Browsing articles tagged with " PSP"
Jan 12, 2009

Bermulanya Praktikal

Hari ni (12/01/2009) aku dah start secara rasmi Latihan Industri (LI) a.k.a praktikal. Tepat pukul 8 pagi sepatutnya dah kena lapor diri tapi aku hari ni bukan lah hari pertama aku kerja sebab bagi sesetengah orang yang tak tau, aku dah start kerja pada 30/12/2008 sebab syarikat yang aku kerja tu nak aku mula awal. Aku ni komitmen+berdedikasi+semangat atas arahan yang diberikan, aku menurut perintah je. Jadi dalam pukul 8 pagi baru keluar dari rumah. Memandangkan tempat kerja aku dekat hanya ambil masa 15 minit untuk sampai ke opis.


Kerja aku senang je. Hari²  pergi ronda² island untuk check meter parking. Meter parking? Apasal ko buat kerja yang da kena mengena dengan kos yang ko ambil khairil. Tak da class pulak tu. Ko kan ambil jurusan elektrik & elektronik. Tak da kena mengena langsung apa yang ko buat kerja sekarang.


Bagi aku, aku tak kisah apa orang nak kata kat aku. Buat kerja tu la, kerja ni la. Janji yang penting halal dan masyuk haha.


Menurut lect LI aku kata, LI ni merupakan pendedahan kepada semua pelajar kepada alam pekerjaan. Jadi tak kisah la nak kerja apa pun. Janji ada kerja yang berfaedah sudah. Tapi aku terpikir gak kalau aku nak kerja jadi cikgu boleh ke. Sesuai dengan aku ke. Ade bakat ke (tak payah nak pergi jauh² kat poli pun boleh buat LI). Tak pun jadi polis, bomba ataupun askar. Tadi aku sendiri yang kata tak kisah nak kerja apa pun. Janji ada kerja kan.


Korang pikir la sendiri yang ni ye. Aku sendiri tak boleh nak beri jawapan untuk soalan aku sendiri. Setelah di teliti dari setiap sudutkan, ni hasil kajian dan penyelidikan aku yang tak seberapa ni. Kalau aku pilih nak buat LI kat sektor awam kira kerja kerajaan la. Situasi yang perlu aku bersedia :


  1. 1st elaun tak da (nak makan apa macam ni)
  2. cuti ikut kalender (public holiday)
  3. pergi kerja mesti masuk sebelum pukul 8 pagi (kalau tak salah aku la)
  4. tak ada OT (macam mana nak masyuk macam ni)
  5. x boleh nak ponteng² kerja (tak macam kat poli ikut suka je nak pergi atau tak)

Tapi kalau aku pilih nak buat kat sektor swasta (yang aku buat sekarang ni). Sebab apa best :

  1. elaun dapat (tapi ikut syarikat le nak bagi berapakan)
  2. cuti ikut suke (tapi jangan kerap² ye)
  3. pergi kerja masuk tak la awal sangat (bajet nak bangun lewat)
  4. OT ikut time (kalau banyak kerja ada le)
  5. nak ponteng² kerja pun diaorang bukan tau..TAPI AKU X BUAT TAU (lagi pun dah memang kerja aku kena pergi ronda² nak buat macam mana)

Sebenarnya aku tak kisah pun nak buat kat kerajaan atau swasta. Janji aku dapat buat LI sudah. Lagi pun aku bukan jenis yang suka memilh. Tempat kerja ni pun kawan aku yang tolong ‘rekemen’kan kat aku. Kalau nak harapkan aku pergi cari, sampai ke sekarang tak buat LI le nampaknya.Kat sini aku malas nak cerita panjang lebar dan kepada Saudara Luthfi kerana turut menjalani LI dan kepada semua yang terlibat gak selamat mengharungi alam perkerjaan ye.

Sekarang ni aku kawan dengan buku log ni, bosan hari² kena tulis
#dah 2 minggu kerja pun masih tak reti nak tulis apa², ni yang lemah ni

selamat tinggal kalkulator, sem ni ko tak dapat berbakti kepada aku

Geng FB