Aku Dah Bosan
Aku dah bosan. Aku dah bosan. Aku dah bosan
Dah lebih kurang 2 hari x buat posting. Bukan disebabkan malas atau apa, ada entri yang dah siap dah draft. Tapi disebabkan kesibukkan yang teramat sangat. Jadi terbengkalai begitu saja. Abaikan sebentar nanti kalu ada waktu yang sesuai aku akan post.
1st
Aku dah bosan dengan masalah yang ada kat blog ni. Bila nak posting entri baru pasti ada masalah, tapi terpaksa aku guna trik yang mudah untuk membolehkan korang semua komen pada semua entry baru. Ada orang kata, mungkin disebabkan aku terlalu banyak setting pada blog hingga menyebabkan masalah ni terjadi. Padahal aku tak tau setting apa² pun sebab aku tak terer, sikit tu ada la. Itu pun yang senang je.
2nd
Aku dah bosan dengan layout sebelum² ni. Macam² kritikkan dan teguran yang aku terima, baik yang positif mahupun negatif. Tapi tu suma aku tak kisah sebab aku terima dengan hati yang terbuka. Aku cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada blog ni termasuk gaya penulisan aku. Disebab tu aku ambil keputusan untuk tukar layout yang baru sebab selepas masuk semester baru pada bulan 7 ni. Aku mungkin tak seaktif sekarang untuk berbloggin. Jadi dah tak ada masa untuk tukar layout lagi dan layout ni akan kekal untuk satu jangka masa yang tak diketahui lagi. Untuk layout baru ni, korang yang tentukan macam mana sebab sekarang ni aku masih lagi dalam proses mengedit.
3rd
Aku dah bosan dengan sesetengah pihak yang selalu mencari kesalahan orang. Kesalahan sendiri tak nampak yang kesalahan kita nampak sangat walaupun perkara kecil. Tapi apa² pun aku tak kisah, kool je biasalah dah nama pun manusia. Rambut je sama hitam, hati lain².
P/S: Kalau aku bosan lagi, nanti aku buat posting yang terbaru…hehe
Perasaan Cemburu Itu Perlu Ada
Sambil aku melawat blog rakan² blogger, pasti aku akan memerhatikan sesuatu yang baru yang ada di blog mereka. Tak kisah la apa pun janji baru bagi aku, terutama yang kerap tukar template dan ubah suai blog mereka. Sebenarnya aku jeles dengan mereka² ni (yang tukar template aku tak jeles sangat sebab aku pun boleh). Bagi aku tuan punya blog yang mempunyai layout dan design blog yang kacak dan hensem melambangkan personaliti dia, bagi yang kerap tukar template tu paham² sendiri la kan. Blog aku pula serabut dan sungguh tidak terurus, jadi adakah personaliti aku macam tu…hehe
Sebenarnya aku masih lagi mengubah suai blog ni. Harapan nak blog ni sehensem dan sekacak blog yang aku tengok. Bila masa nak edit blog je, aduh mesti pening kepala bila tengok code² yang ada. Aku sendiri mengaku yang aku tak berapa terer dalam mengedit ni.
Jadi aku selalu mengharapkan kawan² yang terer dalam mengedit ni untuk tolong aku, tak pun minta pandangan dan tunjuk ajar dari mereka. Aku pun faham, kalu nak mintak tolong dekat orang yang terer, sekali dua dia mau la tolong, dah berkali² sapa yang mau tolong. Dia orang pun ada komitmen sendiri. Lepas ni, aku tidak akan menyusahkan korang lagi. Tapi ‘sharing is caring’ tak kan tak nak tolong lagi…haha
Bukan aku tak adae niat di hati nak buat sendiri. Orang kata ‘try and error’, tapi kalau aku try tiga kali error pun tiga kali, apa kes. Jadi kesimpulan kat sini, lepas ni kalu elok atau tak blog ni, semua hasil kerja tangan aku sendiri dan tak mintak pertolongan dari orang lain dah.



