Browsing articles tagged with " AF"
Mar 22, 2009

Antara AF Dan Bola

Hari minggu ialah hari untuk merehatkan diri dari kesibukkan, setelah penat berkerja selama 5 hari dan pasti aku tidak akan melepaskan peluang yang ada. Memandangkan pelbagai rancangan yang menarik ada di kaca tv. Aku tak terkecuali, aku juga antara yang tertunggu² di depan kaca tv rumah aku untuk menonton rancangan² yang menarik.


Selalunya family aku akan menonton rancangan Akademi Fantasia selepas berita. Aduh, sebenarnya aku bukan la peminat AF ni, memandangkan sekarang ni dah banyak sangat realiti tv antaranya OIAM, jadi apa la sangat bagi aku, motif dia orang sama je untuk mencari bakat baru. OK la kan macam tu, tapi kalu macam TOMOK apa kes, opss. Dia boleh ke di ketegorikan sebagai bakat baru. Korang pikir sendiri la, opss terlebih suda.


Aku pun layan jer tengok AF ni sementara menungu perlawanan antara Fulham dan Man Utd. Masa tengah layan AF, ada la 2-3 orang pelajar seperti Hafiz, Aishah dan Zizi yang aku minat sebab suara dan penampilan mereka yang membuatkan aku tertarik. Mungkin benar suara orang dari Sabah dan Sarawak ni unik.


Lepas tengok sampai abes, aku tak kisah sangat dengan kejutan² dalam AF ni, sebab dari musim pertama memang dah ada kejutan² macam ni, jadi aku tak kisah siapa yang keluar sebab aku bukan pun AFUNDI siapa², sekadar tengok untuk berhibur dan minat je. Tak salahkan.


Selepas tu, perlawanan yang ditunggu² pun berlangsung antara Fulham dan Man Utd. Apa yang boleh kata kat sini, MU tak ada luck, dah la kalah dengan Liverpool 4-1 minggu lepas, semalam kalah pulak dengan Fulham 2-0. Apa pun, walaupun pun MU kalah aku tetap minat team ni.

Geng FB