Jom Layan Drama Dan Kumpulan Dari Korea
Firstly, aku rasa dalam hidup aku baru berapa kerat je drama korea yang aku follow. Kalau tak salah aku, drama Memories of Bali & Sassy Girl Chun Hyang merupakan dua drama korea yang mula-mula aku layan sampai habis. Itu pun sekitar tahun 2004/05. Agak kesian bagi aku tak layan drama-drama korea yang hot seperti Winter Sonata, Full House, Stair Way To Heaven dll. Lepas aku masuk asrama sampai sekarang, aku dah mula ketinggalan pasal drama-drama korea ni. T__T.
Kalau orang tanya aku drama korea yang hot sekarang ni, sumpah aku tak tau. Dulu bila aku blogwalking, tengok status kawan-kawan di facebook dan YM, semua orang sibuk cerita pasal Boys Over Flowers. Aku pulak blur siapa tanya ni kumpulan apa ekkk. Sah tak ikut perkembangan sekarang ni, dulu layan drama korea sebab minat Jang Nara. kuikui
Tapi sekarang ni, aku lebih suka layan group dari korea macam SNSD, Wonder Girls, Super Juniordll. Boleh katakan setiap hari layan lagu SNSD kat youtube. HAHA comel siut dia orang ni. Dah la suara lunak, pandai menari pulak tu. Tergugat iman sementara… wakaka. First time tengok dia orang masa video klip Gee, terus jatuh hati. Sekarang ni layan video klip yang terbaru Oh!.
Tak puas layan kat youtube aku siap download satu album terbaru SNSD. Memang layan beb. Kalau sapa yang nak downlod, boleh klik kat SINI. Lagu-lagu jenis k-pop kebanyakan semuanya catchy song, sebab tu ramai yang cepat tangkap. Even budak-budak sampaikan ke mak bapak budak pun boleh layan lagu-lagu macam ni.
P/S : Betul ke orang kata bila tengok drama korea hati selembut tisu
Tidak Faham…Bukan Salah Aku
Entri ni terilham semasa aku bukak emel pagi tadi. Aku pun baca emel yang diberikan oleh seorang kawan aku. Tajuk yang diberi ialah ‘Cinta Itu Buta’ pada emel tersebut. Tajuk memang agak menarik untuk dibaca. Korang rasa² macam mana.
Tapi apa yang menjadi masalah ialah bahasa yang digunakan memang agak unik dan mudah difahami. Aku tak tau apa maksud ni dan dari mana dia cilok sebab di akhir ayat dia kata ada makna yang sungguh mendalam kalau dapat translate kan*kalu dia tipu aku, mungkin aku tertipu*.
Antara ayat² yang terkandung dalam emel tersebut mungkin telah membuatkan aku buta sebelum bercinta apabila melihat ayat² ni.
อาจจะดูเหมือนไม่มี อะไรที่แปรผัน
อาจจะดูเหมื่อนทุกวันที่ผ่านมา
แต่ความจริงแล้วข้างใน เริ่มจะเกิดปัญหา
ให้เธอลองมองที่ตาแล้วจะเข้าใจ
ก็มันมีเรื่องราว เปลี่ยนไปไม่เหมือนก่อน
ความห่วงหาเอื้ออาทรไม่เหมือนเดิม
ใช่มันจะน้อยลง แปลกตรงที่มันดันเพิ่ม
ก่อตัวเกินกว่าเพื่อนจะคิดกัน
หากเธอนั้นได้รู้อะไรบ้างอย่าง
ว่าคนที่เคยเคียงข้าง
บางอย่างได้เปลี่ยนไป
อยากจะรู้ว่าเธอรับได้หรือไม่
และฉันต้องทำยังไง
เมื่อเพื่อนคนนี้เปลี่ยนไปเป็น รักเธอ
ก็มันมีเรื่องราว เปลี่ยนไปไม่เหมือนก่อน
ความห่วงหาเอื้ออาทรไม่เหมือนเดิม
ใช่มันจะน้อยลง แปลกตรงที่มันดันเพิ่ม
ก่อตัวเกินกว่าเพื่อนจะคิดกัน
หากเธอนั้นได้รู้อะไรบ้างอย่าง
ว่าคนที่เคยเคียงข้าง
บางอย่างได้เปลี่ยนไป
อยากจะรู้ว่าเธอรับได้หรือไม่
และฉันต้องทำยังไง
เมื่อเพื่อนคนนี้เปลี่ยนไปเป็น รักเธอ
P/S: Aku tak tau nak kata ni lagu, sajak, puisi atau apa. Siapa yang tau tolong aku.
Yang Mana Satu Idaman Kalbu
akhirnya kita akan bertemu jua
bak kata org
‘jauh dimata dekat di hati’
tapi hanya masa yang akan menentukan bila
semakin dekat
hatiku semakin berdebar²
semakin jauh
termimpi² bila dirimu akan menjadi milikku
Setelah di teliti dan di kaji
baik dan buruk kesan kamu kepadaku
aku yakin
kamulah yang terbaik buatku
Cukup sekadar menyebut namamu
aku memang sudah tergila²kan kamu
nanti bulan depan
aku masuk meminang
ohh handphone baru….
tunggu aku akan dapatkan
walau macam mana keadaan pun
yang pasti
handphone yang lama
dah tak setia dengan aku
Kenapa Aku Letih Berkerja
Aku keletihan kerana terlebih kerja. nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang (anggaran sahaja).
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak² bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang ‘pergi kerja tapi tak buat kerja‘.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, suri rumah, orang² tua, fresh universiti student, kena buang kerja dll.
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja.
Dan 2 orang itu adalah kamo dan aku.
Dari 2 orang ini.
kamo SEKARANG INI masih duduk depan komputer, bukak blog, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung… jadi tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…
Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit kamo.
HAHA
P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat² Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.





