tuanya. Dia pasti cinta sejati akan datang setelah melayari bahtera berumah tangga nanti.
Seperti yang dirancang, perkahwinan mereka telah diaturkan oleh kedua orang tua masing masing. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan jayanya. Keadaan bertambah meriah dengan adanya sanak saudara yang berkumpul untuk meraikan pasangan pengantin baru. Amir pula menjadi gelabah dan risau sebab dia pernah mendengar kisah malam pertama dari kawan kawannya yang telah berkahwin. Setiap orang ada pengalaman masing masing, macam macam cerita yang dia dengar. Perasaan seronok, takut, risau semua bermain difikirannya. Sempat juga kawan kawannya memberi tips tips dan langkah langkah yang patut dia lakukan di malam pertama.
Malam yang di tunggu tunggu telah tiba, tepat jam 12 tengah malam Amir mengajak isterinya ke kamar untuk bergurau senda. Isterinya pula hanya mendiam diri tanpa merungut sepatah perkataan pun dan mengikut kehendak suaminya tu. Sebaik masuk ke dalam kamar, lampu dipadamkan dan Amir mula memainkan peranannya sebagai seorang suami.
Amir mula memberi arahan kepada isterinya, tapi isterinya pula senyap saja. Kali kedua Amir bersuara tapi tiada juga reaksi. Amir mula berang dengan isterinya kerana tak ikut arahan yang diberi olehnya. Kemudian di membuka semula lampu di kamarnya dan melihat isterinya telah pun tidur dalam keadaan yang seksi. Dalam hati kecil Amir berkata, cis tak patut betul. Penat saja aku mengatur strategi tapi isteriku tidur pula…tomorrow never dies.
Akaun Apa Yang Korang Guna

Salam semua, entri ni dah lama aku nak tulis sebab ada beberapa orang tanya masalah ni kat aku, tapi masih terbengkalai dalam draft jadi hari ni aku siapkan untuk berkongsi sesuatu dan mungkin ramai pengguna blogspot tak perasan pasal ni (aku agak je). Sebelum aku menulis ni aku telah meminta tolong dari beberapa rakan blogger aku di YM, ternyata semua sependapat dengan aku. Sebarang kesilapan maklumat harap sesiapa yang bijak pandai tolong perbetulkan, ni hanya dari pandangan aku saja.
Google telah beberapa kali menaik taraf kemudahan yang ada di ruang blogspot ni. Antaranya ialah di ruangan widget followers. Antara pembaharuan yang ada di widget followers ialah sekarang ni korang boleh follow lebih dari 200 blog (dulu limit 200 saja), Add as friend iaitu menjadikan followers korang sebagai kawan dan korang juga boleh follow mana² blog yang korang suka dengan menggunakan mana² akaun seperti gambar di atas. Menarik bukan, ini membolehkan kita membuat lebih banyak pilihan semasa nak follow sesebuah blog.
Bagi pengguna akaun google memang tak menjadi masalah kerana setiap blog yang korang follow akan terus update di dalam dashboard dan Google Reader, tapi sebaliknya pula dengan pengguna akaun selain google. Contohnya seperti akaun yahoo, aku pernah cuba follow beberapa blog dengan menggunakan akaun yahoo dan twitter tapi hasilnya tiada update blog yang aku follow di dalam dashboard.
Disebabkan tiada update di dalam dashboard, maka terpaksalah aku menggunakan alternatif lain dengan mengupdate sendiri link blog yang aku follow di Google Reader dan Bloglist. Kalau tak buat macam ni, aku hanya di namakan follower blog tu tapi tanpa mengikuti perkembangan blog tu, dalam erti kata lain, hanya meramaikan follower yang ada. Sekarang ni aku akan kurangkan dari 200++ blog yang aku follow, tak sempat nak masuk semua blog ada dan dalam 200++ tu bukan semua yang aktif blogging lagi dan aku akan ganti dengan list blogger baru.
Sebut pasal Google Reader, berapa ramai yang menggunakan kemudahan ni, aku yakin tak ramai yang guna walaupun kemudahan ni telah tersedia di ruang blogspot. Kalau sesiapa yang tak faham macam mana nak guna Google Reader dan Bloglist boleh rujuk entri ni. Aku tak tau korang faham ke tak maksud entri ni yang cuba aku sampaikan, kalau tak faham sila faham fahamkan dan aku nak bagi tau akaun google da best :P
Ada Apa Dengan Warna Dan Perkataan
Lihat pada gambarajah dibawah dan sebut mengikut WARNA, bukan PERKATAAN
Lumrah manusia tiada yang sempurna. Ni disebabkan kecelaruan (betul ke ayat ni) pada otak kiri dan kanan. Otak kanan kita cuba untuk menyebut warna tetapi otak kiri kita lebih kepada membaca perkataan tersebut.
Jadi agak tergagap gagap untuk menyebut mengikut WARNA tapi bukan PERKATAAN tu. HAHA, walaupun pada hakikatnya sekali pandang nampak memang senang. Apa² pun korang layan la gambar tu sambil menyebut warna² yang ada dan cuba sebut semua warna tu seberapa pantas yang korang boleh buat.




