Posts Tagged ‘Tutorial’

Kemaskini Status Twitter Dan Facebook Dalam Masa Yang Sama

January 13, 2010 - 3:15 am 20 Comments

Umum sedia maklum yang Twitter dan Facebook merupakan dua rangkaian sosial yang paling popular sekarang ni. Bagi setiap pengguna twitter, mereka boleh la mengemaskini status terbaru mereka terus di facebook dengan menggunakan aplikasi twitter yang ada di facebook tanpa mendaftar masuk akaun facebook mereka. Setiap tweet atau mesej yang di tulis akan terus di paparkan ke paparan status terkini di facebook. Tambahan pula dengan perkhidmatan gladlyCast dan Celcom via Twitter, semuanya mudah dengan hanya satu sms. Jadi mudah bagi sesetengah orang untuk mengemaskini status mereka dimana jua mereka berada tak kira waktu.

Tapi satu kelemahan sistem twitter melalui facebook ini ialah setiap kali ReTweet(RT) atau tweet perkara yang remeh temeh akan terus ke paparan status facebook korang. Ini kerana setiap tweet yang tidak bermula dengan simbol @ akan terus ke paparan status facebook korang (melainkan DM). Jadi tidakkah korang rasa semak status facebook korang dengan keadaan macam ni.

Kini korang boleh membuat pilihan sama ada hendak bertwitter sahaja atau hendak bertwitter sambil mengemaskini status facebook anda dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di facebook iaitu Selective Tweet. Caranya mudah saja, tweet mesej korang seperti biasa jika hendak bertwitter dan jika hendak tweet korang terus ke paparan status facebook pastikan setiap ayat diakhiri dengan hashtag #fb. Contoh seperti gambar dibawah.

Sebelum korang menggunakan aplikasi ini, pastikan buang terlebih dahulu aplikasi twitter yang ada di facebook. Kalau tidak, ia tidak ada makna menggunakan Selective Tweet ni. Aplikasi ini juga boleh digunakan jika korang tweet menggunakan sms dan apa yang penting pastikan di akhir ayat di akhiri dengan #fb.

Aplikasi lain yang sama fungsi selain Selective Tweet ialah SupaSync dan TweetPo.st

P/S: Kredit kepada Roslan Nazri atas kongsian maklumat bersama.