Blogging 7 Hari Seminggu
Banyak orang yang addict dengan blog pasti hari² akan menghadap depan pc atau laptop masing². Biasa la macam tu, sebab aku pun pernah alaminya satu masa dulu. Tapi sekarang aku lebih suka menghabiskan masa di blog rakan² berbanding nak update dalam blog sendiri.
Rasa lucu bila aku baca balik entry² lama yang ada dalam blog ni. 1st timemasa menulis blog memang menyeronokan, rasa macam² nak luahkan. Sanggup update 2-3 kali sehari padahal cerita entah apa². Tapi aku silap masa tu. Mungkin ketika menulis, aku terlalu bermain dengan emosi menyebabkan banyak entry lama hanya sekadar lepas geram, luahan perasaan sedih dan mungkin orang kata nak menunjuk² (riak). Tapi entry² lama mungkin tinggal sebagai kenangan sebab banyak yang dah tersimpan di dalam draft, biarlah aku saja mengetahui apa yang aku tulis. Mungkin followers yang dah lama mengikuti blog ni pernah baca, tapi mungkin dah tak ingat, jadi abaikan.

Tiga bulan yang lepas masa aku menulis entry ni, mungkin aku zero knowledge dalam dunia blog. Masa tu hanya tau publish entry saja, nak tukarlayout baru pun masih tergagap lagi dan nak edit² blog lagi la tak reti. Maka terhasillah entry kejelesan terhadap segelintir individu.
Aku terima setiap komen dari sudut yang positif, dengan tu aku cuba untuk memperbaiki dari semasa ke semasa dalam setiap aspek. Cukuplah untuk jadi yang terbaik untuk diri sendiri kerana kepuasan bila tengok setiap hasil kerja sendiri rasa berbaloi baloi, tapi terasa lucu bila tengok hasil penulisan macam budak tak matang dalam blog ni ketika tu.
Ok, lepas siri kejelesan terhadap segelintir individu, aku mula belajar dengan beberapa orang yang mahir untuk mengkacakkan lagi dalam penulisan mahu pun edit blog di platform blogspot ni. Tambahan dengan bantuan google maka banyaklah ilmu yang aku dapat terutama dalam mengedit blog.
Mungkin dulu aku tak faham apa itu try and error dan practice make perfect. Tapi bagi aku tiada yang mustahil untuk semua orang mencuba sesuatu yang baru walaupun bukan dalam bidang yang kita suka, cuma usaha untuk mencapai sesuatu, pasti akan berjaya kelak.
Sekarang aku dah tak lagi nak jeles sana sini bila masuk blog lain sebab bagi aku berblog hanyalah untuk suka². Tiada apa yang nak di banggakan dengan blog ni. Hanya sedikit maklumat dan pendapat peribadi dapat dikongsikan dari seorang insan biasa berblog tujuh hari seminggu.
p/s: kalau rajin nanti aku akan menyenaraikan beberapa blog yang patut kita sama² belajar dari situ, tu pun kalau ada yang berminat la

