Tindakan Susulan Bagi Blog Yang Lambat Load
Susulan dari entri lepas, macam² respon yang aku terima tapi ada sesetengah orang yang tersinggung apa yang cuba aku sampaikan. Apa yang cuba aku sampaikan, seperti yang aku tulis di awal² ayat tu hanyalah pendapat aku semata-mata. Pendapat aku mungkin 100% salah dan aku sedia maklum yang setiap entri aku lebih kepada umum iaitu bebas kepada semua orang.
Di sini aku nak mintak maaf banyak² kepada mereka² yang berkenaan dan aku akan lebih berhati² dalam penulisan di masa hadapan supaya perkara macam ni tak berulang lagi.Berbalik kepada tajuk utama dalam entri ni, dalam posting entri yang lepas, aku tertarik dengan 2 respon tentang kenapa orang tak singgah ke blog kita.
Komen pertama yang terpilih :
1. memang penting blog walking bagi meramaikan jumlah pengunjung
2. entri yang menarik juga penting
3. lagi satu loading sebuah blog…kalau boleh jangan la letak widget yang melampau² sampai memberatkan page
4. kebanyakannya tak suka menunggu lama-lama terus chow tanpa sempat tinggalkan pesanan
Komen kedua yang terpilih :
tapi kadang² blog yang entry best², kadang panjang berjela²
siap dengan sejarah lagi
tak habis baca
thats why I tak komen
Apa yang AKU FAHAM di komen pertama tu ialah, point nomber 3 dan 4 saling berkaitan antara satu sama lain. Penggunaan widget terlalu banyak boleh menyebabkan sesebuah blog tu menjadi berat atau dengan kata lain lambat load walaupun telah refresh beberapa kali. Jadi pengunjung yang datang tak akan menunggu lama, sebab tu tak sempat baca entri yang ada dalam blog tu.Apa yang AKU FAHAM pula di komen kedua ialah, dalam situasi macam ni di namakan silent readerwalaupun dia tak habis membaca.
Entri macam ni ada pengunjung tapi di sebabkan entri penulisan yang terlalu panjang dan berkias², pengunjung akan terus cabut. Tak di nafikan setiap orang berbeza penyampaian dalam penulisan, jadi aku tak kisah sangat penulisan macam mana, yang penting menarik dan terhibur semasa membaca. Komen atau tak bukan satu isu yang besar bagi aku. Orang yang baca ada hak untuk komen pada sesuatu entri yang dia baca, kalau dia rasakan bagus terpulang sebab the choice in your hand.
P/S: Aku dapat nomber 3 dalam contest dia ni.



