Browsing articles tagged with " Harapan Ramadhan"
Aug 24, 2009

Ramadhan Yang Penuh Makna

Salam sejahtera dan assalamualaikum buat semua, sebenarnya entri ni ringkas je dan terlebih dahulu aku ingin ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan blogger. Seminggu menyepi dari arena blog atas sebab-sebab tertentu, dengan harapan semua mencari ketenangan *ceh, padahal malas je nak update*.


Bulan silih berganti dan Ramadhan datang sekali lagi, syukur kepada Ilahi kerana memberi peluang kepada aku untuk terus hidup dimuka bumi ini. Sayu melihat diri sendiri yang terumbang ambing dengan pelbagai masalah selama ni. Harap Ramadhan kali ni penuh makna berbanding bulan-bulan terdahulu. Setiap kali bulan Ramadhan, aku pasti teringat pasal lagu Raihan. Ntah, mungkin sebab lirik-lirik penuh dengan makna sampai aku secara tak sengaja pun hafal lirik lagu ni :P


layan je bersesuaian dengan mood sekarang

Oh ya, mood sekarang ni tengah blur pasal sesuatu. Masih ternanti-nanti.

Geng FB