Posts Tagged ‘Makan Free’

Mimpi Jadi Kenyataan

February 9, 2009 - 8:05 pm No Comments
Semalam masa jalan² cari idea kat blog kawan. Tertengok dia buat posting pasal makan Pizza Hut. Fuyoo macam sedap je cuci mata tengok. Tetiba je rasa teringin nak makan, kalau tak silap aku kali terakhir yang aku makan tahun lepas. Disebabkan kegawatan ekonomi sekarang ni, aku abaikan je niat murni aku nak makan Pizza Hut.Hari ni macam biasa tak ade apa yang menarik, cuma cuti sempena Thaipussam (kaalu dapat selalu cuti macam ni lagi best). Jadi aku mengambil keputusan untuk ‘stay’ kat umah. Aktiviti petang pulak yang selalu tak dapat aku lakukan tiap² hari ialah tidur. Jadi petang ni tidur je la. Masa tidur termimpi makan pizza. Wakaka :)

Tetiba bangun dari tidur je mak aku suruh beli Pizza Hut, entah mimpi apa pun aku tak tau. Pada hal aku yang mimpi tadi nak sangat makan Pizza Hut. Disebabkan makan ‘free’, aku pergi tolong belikan.

Dah orang nak belanja, makan je jangan banyak songeh, tak kisah mahal atau murah. Apa yang penting tak payah keluar duit sendiri. huhu :D

P/S: Ada siapa² lagi yang nak belanja aku makan.

Impian Tercapai

December 28, 2008 - 10:39 pm 18 Comments

Seperti post yang lepas, aku ada kata yang aku nak beli kamera digital. Ok kali ni nak cerita le sikit. Tadi pergi le jalan-jalan dengan Luth kat Queensbay Mallsebab Luth ajak pergi join gathering blogger penang. Dah orang ajak aku pun pergi je buat muka tak malu. Kami kumpul kat KFC dan ada le sikit jamuan makan-makan. Perjumpaan ni tak da la ramai yang datang. Apa-apa pun thanks kat Kak Azza dan Kak Lala sebab belanja kami makan KFC.

terima kasih kat adik yang kerja kat KFC tu kerana tolong ambil gambar ni
semua sibuk menjamu selera

Lepas makan semua pun balik. Aku dan Luth pun pergi pusing-pusing untuk mencari kamera yang aku idamankan. Sebelum balik aku sempat tangkap gambar dengan Kak Intan.

ni kira kenang-kenangan le

Habis tangkap menagkap gambar kami pun pergi ke tempat tujuan kami. Banyak kedai gak kami pegi servey-survey harga. Ada dua jenis model aku minat iaitu Lumix dengan Canon. Dengan ragu-ragu dan was-was, tanpa berfikir panjang aku pun beli le kamera model Canon A 2000 dengan harga dibawah.

Sebenarnya susah giler nak tawar menawar. Last-last dapat le harga RM 680 daripada harga diatas. Aku dah menghabiskan banyak wang ringgit aku untuk membeli sebuah kamera yang aku idamankan. Lepas ni senang sikit nk tangkap gambar dan boleh posting banyak-banyak gambar. Sebelum balik kami sempat bergambardengan kamera baru. Antara muka-muka reaksi orang yang happy dapat beli kamera baru.

P/S: Lepas ni nak beli apa plak ek?? nantikan posting seterusnya aku akan cerita serba sedikit tentang function kamera ni

Makan Free

December 27, 2008 - 11:41 pm 5 Comments
Apasal aku minggu ni cerita pasal makan je. Kali ni posting pun nak cerita pasal makan. Setelah makan kenyang petang tadi kat A&W, malam ni family aku ajak pergi makan malam bersama. Walaupun kenyang lagi, tapi bila dengar makanfree (maklum la kali ni family yang bayar) aku tak lepasakan peluang. Mungkin minggu ni murah rezeki kot. Apa lagi dah orang nak belanja makan, sapu jer le. Aku makan chicken chop jer sebagai makanan sampingan dengan segelas air soya tin. ;)

Walaupun hidangan dia simple, tapi bila makan sampai menjilat jari.