Browsing articles tagged with " Aku Manusia Biasa"
May 28, 2009

Tanpa Ilmu Siapalah Aku

1. Statistik blog aku menunjukan yang bulan ni aku malas update berbanding bulan² lepas. Adakah sebab utama adalah malas. Sebenarnya aku sedang menyiapkan report latihan industri aku yang berbulan tertangguh, jadi keutamaan harus diberikan pada perkara² yang lebih penting selain berblog.


2. Aku dalam mood berkabung, mungkin disebabkan pasukan pilihan aku Manchester United kalah kepada Barcelona pagi tadi. Jadi siapa yang sokong team ni, jom kita berkabung sama². HAHA


**********

Lepas aku menolak lamaran untuk menjadi Model Iklan, aku masih lagi berusaha mencari kerja sambilan. Dek kerana semua usaha aku masih juga gagal, kawan aku telah menawarkan aku untuk mengikuti kursus pendawaian elektrik (wiring) selama tiga bulan yang ditaja sepenuhnya oleh CIDB. Aku bersetuju kerana pendawaian elektrik sememangnya salah satu dari kemahiran aku. Lagi pun ketika tu, aku menjadi penganggur terhormat. Setelah tamat tempoh menjalani kursus selama tiga bulan, aku dan dua orang kawan telah di tawarkan kerja untuk menjadi wireman oleh sebuah syarikat. Sememangnya syarikat yang aku berkerja sangat berpengaruh, banyak tender² JKR syarikat aku yang sapu. Semasa aku mendaftarkan diri untuk kerja ketika tu, syarikat aku mendapat tender untuk penaikan tarafkan pusat kesihatan untuk kegunaan pelajar di universiti berhampiran dengan rumah aku. Semua pendawaian elektrik yang lama akan digantikan dengan yang baru.

Di awal permulaan kerja sememangnya menyeronokan. Pendapatan ketika tu 1k lebih sebulan, bagi aku cukup banyak kerana ketika tu aku tak ada apa² tanggungan dan dengan pengalaman yang aku ada, dah mampu untuk dapat gaji sedemikian bagi seorang lepasan SPM.


Di alam perkerjaan juga telah membuatkan aku mula bergaul dengan kumpulan PADI (Pendatang Asing Dengan Izin) yang datangnya dari pelbagai negara antaranya Indonesia, Bangladesh, India dan Nepal. Walaupun ada diantara mereka telah berusia dan berkahwin, tapi urusan kerja tak membataskan aku untuk bergaul dan berurusan dengan dia orang walaupun perbezaan negara, status, bahasa dan usia. Pengalaman berkerja dengan kumpulan PADI amat menyeronokan bagi aku.


Bulan kedua selepas aku berkerja di situ, minggu orientasi diadakan bagi pengambilan pelajar semester baru di universiti tu. Sememangnya di mana² universti majoritinya adalah kaum perempuan, kat universiti ni pun sama. Ada yang sebaya dengan aku ketika tu, lepasan SPM. Oleh sebab aku dengan kawan² aku suka kacau pelajar² kat situ. Jadi pelajar² baru juga tak terlepas dari kami.


Jadi aku dengan kawan² aku memberanikan diri untuk buat kacau kat sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berehat di tepi jalan. Entah macam mana, macam dia orang dah tau yang kami nak kacau dia orang ni, terdengar suara sinis dari salah seorang dari sekumpulan perempuan tu.



Dah la muka tak hensem, ada hati nak kacau kita….kerja pun ntah apa², pergi blah la wei..kami mai sini nak belajar, bukan nak layan korang

Aku dengan kawan² masa tu terdiam kerana malu dengan ayat² yang di lemparkan oleh sorang budak ni. Mungkin benar apa yang dikatakan, kami dan sekumpulan pelajar tu umpamakan langit dan bumi. Kata² dari pelajar tu telah membuatkan aku berfikir beberapa bulan. Tak kan aku nak terus kerja macam ni sampai ke tua. Akhirnya aku nekad dengan kata hati aku sendiri.


Mungkin sekarang aku berterima kasih kepada perempuan tu kerana menyedarkan aku. Tanpa ilmu, manusia senang saja dikutuk, dicaci dan dihina. Setelah tujuh bulan berkerja di syarikat tu, aku mengambil keputusan untuk berhenti sebab ingin menyambung pelajaran di politeknik sampai sekarang.


MORAL
Sejarah telah membuktikan yang tokoh² ilmuwan dunia disanjung kerana kepandaian ilmu yang mereka ada dalam sesuatu perkara. Tanpa ilmu manusia tak akan berjaya, tanpa ilmu manusia tak kemana dan tanpa ilmu juga manusia di pandang rendah. Jadi sama² kita renung²kan.

Geng FB