Posts Tagged ‘Blogger’

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikulnya

January 11, 2010 - 10:18 pm 14 Comments

Aku kadang kadang termenung jauh memikirkan nasib orang orang yang jauh lagi kuat dariku. Maksud kuat disini ialah tabah mengharungi cabaran dan dugaan. Aku pernah mengeluh sendirian mengatakan hidup aku tak seindah seperti orang lain, tapi ternyata aku silap malah aku masih lagi mampu bersyukur kerana masih ada golongan yang masih hidup dalam kesusahan kalau nak dibandingkan dengan hidupku sekarang ni. Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tapi cukup buatku untuk mendapat sedikit kasih sayang, tempat tinggal untuk berteduh dan makan minum untuk menjalani kehidupan seharian.

**********

Sejak menceburi diri dalam arena blogging, aku dah anggap yang kita semua blogger berada dalam satu komuniti yang sama iaitu berkarya menghasilkan penulisan tak kira apa jua genre untuk pembaca blog masing masing. Semakin lama blogging semakin ramai blogger yang aku kenal dan ada yang sudah di jadi teman rapat di alam maya walaupun hanya kenal di blog, Facebook, Twitter dll. Ya aku sedar yang rata rata blogger yang aku kenal ada yang lebih muda dari aku, ada yang sebaya dan ada yang lebih tua dari aku. Bagiku usia bukan menjadi masalah kerana aku jenis yang open dalam berkawan tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Realiti hidup manusia bukan la macam skrip drama dalam tv yang telah ditentukan kesudahan cerita macam mana. Jadi ada pasang dan surutnya perasaan dalam kitar hidup seharian. Melalui penulisan juga kita dapat rasakan perasaan seseorang tu ketika menulis. Setiap ayat ayat yang digunakan dapat mengambarkan keadaan semasa penulis tersebut semasa menulis sesebuah entri. Gembira, sedih, kecewa semua dapat dibaca dari gambaran penggunaan ayat tersebut. Kita semua hanya manusia biasa tak akan lari dari mempunyai perasaan macam ni.

Melalui blog jugalah menjadi medium yang terbaik untuk seseorang luahkan perasaan yang terpendam ni. Ada seketika membaca entri dari beberapa kawan blogger yang lain membuatkan hati kita mula tersentuh. Ibaratkan cubit paha kanan paha kiri juga terasa. Aku sebagai silent reader blog Bro Megat terasa terpanggil untuk membantu dengan menyokong kempen Blogger We Care yang di ilhamkan oleh Bro Hydir. Selain itu, cara lain untuk membantu Bro Megat ialah dengan mengikuti peraduan yang di anjurkan di dalam blog Azizwan dan DenaiHati. Ayuh rakan rakan blogger sekalian tunjukkan keprihatinan anda semua. Harap bantuan dari rakan rakan blogger yang lain dapat meringankan beban yang di tanggung oleh Bro Megat. Sama sama kita doakan yang terbaik untuk Bro Megat dan sekeluarga.

P/S : Bila lagi kita nak tolong bangsa sendiri?

Blogging 7 Hari Seminggu

June 16, 2009 - 9:00 pm 50 Comments

Banyak orang yang addict dengan blog pasti hari² akan menghadap depan pc atau laptop masing². Biasa la macam tu, sebab aku pun pernah alaminya satu masa dulu. Tapi sekarang aku lebih suka menghabiskan masa di blog rakan² berbanding nak update dalam blog sendiri.

Rasa lucu bila aku baca balik entry² lama yang ada dalam blog ni. 1st timemasa menulis blog memang menyeronokan, rasa macam² nak luahkan. Sanggup update 2-3 kali sehari padahal cerita entah apa². Tapi aku silap masa tu. Mungkin ketika menulis, aku terlalu bermain dengan emosi menyebabkan banyak entry lama hanya sekadar lepas geram, luahan perasaan sedih dan mungkin orang kata nak menunjuk² (riak). Tapi entry² lama mungkin tinggal sebagai kenangan sebab banyak yang dah tersimpan di dalam draft, biarlah aku saja mengetahui apa yang aku tulis. Mungkin followers yang dah lama mengikuti blog ni pernah baca, tapi mungkin dah tak ingat, jadi abaikan.

Tiga bulan yang lepas masa aku menulis entry ni, mungkin aku zero knowledge dalam dunia blog. Masa tu hanya tau publish entry saja, nak tukarlayout baru pun masih tergagap lagi dan nak edit² blog lagi la tak reti. Maka terhasillah entry kejelesan terhadap segelintir individu.

Aku terima setiap komen dari sudut yang positif, dengan tu aku cuba untuk memperbaiki dari semasa ke semasa dalam setiap aspek. Cukuplah untuk jadi yang terbaik untuk diri sendiri kerana kepuasan bila tengok setiap hasil kerja sendiri rasa berbaloi baloi, tapi terasa lucu bila tengok hasil penulisan macam budak tak matang dalam blog ni ketika tu.

Ok, lepas siri kejelesan terhadap segelintir individu, aku mula belajar dengan beberapa orang yang mahir untuk mengkacakkan lagi dalam penulisan mahu pun edit blog di platform blogspot ni. Tambahan dengan bantuan google maka banyaklah ilmu yang aku dapat terutama dalam mengedit blog.

Mungkin dulu aku tak faham apa itu try and error dan practice make perfect. Tapi bagi aku tiada yang mustahil untuk semua orang mencuba sesuatu yang baru walaupun bukan dalam bidang yang kita suka, cuma usaha untuk mencapai sesuatu, pasti akan berjaya kelak.

Sekarang aku dah tak lagi nak jeles sana sini bila masuk blog lain sebab bagi aku berblog hanyalah untuk suka². Tiada apa yang nak di banggakan dengan blog ni. Hanya sedikit maklumat dan pendapat peribadi dapat dikongsikan dari seorang insan biasa berblog tujuh hari seminggu.

p/s: kalau rajin nanti aku akan menyenaraikan beberapa blog yang patut kita sama² belajar dari situ, tu pun kalau ada yang berminat la :P

Bukan Sekadar Blog

April 26, 2009 - 10:16 pm 23 Comments

Blog hiburan, blog personal, blog politik dan bermacam² lagi blog yang ada. Boleh katakan semua orang ada blog, termasuk artis², ada orang yang bukan artis pun dah sama taraf macam artis. HAHA (fullstop)

*******

Membaca blog kadang² boleh membuatkan aku terharu apabila membaca entri dari kawan². Susah, senang, sedih, gembira semua di kongsikan bersama. Aku sebagai pembaca hanya dapat merasa sedikit bebanan perasaan yang mereka alami. Kadang² dalam keadaan sedih, boleh membuatkan kita ikhlas dalam menulis sesebuah entri.

Apabila terlalu ikhlas pun, kadang² orang akan salah anggap. Ada yang tak puas hati sampai memaki hamun di kotak sembang di blog dengan ayat² seperti nak mintak simpati la tu, cerita terlalu lucah la dan sebagainya. Semua ni aku dapat dari pengalaman kawan² di blog, bukan seorang tapi dah ramai yang kena macam ni.Tak cukup dengan tu, nak lagi advance sampai sanggup hantar e-mail tak puas hati.

Bagi aku lantak la owner blog tu nak tulis apa janji tak kacau sensitivi seseorang sudah la. Lagi pun blog bukan tempat nak cari gaduh. Lagi satu, bagi aku mengambil langkah untuk private blog bukan jalan terakhir dengan alasan untuk privacy ye.