Posts Tagged ‘Single Terbaru Dari Bunkface’

Situasi Mencetuskan Revolusi Dari Bunkface

January 31, 2009 - 5:28 pm 20 Comments

Minggu lepas aku ada la lepak kat myspace kawan aku. Dia ni peminat local indie band (macam aku gak tapi aku ni tak la die hard sangat). Pastu dia bagi tau kat aku yang group Bunkface ni dah keluar single terbaru. Aku memang dah tau yang group ni nak keluarkan single baru, cuma tak tau bila je nak realease. Lepas dia kata mcm tu, aku terus pergi lawat official myspace group Bunkface ni. Aku pun layan la lagu baru dia orang ni yang bertajuk Revolusi, ni merupakan single melayu dia org yg kedua (kalau tak salah aku la) selepas lagu hit dia orang Situasi yang mendapat tempat di hati pendengar. Kalau tak salah aku lagi, lagu Situasi ni pernah menduduki carta no 1 dalam carta Hot fm.

Lepas aku layan lagu ni kat myspace, aku rasa best je dengar. Catchy sama macam lagu-lagu dia orang sebelum ni. Aku macam tak puas hati je dengar lagu ni, aku pergi la search kat internet mana nak tau dah ada ke belum lagu ni. Nasib aku memang baik sebab aku ada jumpa dalam satu link untuk download. Siapa rasa yang nak layan lagu ni boleh klik < — di sini untuk download.

P/S: Aku hanya pendengar universal, lagu apa yang best aku layan tanpa mengira latar belakang penyanyi tu macam mana, yang penting dapat menghiburkan hati. :love: