Fanatiknya Bola Sepak Di Malaysia
Ia datangnya 4 tahun sekali, kemeriahannya di raikan satu dunia. Demam bola sepak kembali lagi, semuanya kini berbicara tentang bola. Makan bola, tidur bola, lepak bola, tengok bola dll. Itulah hebatnya penangan sukan nombor satu di dunia iaitu bola sepak. FIFA World Cup 2010/Piala Dunia 2010 edisi ke 19 kali ini di anjurkan di Afrika Selatan yang disertai seramai 32 pasukan yang mewakili benua masing-masing beradu kehebatan untuk merebut gelaran juara dunia. Tinggal beberapa hari saja lagi akan berlangsungnya sepak mula perlawanan pertama Piala Dunia di bumi Afrika. (sambil buat muka teruja)
Setelah tamatnya musim liga eropah, kini tumpuan sekali lagi terarah kepada Piala Dunia 2010. Setiap orang tentu ada pasukan pilihan masing-masingkan. Brazil, Sepanyol, England, Argentina, Itali, German, Belanda antara pasukan pilihan yang dijangka untuk menjulang Piala Dunia kali ini. Jadi pasukan mana yang anda sokong untuk Piala Dunia kali ni?
Tidak lengkap dengan hanya menyokong pasukan anda. Apabila berbicara tentang bola sepak, tentunya ramai kaki bola di luar sana pasti tidak melepaskan peluang untuk berdebat menyokong pasukan pilihan masing-masing. Antara medium yang digunakan adalah seperti di blog, forum, twitter dan facebook. Kutukan dan kritikan, sorakan kegembiraan, tangisan dapat kita saksikan apabila pasukan pilihan (favourite) masing-masing kecundang dan ada yang meraikan kemenangan nanti.
Tapi apa yang menariknya tentang bola ialah kita dapat merapatkan perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama. Walaupun kutuk mengutuk (yang positif) sesama rakan tentang pasukan pilihan masing-masing, tapi itu lah yang membuatkan perlawanan bola sepak meriah bukan saja di dalam padang malah di luar padang. Of couse lah kan kita tak dapat pergi ke Afrika Selatan, ada yang sanggup bangun awal pagi semata-mata hendak menonton bola dan lepak bersama rakan-rakan yang lain di kedai mamak untuk merasai bahang kehangatan bola sepak Piala Dunia yang diadakan 4 tahun sekali ini. Itulah fanatiknya bola sepak di Malaysia.
P/S: Tak faham motif terselindung disebalik kerajaan menghalalkan lesen perjudian di Malaysia.



