Berakhirnya Perjalan
Setelah hampir sebulan berlangsung, kini tamatlah sudah contest yang aku langsungkan. Saja melambatkan tarikh tutup sebab nak tengok ada tak lagi blogger yang hantar penyertaan di saat akhir.
Sebenarnya penyertaan di luar jangkaan, sebab semasa permulaan contest ni berlangsung macam tak ada sambutan. Dengan penyertaan terakhir dari saudara Luth, maka genaplah 30 blogger yang mengambil bahagian.
Kalau nak ikutkan, aku masih ternanti² beberapa orang blogger lagi, mungkin disebabkan kesibukkan atau tak berminat, jadi tak mengapa la. Ada sorang tu tak sempat nak join sebab ada masalah dengan pihak hosting.
Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang mengambil bahagian, penilaian kali kedua akan di lakukan untuk menentukan pemenang, jadi proses ni mengambil masa yang agak lama. Jadi diharap bersabar dan jangan tanya kat aku siapa pemenang sebab aku sendiri tak tau. Bila pemenang akan di beritahu, aku tak pasti bila tapi apa yang penting kerjasama lepas ni aku menulis macam biasa.
Ayat klise untuk semua blogger “semua adalah pemenang dan tiada yang mengalah”



