Browsing articles tagged with " Follow Blog"
May 27, 2009

You Follow I, I Follow You

Terlebih dahulu, entry ni tiada kaitan dengan mana² pihak…hanya pendapat aku semata²
HARAP MAKLUM

********

Sebut pasal followers, pasti setiap orang ada pandangan dan pendapat masing²…ada yang suka apabila followers bertambah, ada yang tak berapa nak suka sebab tu sesetengah blogger suka buat privated blog dengan harapan nak privacy…jadi terpulang pada individu masing² nak menilai macam mana terutama pengguna blogspot.


Setiap blog pasti ada pengikutnya tersendiri…apabila seseorang blogger
follow blog yang lain, ni bermakna dia berminat untuk membaca hasil penulisan seseorang tu…tapi tak kisah la kan, mungkin ada sebab² lain.


Blog aku mengamalkan sistem terbuka, korang follow blog aku, maka aku akan follow balik…kalau nak harapkan aku blogwalking, sekarang memang aku tak berkesempatan dengan keadaan internet yang amat menyedihkan… jadi dengan cara ni saja dapat aku ziarah balik…setiap blog yang aku follow dan blogger yang follow aku, aku tempatkan di exchange link aku.


Berbalik kepada tujuaan entry ni, aku ada baca banyak kes² pasal ni…ada yang tak suka bila seseorang tu menyuruh follow blog dia secara paksa (melainkan spammer)…mungkin sesetengah orang tak dapat terima cara ni…tapi aku tak kisah sebab macam aku katakan tadi, aku mengamalkan sistem terbuka, aku tak kisah nak follow ke tak sebab blog ni pun tak ada yang menarik sebab banyak entry aku hanya suka² dan ntah apa²…tapi aku suka konsep yang digunakan sesetengah blogger…follow blog yang mana dia rasa nak follow jer…mudah, senang dan mesra.


Kadang², aku ada perasan yang ada orang lebih penting kuantiti followers berbanding kualiti keseluruhan blog…tapi tak di nafikan, ada yang aku tengok memenuhi kedua² kreteria² ni, tak payah aku nak namakan siapa orang² yang aku maksudkan tu…bagi aku, kita tak dapat menilai blog kita sendiri, cuma orang yang dapat menilai kita macam mana….macam tu la aku menilai sesebuah blog…kalau korang aku tak tau la menilai cara macam mana…macam blog aku pulak, kalau korang nak kata apa pun katalah, aku tak kisah sebab aku hanya suka² dalam berblog, jadi memang tak ada kualiti (malas update pulak tu)


Ada sesetengah blog, aku lebih suka mengikuti blog tu dengan menjadi silent readersSekali lagi aku nak katakan, entry ni tak ada kaitan dengan mana² pihak…hanya sebagai perkongsian semata²…kalau ada tersalah silap, akanku perbaiki lagi di masa hadapan…terutama pengguna WordPress…mungkin sebab blog yang menarik, penulisan entry membabitkan dua hala antara si pembaca dan si penulis, gambar² yang berkaitan dan lain²…kalau ada entry yang berkaitan, aku pasti akan meninggalkan kesan disana…mungkin satu hari aku pun akan bertukar ke WordPress, tunggu dan lihat macam mana.

Geng FB