Posts Tagged ‘Earth Hour’

Kesan Dari 1 Jam Dari Earth Hour

March 25, 2009 - 1:41 pm 30 Comments

Tinggal 3 hari saja lagi kempen Earth Hour akan berlangsung. Sana sini pasti aku akan terbaca pasal kempen Earth Hour. Semua blogger tak nak lepaskan peluang untuk berkempen, macam pilihanraya pulak walaupun tak wajib dan desak kepada semua orang untuk tutup lampu selama 1 jam. Macam korang sedia maklum, aku pun malas nak bercerita pasal Earth Hour sebab dah banyak dah blogger cerita pasal ni.

Apa yang aku tertarik ialah mengenai kempen ini ialah kesan selama 1 jam ni. Kalau la kempen ni berjaya dilaksanakan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk tutup lampu ataupun sebarang barang elektrik, ni mampu menjimatkan pengunaan elektrik pada bulan ni. Ok, nampak macam tak masuk akal, walaupun 1 jam, tapi dalam 1 jam tu (8.30 pm ~ 9.30pm) merupakan waktu kemuncak penggunaan elektrik diseluruh Malaysia. Jadi kita untung TNB rugi sikit je. Tapi sayang KENAPA, MENGAPA dan BAGAIMANA untuk kita dapat menyahut kempen ni.

Jawapannya senang je, KENAPA bila adanya kempen macam ni. Baru semua orang ramai nak sokong, padahal kalau kita praktikkan kempen ni pada rumah sendiri pun sudah memadai, tak payah nak tunggu kempen setahun sekali. Tak pun tak kan bila tengok jiran sebelah tutup lampu baru kita nak ikut.

MENGAPA kesedaran baru timbul bila adanya kempen macam ni. Semuanya berbalik kepada KENAPA tadi.

BAGAIMANA untuk kita memastikan kediaman kita betul² selamat dalam keadaan tu (peringatan untuk aku dan semua orang). Mudah je, kalau ketika tu berada di rumah, pastikan rumah kita berada dalam keadaan yang berkunci dan tingkap juga tertutup, dalam waktu ni anasir² yang aktif suka mengambil kesempatan terhadap mangsanya. Sila paham²kan maksud ni, kalau berada di luar rumah, contohnya macam nak lepak² di tepi pantai bersama bf/gf sambil melihat cahaya bulan (tak kisah dimana²), pastikan anda tidak tertangkap oleh jabatan pencegah maksiat ataupun jabatan agama islam. Perbuatan yang sungguh tidak KOOL.

Sebaliknya ikutlah contoh macam aku. Tidur perkara wajib dulu, cukup time bangun, mudahkan hehe. Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam 1 jam tu. Cuma kita sendiri yang kena pandai menguruskan waktu dengan sebaiknya.

HIPOTESIS: Semakin lama tutup bekalan elektrik, Semakin jimat bil anda. Aku dah merapu dah. Apa pun selamat bergelap. Peace No Gaduh².