Posts Tagged ‘11 Oktober’

11 Oktober Adalah Hari Lahir Aku

October 11, 2009 - 10:40 am 21 Comments

happy birthday

Hooray, firstly aku dah buat satu rekod peribadi tak update blog lebih kurang sebulan. Bukan tak nak update, tapi terpaksa menyibukkan diri untuk menyiapkan final projek yang perlu submit by this month. Ini la disebabkan mood terlebih raya, kerja tertangguh. Last-last ni lah akibatnya, padan muka kau khairil HAHA. Bukan tak nak curi-curi masa nak update blog, tapi bila ada masa, waktu tu la penyakit malas datang menyerang. Hasilnya blog tak berupdate lagi walaupun banyak idea yang nak tulis kat sini.

Banyak posting yang tak sempat nak post termasuk masa raya hari tu, hari ni pun dah 11-10-09 (tarikh cun) bersamaan 22 Syawal. Dengan tarikh ni juga setiap tahun umur aku akan meningkat setahun. Tidakkk aku dah tua HAHA tapi perangai still ke anak-anakan lagi. Yelakan umur baru masuk 20 tahun, mudakan.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada rakan-rakan siber yang wish birthday aku melaului SMS, YM, di Facebook dan juga di Twitter… oh serius terharu gila. Oh, lupa dulu masa kat blogspot aku pernah listkan senarai nama-nama mereka yang tarikh lahir sama dengan aku, untuk senarai nama tu boleh tengok kat sini dan aku ucapkan juga Selamat Hari Raya Lahir juga kepada mereka semua.

Ada Apa Dengan 11 Oktober

June 3, 2009 - 9:00 pm 41 Comments


Dalam satu tahun bersamaan dengan 365 hari bagi tahun biasa…dalam 365 hari ni, setiap orang pasti ada satu tarikh yang bermakna dalam hidup, tak kisah la tarikh ulang tahun perkahwinan, tarikh bercouple, tarikh frust bercinta dan lain² lagi…bagi aku tarikh ni sungguh bermakna…


Memang tarikh lahir aku lambat lagi, tapi ni cuma sekadar maklumat saja…sebelum ni banyak kali aku dah perasan, tapi buat tak tahu saja…tapi bila bersembang dengan Iyllienaz semalam di shoutmix, dia kata yang tarikh lahir aku sama dengan adik dia…terdapat idea pulak nak buat cerita ni sebagai entry.Tak ada apa yang nak di herankan, sejak aku mula blogging pada oktober tahun lepas…dah banyak blogger yang sama tarikh lahir dengan aku yang aku jumpa…antara yang aku jumpa dalam blog :

Dalam keluarga aku, ada juga yang sama tarikh lahir dengan aku, iaitu sepupu aku cuma dia muda setahun dari aku…

Disebabkan ketidak puasan hati yang melanda pada diri aku, dengan bantuan google, aku dapat senaraikan beberapa manusia yang terpilih yang aku berkongsi tarikh lahir yang sama.

Dengan menggunakan keywordfamous 11 october birthdays‘ di engin carian google…maka terdapatlah senarai nama manusia² yang popular dalam ni yang sama tarikh lahir dengan aku….korang jangan cari nama aku, memang tak ada sebab aku tak popular lagi…yang ni hanya sebahagian, selebihnya boleh tengok di sini.

Ahli Sukan
Sir Bobby Charlton – Pemain lagenda England dan Manchester United
Michelle Wie – pemain golf wanita kelahiran Korea yang mewakili USA…pemain wanita paling muda bergelar Pro
Tony Chimel – announcer wrestling
Tazz – ahli wrestling
Rikishi – ahli wrestling (korang ingat tak dia lagi)
Anuar Manan – Pelumba basikal negara yang berasal dari Teranganu (aku baru tau)

Artis
Amitabh Bachchan – pelakon, penyanyi, produser di Bollywood (Superstar Bollywood)
Amr Diab – penyanyi dari Mesir
Takeshi Kaneshiro – ntah dari mana…try google tengok sendiri kalu nak tau siapa dia

Hartawan
Fred Trump – ayah kepada Donald Trump

Apa yang aku boleh katakan, orang yang lahir 11 oktober kebanyakkan berjaya…aku sebenarnya cuba menjadikan salah seorang dari mereka ni sebagai role model untuk berjaya…lagi satu, dengan berkongsikan zodiak yang sama iaitu Libra, di sini aku merumuskan yang kami ni:

  • kacak bergaya (bagi lelaki)
  • cantik dan lawa (bagi perempuan)
  • berwawasan
  • kepimpinan
  • berdikari
  • aktif bersukan

#ada banyak lagi, malas pulak nak tulis…hoho, kalau korang rajin, senaraikan lagi apa dia.


Tapi, serius…seumur hidup aku, baru dua kali pernah sambut hari lahir, waktu tu umur lima dengan enam tahun…bagi aku, walaupun tarikh lahir bermakna, tapi bila dah umur semakin meningkat, banyak lagi tanggunjawab yang kena pikul, bagiku tarikh lahir hanya sebagai peningkatan umur dari tahun ke tahun…

p/s : kalau siapa yang tak puas hati dengan entry ni, korang boleh senaraikan pulak tarikh lahir korang kat blog masing²…hehe