Posts Tagged ‘Blog’

Sila Ambil Perhatian

August 28, 2009 - 10:20 pm 15 Comments

KhairilAfzal.com kini di wordpress

Salam semua, kini aku sudah bertukar ke wordpress.
Terima kasih kepada semua yang menyokong blog aku selama ni di blogspot. Kini aku melangkah setapak lagi kehadapan dengan menggunakan WordPress.

Jika berkesempatan sila update/tukar URL blog baru aku untuk terus mengikuti perkembangan/merapuan aku disana.

Sekian :)

7 Bulan Telah Berlalu

August 2, 2009 - 9:00 pm 30 Comments

Sedar tak sedar bulan Ogos sudah sekarang ni, cepat masa berlalu rasa macam baru semalam sambut tahun baru *ayat semata mata* Yeah antara sebab mengapa bulan ni aku ternanti nanti ialah salah satunya bulan ni merupakan bulan kemerdekaan negara Malaysia yang ke-52 dan bagi seluruh umat islam kat dunia ni 1 ramadhan dah tak lama.

Entri ringkas ni hanya nak recap balik progres azam baru untuk tahun ni setelah 7 bulan tahun 2009 kita lalui. Kalau aku sebut antara azam tahun baru aku untuk tahun ni mungkin orang akan kata aku ni materialistik tapi tu hanya la sebagai pembakar semangat untuk aku berkerja keras untuk mendapatkan apa yang aku idamkam. *materialistik apanya, dslr pun tak mampu beli lagi :aie: *

Boleh katakan 50% dari apa yang aku azamkan untuk tahun 2009 telah terlaksana dan aku rasakan satu kejayaan buat tahun ni walaupun tahun 2009 masih lagi berbaki beberapa bulan lagi. Seriously aku rasakan tahun ni betul betul aku usahakan untuk mencapai azam aku kalau nak dibandingkan dengan beberapa tahun tahun lepas. Kalau tahun lepas mungkin hanya sekadar angan angan kosong kerana tak ada usaha untuk merealisasikan azam yang aku nak berbanding dengan tahun ni.

Faktor umur juga boleh aku kaitkan disini kerana semakin hari kita semakin membesar dan pemikiran juga semakin berkembang. Jadi kita boleh fikir dengan dengan sebaiknya baik buruk apa yang kita nak. Semuanya terletak atas kemahuan diri sendiri. Nak seribu daya tak nak pun seribu dalih ;)

Korang punya azam untuk tahun ni macam mana. Kalau siapa yang berazam nak kawen tu cepat cepat la cari jodoh ye nanti tertangguh tahun depan la nampaknya hehe :D

P/S : Sebelum terlupa bulan ni sangat sibuk ya disebabkan semester baru dah pun bermula. Sori kepada semua kerana tak ada masa nak blogwalking.

Kisah Disebalik Jarang Update

July 24, 2009 - 11:20 pm 36 Comments

Hai salam semua. Sedikit ringkasan untuk minggu ni, memang sibuk gila sehingga tak ada masa nak tengok blog sendiri dan lawat blog lain. Terbukti buat kerja last minute membuatkan aku menjadi seorang yang sangat rajin, hoho serius tak tipu. Aku cuba lari dari dunia blog untuk fokus dengan kerja yang tertangguh tapi dalam masa sama, masih sempat berfoya-foya di Facebook dan Twitter.

Dalam minggu ni juga banyak aktiviti dan program yang telah dirancang tapi bak kata pepatah “manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan”. Ada perancangan yang tercapai dan ada yang tak. Mula-mula ingat nak update blog ni tapi serius tak ada mood nak blogging buat masa sekarang ni padahal idea datang mencurah curah, non stop. Dalam draft pun banyak lagi entri yang tak post lagi.

Satu projek blog yang cuba aku hasilkan tak siap siap lagi. Masih lagi bereksperimentasi dan mengambil masa yang lama disebabkan ketidak pandaian aku menguruskannya. Benda baru dan perkara baru memang asing bagi aku :cool:  .

Yeahh, disamping tu juga report praktikal siap 100% seperti yang diharapkan malah lebih cepat dari yang dijangka. Tak sia-sia kerja keras selama 2-3 hari ni bersengkang mata sampai pagi online fesbuk. Kerja siap hati senang, harap harap lecturer terimalah hasil kerja dari aku ni nanti.

Semester baru akan bermula minggu depan, persediaan mental dan fizikal diperlukan setelah hampir 7 bulan menjalani praktikal. What a life, doakan semua berjalan lancar nanti dan tak ada masalah.

Terima Kasih

May 31, 2009 - 9:40 pm 29 Comments

Salam semua, aku perasan yang kebelakangan ni aku kemalasan nak upload gambar sendiri dalam blog ni. Blog ni macam kosong saja tanpa gambar² yang menarik. Sebenarnya aku lebih suka menulis di belakang tabir, tapi aku tak nafikan gambar dalam setiap entri memainkan peranan untuk bagi menarik minat pembaca. Apa² pun aku akan rajin² upload gambar dalam blog ni biar kasi gegar sikit.

**********

Entry ni lebih kepada ucapan terima kasih terbuka aku kepada semua.

Terima kasih aku ucapkankan kepada semua yang sudi join contest yang aku anjurkan, ni merupakan pertama kali aku anjurkan contest secara serius. Penyertaan amat menggalakan bagi aku sebab aku ingat tak ada sambutan pada permulaan contest berlangsung dengan berbaki tiga hari saja lagi, setakat ni seramai 25 bloggers telah menghantar penyertaan. Korang bila lagi.

Terima kasih aku ucapkan kepada Cik Azah kerana sudi memilih aku kat blog dia di ruangan blogger pilihan. Kalau korang tak percaya, try tengok di blog Cik Azah, hanya menjadi pengkomen yang ke-25 bagi setiap post terbaru, korang akan menjadi pilihan di hati Cik Azah, yang ni bukan bodek ye tapi ikhlas.

Terima kasih kepada Saudara Luth kerana mengajak aku meramaikan lagi perjumpaan yang dia rancangkan bersama dengan rakan bloggers yang lain. Walaupun aku bukan orang penting dalam komuniti dia, tapi setiap kali perjumpaan diadakan, dia tak pernah lupa mengajak aku untuk turut buat ramai (nampak sangat yang aku ni tak penting). Secebis gambar kenangan aku terselit di blog dia di entri ni.

Terima kasih juga kepada semua rakan blogger, followers dan silent readers yang menyokong aku selama ni dalam setiap penulisan yang aku hasilkan, tak la terasa macam syok sendiri dalam setiap entri yang aku tulis walaupun aku merapu, ada juga yang sudi bagi pendapat.

P/S : Disebabkan ramai yang nak aku kongsikan pendapat pasal blog, sekarang aku tengah cari lagi maklumat untuk dikongsikan bersama. Bila nak posting tunggu la bila dah cukup maklumat, aku kongsi maklumat sekadar yang tau je.

Hanya Sekadar Di Pinggiran

May 29, 2009 - 10:30 pm 29 Comments
Entri ringkas dan padat, tajuk hanya propa je lebih
**********

Salam kepada semua, entri yang lepas macam² komen yang aku dapat ada, terharu dan aku berterima kasih kepada semua yang sudi memberi komen.

Entri tu bukanlah nak bercerita mengenai aku sedih ke aku tak hensem atau apa, tapi kisah tu hanya sebagai satu penceritaan saja di sebalik kisah benar. Apa yang aku nak sampaikan di sebalik kisah tu bukanlah mengenai kisah aku semata², tapi mesej di sebalik cerita tu.

Aku menulis bukanlah untuk berkongsikan kesedihan sebab aku lebih suka berkongsikan pendapat dalam setiap entri yang aku tulis. Tak dinafikan ada entri aku merapu entah apa², ada juga yang membuatkan kita sama² berfikir. Jadi terpulang kepada individu masing² nak terima macam mana.

Kebelakangan ni, aku banyak menghabiskan masa mencari tips² untuk blog. Kalau ada siapa yang berminat, akan aku kongsi bersama nanti dan ternyata ianya berkesan.