Ada Apa Dengan Akademi Fantasia
Akademi Fantasia bukan lah satu nama baru yang kita semua dengar. Pertandingan realiti yang banyak melahirkan bakat-bakat baru untuk di ketengahkan. Musim ni dah nak masuk musim yang ke 8 Akademi Fantasia di tayangkan. Umum sedia maklum yang Akademi Fantasia merupakan program realiti terbitan Astro yang penuh dengan drama, tangisan, kejutan dan konspirasi. Tapi di sebalik semua itu la yang menaikkan rating rancangan tersebut. Undian dari pengundi-pengundi yang membuatkan rancangan program berbentuk realiti tv menguntungkan banyak pihak.
Berbalik pada Akademi Fantasia musim ke 8, aku ada juga mengikuti perkembangan tentang sesi ujibakat yang ditayangkan di saluran Astro @15 dan Trek Selebriti. Ternyata ramai lagi rakyat Malaysia yang nak kejar populariti dengan cara yang mudah dalam sekelip mata. Bukan nak mengata, tapi kalau yang datang ke ujibakat tu betul-betul berkebolehan dalam nyanyian tak apa, ni yang datang tu kebanyakkan semuanya tangkap muat. Dah tahu yang diri tu tak boleh menyanyi, beriya-iya juga nak masuk ujibakat. Memang orang akan kata ini sebahagian daripada kemeriahan sesi ujibakat, tapi tak terfikir ke menjadi bahan kutukan orang ramai apabila ditayangkan di kaca televisyen satu Malaysia.
Pertandingan realiti sebegini mempertaruhkan bakat, rupa paras dan penampilan diri yang menjadi kriteria dan ukuran utama. Tanpa pakej yang sempurna, jangan harap nak menyertai mana-mana pertandingan. Itulah hakikatnya sekarang ni, kalau tahu diri tu tak berbakat baik layan di karaoke sudah. Tapi tak salah nak menyertai pertandingan seperti ni, atleast cermin dulu diri sendiri sebelum melangkah pergi ujibakat.
Lagi satu dengan lambakkan program realiti yang ada sekarang ni banyak la artis baru yang ada sekarang ni. Harap jangan jadi artis yang bermusim sudah, sekejap ada sekejap tak ada. Tenggelam timbul dalam dunia hiburan.
P/S: Betul la kata seorang artis tu yang artis tak patut dijadikan ikon.
Realiti TV Menguntungkan
Sebut pasal realiti tv, tak kira mana² program realiti. Semua orang tau yang rancangan realiti ni memang menguntungkan pihak penganjur. Pihak penganjur mendapat keuntungan dari SMS (sistem pesanan ringkas) dari pengundi dan sumbangan pihak penaja. Maka dengan adanya program realiti macam ni, maka lahirlah banyak artis² me segera baru yang di anggap sebagai ikon remaja zaman sekarang.
Artis² yang dianggap sebagai icon/role model menjadi pujaan ramai di luar sana, siap mempunyai kelab peminat sendiri disebabkan realiti tv. Disebabkan realiti tv juga membuatkan seseorang tu menjadi terkenal dalam sekelip mata. Yang menariknya, setiap tingkah laku dan perbuatan artis kesayangan mereka, kalau boleh semuanya mahu ikut. Yang baik kita boleh contohi dan yang buruk jangan la ikuti.
Sebenarnya realiti tv ada kebaikan dan keburukan, terpulang kepada individu masing² nak menilai dari aspek macam mana. Siapa kata yang realiti tv merugikan, mungkin kita tak perasan, selain pihak penganjur yang mendapat keuntungan, realiti tv gak boleh menguntungkan sesetengah pihak yang pandai mengambil kesempatan (buat duit).
Kalau dulu, Heliza masuk AF5. Semua mak cik², kakak², adik² semua nak tiru style tudung Heliza. Maka ramailah penjual² tudung ambil kesempatan untuk jual tudung macam tu. Yang ni contoh untuk perempuan.
Sekarang kalau untuk lelaki pulak, tadi aku pegi kat kedai mapley nak gunting rambut, macam biasa masuk dalam dan tunggu giliran. Lepas giliran aku, mapley tu bagi katelog untuk style potong rambut macam mana yang aku nak. Aku pun tengok² la katelog tu dan tak sangka aku, gambar style rambut Tomok dengan Akim AF pun ada. Baru aku tau yang mapley tu pun layan realiti tv, tak sangka aku. Dalam hati aku hanya tergelak sebab pengaruh program realiti memang sungguh besar untuk memajukan bisnes.




