Browsing articles tagged with " Pengarah Drama"

Kalau Begini Kesudahannya, Drama Melayu Tak Akan Ke Mana

Nota awal : Sana sini aku baca kebanyakkan blogger membuat promosi pasal kempen kemerdekaan yang dianjurkan oleh Exabytes dan hadiah utamanya ialah iPhone 3Gs untuk 2 orang yang bertuah. Disebabkan prosedur untuk menyertai contest ni senang sangat, aku pun join. Lagi tak keluarkan apa apa modal pun nak sertai.


Ok, seperti yang aku katakan, bulan ni sememangnya aku dah mula kurangkan masa untuk blogging. Dengan ketiadaan internet membuatkan aku bertambah malas nak blogging, kalau sempat online pun mungkin hanya di Twitter dan Facebook saja. Ikutkan hati macam macam nak tulis di blog ni, tapi rasa macam tak ada apa yang menarik yang hendak diceritakan. Jadi aku hanya blogwalking sekadar yang sempat.


Malam semalam aku dan abang ku sempat menonton wayang cerita G.I Joe. Tak kisah la kan, mungkin ramai orang yang dah tengok cerita ni, tapi ni filem yang ketiga yang aku tengok dalam masa 2 bulan terakhir. Cerita terakhir yang aku tengok ialah Transfomers dan Setem, bulan lepas. Lagi pun aku bukanlah kaki wayang yang tengok tiap tiap bulan. Selalunya kalau layan movie pun tengok dekat laptop kawan aku sebab dia suka download, jadi tak terlepaslah nak tengok mana mana movie, cuma lambat je.


Entah kebelakangan ni aku lebih suka bersendirian, disebabkan bukan lagi dalam mood nak study. Jadi aku dah banyak habiskan masa berjam jam melayan movie setiap hari. Tapi yang sedihnya, bila dah tengok movie melayu sampai habis, aku akan buat kesimpulan sendiri pasal movie yang aku tengok, tak best lah, jalan cerita entah apa apa dan tak masuk akal, pelakon macam auwww je, hero kalah dulu last last baru nak menang. Oh tidak! tapi itu lah kenyataan, bukanlah nak kata filem luar negara best, tapi skop pemikiran pengarah pengarah filem di Malaysia kita dah boleh agak macam mana kesudahannya dalam erti kata lain stereotaip.


Memang tak boleh nak bandingkan filem tempatan dengan filem luar negara kerana bajet dalam pembikinan filem di Malaysia tak setaraf lagi dengan filem luar. Tapi yang penting penghasilan jalan cerita masih lagi tak ada perubahan. Tak kan nak kata filem negara kita ni syok sendiri je. Tapi ada juga filem tempatan yang best seperti Setem.


Sorry entri ni bukan nak mengutuk mana mana pihak tapi hanya sekadar pandangan dari aku saja. Bukan tak menyokong filem filem keluaran tempatan, kalau tak tak kan pergi juga tengok kat wayang. Bahkan kebanyakkan kawan kawan aku yang tengok cerita melayu (bukan semua ye) sependapat dengan aku dan berasa rugi bayar tiket untuk menonton di wayang, tak berbaloi baloi kata kawan aku. Jadi pilihan di tangan kita sebab berbaloi kah duit yang di keluarkan tapi tak rasa kepuasan selepas menonton.

Geng FB