Dilema Lelaki Ini
Entri ringkas buat semua sebab tak ada banyak perkara yang nak di ceritakan buat masa ni dan lagi satu yang ni bukan entri sedih jadi baca dalam mood yang gembira
Dikala bulan Julai menjelma, aku mula membilang hari untuk menamatkan sisa baki praktikal, kerja pula macam biasa tak ada perubahan. Mungkin perasaan bercampur baur seperti gembira dan sedih tapi yang penting hujung bulan ni aku dah kena daftar semester baru di politeknik. Tiada lagi suasana alam perkerjaan pada masa tu dan masa untuk menelaah dengan buku semula setelah hampir 7 bulan aku berpraktikal dan enjoy dengan kehidupan ni.
Mood untuk berinternet sememangnya kuat untuk aku setiap hari. Mungkin dulu aku berblog 7 hari seminggu, tapi sekarang ni masa amat mencemburui aku atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi aku cuba mencuri sedikit masa yang ada untuk melawat blog rakan² yang lain bila berkesempatan dan aku mintak maaf banyak² jikalau tak dapat membalas kunjungan dan pesanan yang ditinggalkan di blog ni. Harap korang mengerti keadaan aku ni sekarang huhu =(
Melihat rakan² lain makin bersuka ria dengan update di blog masing² membuatkan aku jadi serba salah tak update blog ni, banyak benda yang aku nak cerita dan merapu tapi kekangan waktu membataskan segala niat aku buat masa ni. Mungkin lepas keadaan kembali seperti sedia kala, aku akan menulis macam biasa dan sekarang ni aku tengah kumpul beberapa maklumat untuk dijadikan entri nanti.
P/S: terima kasih sebab ada lagi yang support blog ni walaupun owner blog ni jarang online di blog, tapi aku selalu online di YM, kalau ada apa² buzz aku disitu. Komen² korang di blog ni aku baca di e-mail je, jadi jangan risau. hehe



