Browsing articles tagged with " Halal Haram"
Apr 28, 2009

Usia…Matang Ke ?

Semakin hari semakin menjadi²
tengok rasa bersalah
nak teguk rasa serba salah
jadi hanya diamkan sahaja perasaan di dada


Itulah gambaran apabila segelintir orang² dewasa yang dah di katakan dah matang dan pandai fikir baik buruk melakukan perkara yang tak berfaedah, buang masa, merugikan dan HARAM.Aku hanya dapat memehartikan saja perbuatan mereka dari jauh. Nun jauh di hatiku ingin terus saja menasihati mereka² ni. Tapi apakan daya, aku hanya boleh mendiamkan diri di sebabkan jurang perbezaan usia kami.

Walaupun usia aku setahun jagung di dunia ni, kalau nak di bandingkan dengan mereka. Tapi pemikiranku jauh lebih kedepan dan tahu kesan baik buruk sesuatu perkara. Mungkin disebabkan jurang usia kami berbeza, jadi aku menghormati mereka. Tetapi menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua bukan sebagai orang yang matang dalam situasi ni.


Bagi aku, usia bukanlah jurang untuk menilai kematangan seseorang. Tua tak semestinya matang, muda tak semestinya tak matang. Tapi tak dinafikan yang tua ‘dahulu makan garam’ dari yang muda. Ada yang dah tua tapi perangai masih lagi dizaman remaja.


Satakat ni saja yang mampu aku luahkan hidup seorang pemain nombor ekor. Aku tak dapat bersuara disebabkan mereka lebih tua dari aku. Nanti aku akan dikata kurang ajar sebab menegur mereka walaupun perkara tu salah, aku hanya mampu melihat dan terpikirkan anak bini mereka dirumah. Yang ni belum lagi di cerita tentang perkara² yang lain, cukuplah disini.


Apa yang aku nampak itu yang aku tulis, tiada tempat untuk bersuara. Jadi di blog tempat aku bersuara dan mendengar pendapat dari yang lain.


nota : Blog ni baru saja buka sebuah lagi bloglist 11/10. Kepada sesiapa yang linknya belum lagi di letak dalam tu, sila maklumkan untuk proses kemaskini.

Geng FB