Posts Tagged ‘Diari Ramadhan’

Diari Ramadhanku

September 13, 2009 - 4:35 pm 8 Comments

Cepat masa berlalu, minggu ni dah masuk minggu ke 4 kita berpuasa bersamaan 7 hari lagi kita nak sambut hari raya. Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ni tak banyak yang dapat aku tulis di blog ni akibat kekangan waktu dan kesibukan diri sebagai seorang pelajar cermerlang huhu. Tak banyak yang nak aku tuliskan kali ni, cuma sedikit ringkasan aktiviti mingguan sepanjang Ramadhan ni.

Minggu Pertama : Hari pertama berpuasa sempat berpuasa dan berbuka dirumah sendiri. Tiada tempat yang lebih baik jika nak di bandingkan di rumah sendiri. Siyes memang tak terasa macam tengah berpuasa kalau nak bandingkan hari yang ada kelas. Hari-hari biasa tak dapat berbuka kat rumah, cuma beli kat Bazar Ramadhan dan makan dengan kawan-kawan. Tapi apa yang bestnya aku selalu pergi lewat sebab time tu semua peniaga buat jualan penghabisan. Waktu ni la dikatakan jimat masa membeli.

Minggu Kedua : Minggu kedua dah boleh nampak segelintir makhluk Tuhan yang tak berpuasa. Aku gelarkan mereka ni ‘Geng Plastik Hitam’ sebab apa bila keluar je dari kedai nasi kandar dah boleh nampak bungkusan hitam. Sah-sah la tu bungkusan nasi dan minuman. Nak kata period tak puasa tak jugak sebab yang beli tu lelaki. Aku pun tak faham kenapa dorang ni tak puasa, jadi tak nak cakap banyak sebab paham-paham la sendirikan sebab masing-masing dah besar panjang. Aktiviti di waktu malam pula selepas tarawikh main futsal, sekadar nak enjoy dan keluarkan peluh.

Minggu Ketiga : Minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk sekali, kelas macam biasa tapi sibuk dengan kuiz, ujian, assignment pulak bertimbun-timbun dan tugasan projek akhir masih lagi tak ada progress. Akhirnya aku mengambil keputusan lari dari dunia internet sekejap untuk fokus dalam pelajaran. Kadang-kadang bila ada masa nak online, mood pulak tak ada. Last-last tidur lagi best.

Minggu keempat : Mood raya semakin dirasai apabila dengar mana-mana radio semua lagu raya dimainkan. Tambahan pula bila tengok kat rumah semua saudara mara tolong menolong buat kuih raya buatkan aku tak sabar nak sambut raya. Tapi persiapan diri untuk raya tak sedia lagi walaupun puasa berbaki seminggu. Tapi tak kesah sangat kalau tak sempat beli baju tahun lepas ada lagi dan masih elok, itu pun pakai sekali je lepas tu tak pakai dah simpan dalam almari.

Iklan Tak Berbayar : Dikesempatan ni aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam. Maafkan salah dan silap jika ada selama aku menulis di blog.