Browsing articles tagged with " youbeli.com"

Jom Membeli Belah Secara Online

Dunia sekarang dah maju, semuanya di hujung jari. Sekarang tak perlu bersusah payah untuk keluar pergi bershopping tak kira masa, pagi atau malam. Dengan hanya satu klik di internet, anda semua boleh terus membeli barang yang dihajati. Itu pun kalau duit ada le :D

Entri ni aku tak di bayar apa-apa pun, just nak share pengalaman aku as a customer. Ni first time aku menggunakan perkhidmatan dari pihak YouBeli.com. Seriously mula-mula aku agak was-was dengan laman web YouBeli ni. Itu pun setelah aku periksa betul-betul latar belakang dan lokasi syarikat ni beroperasi dan memberanikan diri untuk menghantar emel kepada mereka, baru membuatkan aku yakin dengan perkhidmatan yang di sediakan oleh mereka. Walaupun dah lama syarikat ni beroperasi, tapi sayang aku baru tahu kewujudan laman ni. Itu pun hasil dari carian diGoogle dan emel yang aku dapat dari WebCash. Kalau nak ikutkan banyak web shopping online yang ada, tapi ikut la yang mana yang kita lebih selesa. Sebelum ni aku lebih suka membeli online di MudahLelong dan di eBay.


Apa yang aku tahu, YouBeli menyediakan khidmat seperti menjual barangan seperti videogame, IT gadget, movie, muzik, software, buku, fashion dan banyak lagi. Terdapat banyak jenis pilihan dan produk baru yang terdapat disitu. Apa yang menariknya, penghantaran percuma di sediakan untuk jumlah pembelian RM150 dan keatas bagi seluruh kawasan di Malaysia. Tapi ada la syarat-syarat dia.


Servis dari mereka memang cepat. Setelah aku bank in kan duit hari selasa yang lepas dalam masa tiga hari, thats mean hari ni la kan barang yang aku nak dah sampai di depan rumah. Tapi ikut juga jenis barang yang kita beli dan cepat mana kita bank in kan duit tu. Kalau dah sevis tip top mesti la kena pujikan ni kalau servis tak memuaskan, siap sedia la nak kena kata-kata sinis dari aku kat blog ni. Kalau kawan-kawan yang nak shopping online aku syorkan di YouBeli. So apa lagi, jom membeli belah secara online di YouBeli.


P/S: Kan best kalau duit banyak, macam-macam nak beli.

Geng FB