Browsing articles tagged with " Rajin Update Blog"
May 15, 2009

Serupa Tapi Tak Sama

Setiap event yang grand² kat Malaysia semua orang tau (fokus hanya di dalam Malaysia). Cakap je event apa. Jiran sebelah rumah aku pun boleh listkan satu persatu dari awal tahun hingga ke akhir tahun. huhu


Ok, berbalik semula kepada tajuk utama entri ni, rakyat Malaysia sememangnya prihatin dengan isu² semasa tak kira sama ada pasal hiburan, politik, sukan, peperangan di negara jiran dan banyak lagi. Tapi dalam ni, aku cuma mau sentuh pasal hiburan sebab boleh menghiburkan aku. Politik buat pening kepala jadi abaikan sebentar. Perangan nanti semua orang sedih baca apa yang aku tulis.


Bermula dari awal tahun ni, dah banyak acara yang besar² berlangsung di Malaysia. Bermula dengan final Raja Lawak, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, OIAM, AIM (sekadar menyenaraikan beberapa saja) semua heboh diperkatakan siapa pemenangnya. Tak ketinggalan juga, banyak blogger yang mengambil kesempatan membuat entri pasal acara² ni.


Ada diantara kawan² aku membuat entri² macam ni supaya mendapat hit di enjin carian, dalam erti kata lain dapat meningkatkan traffic setiap kali pengunjung ziarah. Mungkin salah satu cara untuk meningkatkan traffic blog dia sebab cerita masih panas, jadi semua orang nak search di internet, tapi aku tak kesah apa motif asal entri tersebut.


Tapi apa yang menarik, walaupun banyak blogger cerita pasal cerita² ni, tapi macam² cerita yang aku terima hasil dari penulisan dia orang. Ada yang suka, geram, tak puas hati dan macam² lagi reaksi. Biasa la, lain orang lain pendapat. Tapi yang kesiannya kat aku sebab tak tau apa² pasal cerita tu, jadi blur tak tau hujung pangkal cerita tu. Tapi aku masih boleh berterima kasih kepada mereka² yang update pasal cerita² ni, kalau nak harap aku baca paper pasal hiburan. Jangan harap la.


Aku yakin esok MU menang EPL, mesti heboh kat blog (bagi lelaki) dan esok kalau salah seorang dari Hafiz, Akim, Aril, Yazid, Isma menang AF7 mesti ramai yang nak cerita perasaan dia orang yang undi sampai dia orang menang (bagi perempuan) huhu jangan marah ;)

Geng FB