Posts Tagged ‘Handphone Baru’

Nokia 5800 XpressMusic Terbaik

March 2, 2009 - 6:40 pm 28 Comments

Nanti Orang Kata Itu Asli = NOKIA


Haha, abaikan akroname ni. Seperti yang telah aku beritahu dalam posting yang lepas
² yang aku kata aku nak beli handphone baru. Semalam segala² telah terjawab dengan aku mengambil keputusan drastik tanpa berfikir panjang, aku pun pergi beli.

Model yang aku pilih ialah Nokia 5800 XpressMusic. Kalau di ikutkan dalam hati memang nak yang lebih bagus. Tapi disebabkan bajet yang tak seberapa, yang ni je yang dapat beli, bajet yang aku guna ni merupakan simpanan aku selama beberapa tahun untuk beli Nissan Fairlady Z :-| , jadi aku keluarkan dulu duit simpanan ni untuk beli handphone baru.

Sebelum nak beli model ni, aku ada la servey beberapa model dan jenama lain antaranya jenama HTC, Sony Ericsson C905 dan Sony Ericsson C902, dan Apple Iphone.

  • Untuk model HTC, harga dia terlalu mahal untuk aku beli. Tapi keseluruhan memang berbaloi kalau dapat henset macam ni.

  • Untuk dua² model Sony Ericsson tu. Kualiti memang best, sebab model C905 tu camera dia 8.1 MegaPixel dan C902 camera dia 5 MegaPixel dan design dua² smart.

Last² model nokia jadi pilihan aku, sebab sejak dari mula aku menggunakan handphone nokia la pilihan aku. Oke la bagi aku model ni sebab ada wi-fi, camera 3.2 MegaPixel Carl Zeiss, full touch screen, ada GPS dan 1000 lagu percuma untuk di download. Baru aku faham kenapa dia orang bagi 1000 lagu percuma sebab semua lagu tak boleh belah sebab tu nak bagi free

Meet my new gadjet
Saja try wi-fi, masuk blog org paling hensem & femes

P/S : Aku tak explore habis lagi henset ni.

UPDATE: Sekarang ni kebanyakan orang guna BlackBerry :[

Yang Mana Satu Idaman Kalbu

February 24, 2009 - 5:33 pm 31 Comments
Setelah lamaku memendam perasaan
akhirnya kita akan bertemu jua
bak kata org
‘jauh dimata dekat di hati’
tapi hanya masa yang akan menentukan bila

semakin dekat
hatiku semakin berdebar²
semakin jauh
termimpi² bila dirimu akan menjadi milikku

Setelah di teliti dan di kaji
baik dan buruk kesan kamu kepadaku
aku yakin
kamulah yang terbaik buatku

Cukup sekadar menyebut namamu
aku memang sudah tergila²kan kamu
nanti bulan depan
aku masuk meminang

ohh handphone baru….
tunggu aku akan dapatkan
walau macam mana keadaan pun
yang pasti
handphone yang lama
dah tak setia dengan aku

P/S : maaf  ayat² di atas siyes memang x boleh belah. Mood dalam keadaan SeNgAL KrtiKaL (harap maklum)