Posts Tagged ‘Kebaikan Filem Melayu’

Tipikalnya Drama Melayu

January 28, 2010 - 12:06 am 24 Comments

Kali ni aku bukanlah nak menceritakan tentang filem Adnan Sempit atau apa-apa filem yang tengah hangat di tayangkan di pawagam sekarang ni. Rasanya ramai yang sedia maklum pasal cerita ni. Kali ni aku rasa nak meluahkan pendapat dari penglihatan aku tentang drama-drama melayu yang terdapat di pelbagai saluran tv. Tak dinafikan, bukan semua (jangan salah faham, diulang bukan semua OK) drama-drama yang di tayangkan seperti apa yang hendak aku sampaikan. Anggaplah entri ni lebih kepada pendapat peribadi. Jadi gunakan akal fikiran yang rasional untuk menilai.

Drama melayu telah berkembang sejak sekian lama lagi. Perubahan zaman menyebabkan dunia penyiaran mengalami transformasi yang mendadak daripada skrin hitam putih hinggalah ke skrin berwarna. Selain itu untuk menarik minat penonton, pengarah-pengarah menggunakan barisan pelakon yang popular dan hot untuk melariskan drama arahan mereka. Standard la kan, ini namanya strategi pemasaran. Tapi tanpa skrip yang menarik, sesebuah cerita akan terbabas walaupun menggunakan pelakon yang bertaraf bintang. Jadi di sini jelas terbukti kekuatan sesebuah drama bergantung pada skrip yang baik untuk menentukan jalan cerita yang menghiburkan dan mempunyai mesej di sebalik cerita tersebut.

Tapi masih ada lagi drama yang tipikal. Dalam erti kata lain masih berada di takuk yang lama. Di sini ada beberapa point yang jelas ketara dalam drama melayu. Antaranya ialah :

  • Penindasan Antara Dua Darjat

Aku masih lagi tak faham kenapa perlu buat jalan cerita macam ni. Kenapa perlu membezakan orang kaya dan orang miskin. Orang miskin tak boleh nak kawan dengan orang kaya dan sebaliknya. Kita dah masuk tahun 2010, tak kan nak kebanyakkan drama kita semuanya stereotaip.

  • Hubungan Terlarang @ Cinta Terlarang

Akibat dari jurang antara dua darjat, maka perhubungan tak direstui. Maka berlaku hubungan haram tuuuutttt. Cerita macam ni umpama mengalakan lagi masyarakat kita melakukan kejahatan. Balik-balik yang jahat orang melayu jugak.

  • Gaya Hidup Mewah

Drama melayu kalau bab ni memang tak kan kalah, semuanya kalau boleh nak yang branded. Ya la kan, siapa nak hidup susah. Berlakon mesti nampak high class. Barang-barang jenama keluaran tempatan tak layan la. Contoh, kalau boleh masa berlakon kereta semua nak yang di import, mewah dan bergaya. Kereta keluaran tempatan seperti Proton, Perodua mana layan.

  • Tiru Cerita Indonesia

Yang ni tak dapat di sangkal lagi. Orang Malaysia banyak terdedah kepada lambakkan cerita Indonesia. Jadi sampaikan drama melayu pun nak di samakan macam sinetron Indonesia. Come on la, kalau cerita Indonesia boleh buat kisah dongeng yang tak masuk akal, buat apa kitapun nak tiru mereka. Itulah tipikalnya drama kita. Tapi apa yang bagusnya, sejak kempen 1Malaysia dilancarkan, drama kita sudah mempunyai identiti sendiri. Ini menunjukkan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia. Melayu, Cina dan India dan bangsa lain semua boleh hidup dalam satu komuniti yang sama.

Kesimpulannya kita sebagai penonton mempunyai hak untuk menilai kualiti sesebuah drama. Kalau sesebuah drama tu bagus dan mempunyai mesej, tak rugi pun kita yang menonton. Kalau rasa tak bagus, tak payah tengok senang cerita melainkan dah tertengok nak buat macam mana LOL. Semuanya pilihan di tangan kita. Terpulang pada individu tu sendiri. Tepuk dada tanya selera.