Kenapa Perlunya Sekolah Harapan
Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri Melaka di Jasin telah dibuka pada 17/09/2010 untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sekolah itu yang dikenali sebagai ‘Sekolah Harapan’, berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM). Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain. “Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar,” katanya kepada pemberita di kediamannya, Seri Bendahara, di sini hari ini.
Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan. “Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi menbolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya. Beliau berkata, sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu.
Penubuhan Sekolah Harapan adalah salah satu langkah untuk mengurangkan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di Malaysia. Tetapi ianya mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuklah dari pihak Kementerian Pelajaran.Isu Pembuangan Bayi Semakin Berleluasa
Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.
Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka. Ingatlah kita bersama bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi Islam. Firman Allah S.W.T didalam surah an-nisa’ ayat 93:
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.
Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu seks bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. Negara kita dah lebih sedekat merdeka tapi segelintir masyarakyat, fikiran mereka masih lagi dijajah dengan pengaruh budaya barat. Baru-baru ni ada terbaca yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyokong dan memberi bantuan kepada ibu yang telah melahirkan bayi luar nikah. Mungkinkah perkahwinan di usia muda dapat membantu membanteras gejala pembuangan bayi. Apa pandangan anda?





