Kasut Paul Smith

Cuaca di sekitar Pulau Pinang hari ni sangat² panas dan berjerebu. Aku tak tau macam mana boleh jerebu 2-3 hari ni. Dengan cuaca sebegini, rasa malas pulak nak buat kerja, tapi aku seorang yang berkomitmen dan bertanggungjawab. Kerja tetap kerja.
Masa round² sekitar Georgetown aku naik hairan sebab boleh katakan merata-rata tempat aku akan terserempak dengan foreigners. Aku macam tertanya² pulak dari mana dia orang ni datang.
Sangkaan aku tepat kerana aku dengar mereka datang untuk berlabuh buat seketika. Aku tengok mereka datang dengan menaiki kapal macam Star Cruise, patut la kemana aku pergi mesti terserempak dengan orang putih. Aku rasa macam dah ada oversea di negeri sendiri pulak. HAHA:aie: .
Ok, aku ambil keputusan untuk lari seketika pergi ke mall sebab tak tahan dengan cuaca di luar (dalam mall sejuk sikit). Masuk je dalam mall, ishh bengang betul, masih lagi terserempak dengan orang putih. Macam dah hari orang putih sePulau Pinang pulak. Aku abaikan mereka buat seketika, jadi aku ingat nak beli barang sikit untuk keperluan harian tapi malang sungguh, apa yang di hajat tak ada
.
Jadi aku ambil keputusan untuk round² je sekitar mall. Tetiba masa masuk je dalam satu kedai ni hati aku telah di curi. Cantik tertarik kau memang menarik aku kata dalam hati. Ternampak pulak kasut jenama Paul Smith. Seperti yang pernah aku bagi tau, habit aku ialah membeli tanpa dirancang. Jadi dengan duit tak seberapa, aku beli terus.
Kasut ni sebenarnya pattern lama. Kira clearance stock. Tokei kedai tu bagi tau kalau nak stock yang baru minggu depan baru ada. Kasut pattern ni dah lama aku aim nak beli, cuma tak ada duit je sebelum ni. Disebabkan aku nak gak kasut high cut tu, aku ambil gak walaupun stock lama.Kalau tak, aku nak tangkap 2 pasang tapi dengan keadaan kemelesetan ekonomi sekarang ni, aku simpan dulu hajat nak beli satu lagi yang jenis low cut.
Selain kasut Paul Smith, aku minat gak kasut jenama Converse, John Lawrence Sullivan dan Everlast sebab nampak funkky dan trendy selain selesa semasa memakai. Kesimpulan aku memang addict pada kasut
.




