Posts Tagged ‘Definasi Kawan’

Kenapa Aku Berblog…Kawan

April 17, 2009 - 12:00 am 17 Comments

Sesetengah orang salah faham apa tujuan aku berblog. Tujuan aku hanyalah untuk memanfaatkan sedikit masa aku yang terluang disamping mencari kawan dan menimba sedikit ilmu. Di waktu lapang, banyak masa aku di habiskan untuk meng’edit‘ blog selain berjalan² di web untuk mencari sesuatu yang baru.

*********


Definasi kawan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah :

1. sahabat, teman (dalam pergaulan sehari-hari)
2. orang yang bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dalam kegiatan contoh blog, pekerjaan, dll)

Dengan definasi ni, aku harap sesetengah orang faham apa yang hendak aku sampaikan. Sebab disini aku berpendapat, tujuan kita semua berblog adalah dengan tujuan yang sama. Mungkin sesetengah blogger menggunakan blog sebagai medium untuk mencari keuntungan (bisnes), tempat berhibur dan sebagainya.

Kawan² di blog dan di twitter yang banyak membantu aku secara langsung mahupun tak langsung dalam meningkatkan lagi mutu penulisan dan penampilan blog. Aku bermula dari ‘zero knowledge‘ di awal penglibatan aku dalam dunia blog. Tapi sekarang x di nafikan lagi, aku rasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan korang semua dan tak di lupakan juga kepada ‘silent reader‘ di blog ni yang banyak mengkritik.

Tanpa korang siapalah aku. Aku hanyalah insan yang kerdil dan x mampu lagi berdiri sebaris beberapa orang blogger yang aku kenali. Ucapan yang mampu aku ucapkan ialah TERIMA KASIH