Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikulnya
Aku kadang kadang termenung jauh memikirkan nasib orang orang yang jauh lagi kuat dariku. Maksud kuat disini ialah tabah mengharungi cabaran dan dugaan. Aku pernah mengeluh sendirian mengatakan hidup aku tak seindah seperti orang lain, tapi ternyata aku silap malah aku masih lagi mampu bersyukur kerana masih ada golongan yang masih hidup dalam kesusahan kalau nak dibandingkan dengan hidupku sekarang ni. Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tapi cukup buatku untuk mendapat sedikit kasih sayang, tempat tinggal untuk berteduh dan makan minum untuk menjalani kehidupan seharian.
Sejak menceburi diri dalam arena blogging, aku dah anggap yang kita semua blogger berada dalam satu komuniti yang sama iaitu berkarya menghasilkan penulisan tak kira apa jua genre untuk pembaca blog masing masing. Semakin lama blogging semakin ramai blogger yang aku kenal dan ada yang sudah di jadi teman rapat di alam maya walaupun hanya kenal di blog, Facebook, Twitter dll. Ya aku sedar yang rata rata blogger yang aku kenal ada yang lebih muda dari aku, ada yang sebaya dan ada yang lebih tua dari aku. Bagiku usia bukan menjadi masalah kerana aku jenis yang open dalam berkawan tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Realiti hidup manusia bukan la macam skrip drama dalam tv yang telah ditentukan kesudahan cerita macam mana. Jadi ada pasang dan surutnya perasaan dalam kitar hidup seharian. Melalui penulisan juga kita dapat rasakan perasaan seseorang tu ketika menulis. Setiap ayat ayat yang digunakan dapat mengambarkan keadaan semasa penulis tersebut semasa menulis sesebuah entri. Gembira, sedih, kecewa semua dapat dibaca dari gambaran penggunaan ayat tersebut. Kita semua hanya manusia biasa tak akan lari dari mempunyai perasaan macam ni.
Melalui blog jugalah menjadi medium yang terbaik untuk seseorang luahkan perasaan yang terpendam ni. Ada seketika membaca entri dari beberapa kawan blogger yang lain membuatkan hati kita mula tersentuh. Ibaratkan cubit paha kanan paha kiri juga terasa. Aku sebagai silent reader blog Bro Megat terasa terpanggil untuk membantu dengan menyokong kempen Blogger We Care yang di ilhamkan oleh Bro Hydir. Selain itu, cara lain untuk membantu Bro Megat ialah dengan mengikuti peraduan yang di anjurkan di dalam blog Azizwan dan DenaiHati. Ayuh rakan rakan blogger sekalian tunjukkan keprihatinan anda semua. Harap bantuan dari rakan rakan blogger yang lain dapat meringankan beban yang di tanggung oleh Bro Megat. Sama sama kita doakan yang terbaik untuk Bro Megat dan sekeluarga.
P/S : Bila lagi kita nak tolong bangsa sendiri?



January 11th, 2010 at 14:20
New Blog Update : [http://www.khairilafzal.com/personal/berat-mata-memandang-berat-lagi-bahu-yang-memikulnya]
January 11th, 2010 at 14:23
Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikulnya http://gengblogger.com/read/10106
January 11th, 2010 at 22:45
insyaa… moge2 kita dapat meringankan beban beliau walaupun sedikit…bantu la kawan kita ni..mungkin arini dia..jika kita pulak nti bagaimana? tu pentingya bantu membantu
[Reply]
January 11th, 2010 at 22:53
tq sbbs upport kempen blogger we care
usaha anda amat dihargai
[Reply]
January 12th, 2010 at 01:54
walaupun aku hanya dpt membantu skit je, arap sumbangan tak seberapa aku tu akan dpt mengurangkan bebanan megat
[Reply]
January 12th, 2010 at 09:53
aku pun ada baca entri tu
mari sama2 menyumbang
lama ko x update. apa khabar ko?
[Reply]
January 12th, 2010 at 11:24
bagus la mcm tu, sama2 kita tolong menolong rakan2 blogger yg lain.
aku ok jer, x la lama sangat..aku tgh nak redesign balik blog ni sbb tu amek masa skit
[Reply]
January 12th, 2010 at 16:23
mmg satu usaha yg bagus
[Reply]
January 12th, 2010 at 16:29
alhamdulillah. aku dah bantu setakat yang termampu. nanti kalau aku pula sesak, kau bantu aku aa khairil. nak kepsi ke mekdi ke. hehe. gurau je
[Reply]
January 18th, 2010 at 22:21
suka ayat2 dlam post nie …! =)
[Reply]
April 6th, 2010 at 13:51
salam..
baru tahu apa maksudnya..sblum ni mmg tak tahu langsung..huhuhu
[Reply]
April 6th, 2010 at 15:09
hai suri,
maksud apa yang suri maksudkan? pasal belog ke
[Reply]
April 7th, 2010 at 20:17
pasal blog blogger we care tu le.sblum ni suri tak tahu pun apa tujuan nya di wujudkan..bila baca kat sini barulah suri faham..
mf kalu salah tolong tunjukkan.saya budak baru belajar..
[Reply]
May 12th, 2010 at 00:02
[...] semakin hari komuniti blog di Malaysia semakin berkembang dan meluas. Contohnya seperti kempen ini yang pernah diadakan suatu ketika dahulu menunjukkan semangat bantu membantu sesama [...]