Browsing articles tagged with " Buta IT"
Mar 29, 2009

Dulu Lain Sekarang Lain

Dulu masa aku sekolah menengah, pasti sana sini aku akan ditanya soalan macam ni:


1. weh, ko ada Myspace…kalu ada add la aku
2. ko ada emel tak…kalu ada bak kat aku nak add ko kat Myspace
3. biar benar ko tak ada Myspace. Sungguh tak maju la ko ni
4. emel pun ko tak ada. Sah ko ni memang tak celik IT


Dengan ayat² diatas, aku pun terbuka hati nak ada emel dan Myspace. Nanti kata aku katak bawah tempurung pulak sebab masa tu kawan² aku semua asyik melayan Myspace. Myspace masa time aku sekolah memang top berbanding Friendster, Hi5, Tagged dsb. Boleh katakan masa aku hari² menghadap komputer bermain Myspace je . Aku add orang tu, orang lain pulak add aku.


Masa tu hanyalah untuk cari kawan yang ramai. Tibalah satu hari yang aku tau yang kebanyakkan dari kawan yang aku add adalah penipu besar. Aku mula syak apabila aku ternampak 2-3 profile yang mempunyai gambar yang sama padahal akaun berlainan. Dengan tu terus aku delete akaun Myspace tu sebab tak percaya lagi dengan Myspace ketika tu.


Sehinggalah aku masuk ke sekolah teknik, masa tu aku tengok yang senior² dan kawan² aku buka Myspace kat cybercafe asrama (yang lain tak layan sangat). Memang Myspace sebagai penghubung kepada dunia luar sebab asrama kat sekolah aku umpama neraka bagi aku ketika tu. Handphone tak boleh bawa, nak keluar tengok dunia luar seminggu sekali jer (outing) hehe tapi tu kisah dulu.


Aku pun bukak la sekali lagi akaun Myspace ketika tu dan akaun tu masih digunakan sehingga kini. Lepas tu nak maju lagi aku pun bukak la Friendster, Facebook dan sekarang blog pula.


Tapi sekarang baru aku terbuka kotak fikiran aku kena perkara macam ni terjadi kat aku dulu. Padahal Myspace dan sosial site yang lain bukan lah tempat untuk menipu. Bagi aku ni adalah medium untuk mengikuti perkembangan kawan² sekolah yang dah lama tak jumpa, kalau nak jumpa harus sama sekali memandangkan semua membawa hala tuju masing². Sekarang ni budak² sekolah rendah pun dah ada myspace dan sosial site yang lain. Jadi apa nak kisah.


Dengan dunia sekarang dah maju,tak ada yang mustahil untuk mencuba sesuatu yang baru. Kalau kita pandai manfaatkan kemudah macam ni, tentu dah ramai yang jadi femes macam Yuna & Colbie Caillat (sekadar beberapa contoh). Mereka hanya orang biasa tetapi mereka ada inisiatif untuk menunjulkan diri sendiri. Contohnya dia orang mencipta lagu dan menyanyikan sendiri lagu yang dia orang cipta. Kemudian muat naik dekat Myspace.


Siapa sangka tanpa masuk mana² pertandingan realiti pun masih ada tempat untuk menunjukkan bakat yang terpendam. Jadi kesimpulannya terpulang kepada individu sendiri untuk menilai baik buruk sesuatu perkara.


P/S: semua ni hanyalah pendapat aku semata².

Geng FB