I’m Sorry
Nota : Siapa yang terlepas join contest yang aku buat, boleh la join contest ni pulak. Hadiah dia pun menarik, jadi rebutlah peluang yang ada sekarang.
**********
Hari² blogging rasa seronok bila jumpa blogger baru maka kenalan bertambah tapi dengan keyboard pc kat rumah aku macam tengah nazak membuatkan mood seronok tadi bertukar menjadi sebaliknya. Mungkin dah tiba masanya untuk aku curang pada keyboard yang lama dan beli yang baru. Ok, tunggu hujung bulan ni dapat gaji tangkap yang baru.
Masalah yang selalu aku hadapi semasa berYM, blogwalking atau komen di mana² blog ialah typing error (typo). Memang semua orang pernah alami keadaan macam ni, kira dah jadi lumrah sebab semua orang buat silap. Tapi bila typo ni boleh menyebabkan mesej atau komen yang kita nak sampaikan jadi tak jelas dalam erti kata lain tak dapat nak faham.
Mungkin ada beberapa sebab yang menyebabkan berlakunya typo. Antaranya ialah kesalahan diri sendiri ataupun keadaan faktor di sekeliling contohnya macam keyboard rosak seperti aku alami dan persekitaran yang tidak menyenangkan sehingga kosentrasi semasa menulis terganggu.
Dalam menulis blog kemungkinan nak typo amatlah tipis sebab aku akan baca 2-3 kali sebelum nak publish, tapi masa komen kat blog kawan² yang lain. Kemungkinan berlakunya typo amatlah tinggi. Jadi kepada rakan² blogger sekalian, kalau korang tak faham apa yang aku komen di blog korang disebabkan typo. Aku mintak maaf, kalau yang silly mistakes tu abaikan saja sebab kemungkinan nak faham tu ada lagi.

budu 2 botol singgit….singgit 2 botol



