Posts Tagged ‘Permainan Kegemaran Kanak-Kanak’

Mainan 90′an Kesukaan Kanak-Kanak

July 6, 2009 - 11:00 pm 41 Comments

Bagi aku permainan lebih kepada hiburan untuk menghilangkan stress selain untuk berhibur. Ada juga menjadikan mainan sebagai hobi dan ada juga yang suka di jadikan sebagai koleksi. Kadang² mainan juga melekakan seperti mainan elektronik jikalau tak pandai urus dengan baik. Huhu, insaf aku T_T dengar ayat sendiri.

**********

Aku membesar sekitar tahun 1990 an. Seperti kanak² yang lain ketika tu, aku memang obses dengan permainan, biasa la jiwa kanak² pasti mainan sebagai hiburan. Banyak mainan ketika tu aku ada seperti patung power ranger, koleksi kereta hotwheels, askar perang dan banyak lagi. Tapi sekarang ni hanya tinggal kenangan sebab banyak yang dah rosak dan hilang.

Biasanya kebanyakkan mainan ni datang bermusim dan aku bukanlah kanak² terpilih yang main permainan digimon dan sewaktu dengannya. Tapi aku masih lagi mengikut perkembangan semasa seperti mainan yo yo dan mainan gadjet yang lain.

Sekarang aku boleh dikatakan telah mencuba berbagai² jenis mainan elektronik yang ada dipasaran. Sekecil² tapak tangan sehinggalah sebesar² gedabak semua sudah aku cuba terutamanya semua jenis konsol Playstation telah aku miliki.

Abaikan seketika mainan daun terup yang ada dalam pc atau laptop korang seperti FreeCell, Solitaire, Hearts, Pinball dan lain² lagi. Mungkin tu terlalu sinonim dengan semua orang.. Dengan ni aku senaraikan beberapa permainan yang aku pernah main waktu dulu² tapi ni tak bermakna aku ni tak pernah main permainan tradisional. Cuma permainan yang aku cuba senaraikan ni mungkin semua orang pernah main gak dulu.


Arked


antara game arked paling best bila rasa tension, lepaskan saja tembakkan pada sasaran


Board Game



monopoli, scrabble, dam haji, dam ular antara board game yang paling popular sampai sekarang


Brick Game



tipu kalau sapa yang tak pernah main brick game. kat pasar malam ada jual dan layan main game tetris ni


Card Game



ada juga yang main snap guna kad..tapi dulu² layan la masa zaman sekolah…sekarang NO more


Uno



versi kad


versi blok…dua² jenis uno layan


Rubick



mainan yang menguji kecerdasan minda kita, sangat mencabar


Rainbow Spring


ntah aku pun tak tau apa yang best pasal spring ni, tapi layan je la


Sticks



fokus, fokus dan fokus kalau nak main permainan ni…hehe


SNES



dimainkan di tv…dulu ada, tapi sekarang mungkin dah pupus sebab semua orang dah tukar yang lagi canggih


last but not least
Floating Fish Toy



ntah la, aku tengok macam best la pulak mainan ni