Pemenangnya Ialah
Ok, agak lama mengambil keputusan untuk mengumumkan pemenang contest yang telah aku anjurkan. Atas sebab² teknikal yang tak dapat dielakkan, jadi lambat sikit nak umum. Terlebih dahulu terima kasih kepada beberapa orang rakan blogger yang sudi membantu dalam proses pemilihan pemenang dan terima kasih juga kepada semua blogger yang turut mengambil bahagian dalam contest tersebut.
Tujuan contest ni lebih kepada kepada suai kenal antara satu sama lain antara semua blogger yang bertanding. Jadi, menang kalah tu biasa la adat bertanding. Tapi bagi aku, tujuan contest ni sudah tercapai, banyak orang yang aku kenal semasa berlangsungnya contest ni dan di masa hadapan mungkin akan di adakan lagi contest yang lain.
Memang agak susah nak pilih pemenang. Seperti yang sedia maklum seramai 30 orang telah mengambil bahagian dan kesemua entry sememangnya best. Jadi macam tak patut kalau cuma tiga saja pemenang diumumkan. Atas bajet yang tak seberapa, 10 yang terbaik akan mendapat hadiah dan keputusanya ialah :

Saudara Aduka – Kasih Sahabat
Percuma Domain selama setahun + RM 30
Tempat Kedua
Saudara Keiroro - Semuanya Berpunca Kerana Duit
Percuma Domain selama setahun + RM 20
Tempat Ketiga
Saudara Joe – An An An
Percuma Domain selama setahun + RM 10
7 Sagu hati
Sagu hati berupa RM 10
- Saudari Adyla - My Father’s Gift
- Saudari Ayie – Contest from Khairil
- Saudari Syahira – Keluarga Bahagia
- Saudara Ubey - Siri Lepas Geram 1: Sahabat?
- Saudara Haruan Tasek - Berbagai Perihal Duit
- Saudara Janggel – Contest From Khairil – Belasungkawa
- Saudari Lizz – Si Cantik Dan Si Buruk Rupa.Apa Aku Kisah!
Kepada semua pemenang, sila emelkan nama penuh dan no. akaun bank anda ke kriell_afzal[at]yahoo[dot]com dan sekali lagi kepada semua blogger yang mengambil bahagian terima kasih atas kerjasama anda dalam menjayakan contest ni. Tanpa anda tak meriah contest yang dianjurkan ni. Jumpa dicontest lain pula.



