Jun 23, 2009

Kaunter Pertanyaan, Sila Beratur

Pertama sekali entri kali ni bukan tag sebab aku bukanlah penjawab tag sejati, harap maklum. Entri ni lebih kepada soal jawab yang selalu aku terima. Dah banyak soal² yang selalu orang tanya dan aku berjaya kumpulkan. Tiap² kali kalau orang tanya soalan yang sama mesti jawapan sama juga aku berikan. Lepas ni kalau ada sesiapa yang nak tanya soalan lain sila beratur tunggu giliran anda…haha

Hanya beberapa soalan secara rawak saja dapat dijawab buat masa ni, mungkin ada yang aku merapu…hoho


1. Aku asal mana
Soalan
standart bagi sesiapa bila pertama kali bersembang. Aku pun tak kisah sangat, tapi bila aku bagi tau je asal Pulau Pinang, mula la sesetengah orang buat anggapan sendiri yang mengatakan aku ni anak mami ke. Adeiii, tolonglah jangan TERpengaruh dengan cerita² dari Prof Madya A.Razak Mohaideen yang ada kat dalam tv tu. Bukan semua orang Pulau Pinang anak mami. Sebab aku duduk kat sini, aku pun terkena tempias. HAHA, lawak je dengar.


2. Berapa umur aku

Kebanyakkan rakan² blogger yang aku kenal lebih tua dari aku, hanya beberapa orang saja yang sebaya denganku. Bila mereka² ni tanya berapa umur aku, aku bagi tau la umur sebenar aku, last² jawapan yang aku terima ialah ‘muda lagi kamu ni ye’ yup memang sangat muda sebab korang lagi tua dari aku, hehe. Lepas ni kalau ada sesiapa yang tanya lagi dengan sukanya aku mengatakan aku baru lepasan SPM, dah tentu tersangat muda dari korang.


3. Apasal dalam blog aku suka syok sendiri
Haha, pertama ni blog aku, jadi tak dapat nak elak dari perasaan macam tu. Memang dalam penulisan di blog aku lebih banyak merapu berbanding menceritakan kisah peribadi yang tak tentu hala tujuan lagi entah kemana. Banyak entri lebih kepada pendapat peribadi semata², jadi tak semua orang boleh terima pendapat aku. Jadi aku tak kisah sebab realitinya aku bukanlah seperti mana yang korang bayangkan.


4. Buat pandai ke apa aku ni
Banyak orang menganggap aku ni serba serbi tau mengenai blog. Tolonglah jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi takut korang kecewa di kemudian hari. Aku mungkin tak dapat puaskan hati semua pembaca dan aku hanyalah berkongsikan pendapat. Jadi banyak lagi yang perlu di perbaiki dan aku juga newbie dalam dunia blog ni. Usia pembabitan pun tak sampai setahun lagi.


5. Apasal aku malas nak update blog
Perkataan malas bagi aku tak tepat, aku bukanlah malas seperti yang pernah aku ura²kan ‘penyakit bermalas malasan’. Tapi antara sebab yang tak dapat dielakkan ialah keadaan internet yang amat menyedihkan, kekeringan idea, ketiadaan waktu untuk berintenet, kesibukkan aktiviti harian dan sewaktu dengannya. Aku juga ada sebab dan alasan kukuh kenapa aku
update 2-3 hari sekali tak seperti blogger² lain yang update 2-3 kali sehari. Jadi ni cara aku berblog, mungkin tak sama macam korang sebab blog ni bukanlah diari bagiku.


6. Upload gambar sendiri
Ada beberapa orang tanya kenapa sejak kebelakangan ni aku kurang letak gambar sendiri kat blog ni. Satu jawapan yang dapat aku kata ialah ‘entah la’. Mungkin ada pro dan kontra yang tak dapat aku jelaskan dalam blog, apa yang dapat aku katakan tak ada apa yang menarik tentangku, sama seperti insan biasa yang lain yang cukup sifat. Suka aku mengatakan biarlah orang kenal aku melalui penulisan bukanlah dengan dengan penampilan. Aku hanya letak pada entri yang berkenaan sahaja.


Macam nak list banyak lagi. Tapi cukup la 6 buat masa ni, mungkin versi kedua akan diadakan lagi kelak. Kalau sesiapa nak tanya apa² tentang diriku dan blog ni, sila kemukakan soalan dan mungkin aku akan jawab selagi dapat diterima akal soalan tersebut. Akhir sekali aku gembira dengan keadaaan sekarang ni dengan kata lain happy blogging.

37 Comments

  • wah, ok la.
    baru, tp dah kire hebat!
    :)
    hee~

    update 2 ke 3 hari sekali, tp in one day, 2 ke 3 post. haha~ :)

    [Reply]

  • hiks, cerita diri anda..
    ok le 2…

    eazy pun update entry dalam seminggu 3 entry sahaje…
    huhu

    [Reply]

  • aku pon x letak gambar sniri..
    nnt orang kata aku buat blog ni nak cari pasangan hidup ke?
    haha…

    [Reply]

  • wakakakaka….
    lawak la hang ni..

    [Reply]

  • Saffa suka mencapap dengan menempek banyak gambar dan bercerita itu ini sebab blog saffa pada mulanya untuk kawan-kawan saffa.. =)

    lama-lama, dah jadi satu kebiasaan. Bab kata orang.. memang itu lah style penulisan blog saffa yang paling saffa rasa selesa.. okay. memang SS =____="

    [Reply]

  • wah, dah cam artis lak kene jawab2 soklan dr peminat.. hehehe

    oklaa tu..

    [Reply]

  • haah, da mcm artis jwb interview melodi

    zasss :D

    [Reply]

  • wah. bru tahu.

    [Reply]

  • Inchik2, sy mau nanya,
    Kenapa inchik suka comment entri sy ?
    Haa tape2 sy suda tahu jwpn,
    Inchik mahu jd 'peminat setia' !

    Wahahaha ;D

    [Reply]

  • best juga ni…kita buat apa yang kita suka…kalau orang suka alhamdulillah kalau tak no problem

    [Reply]

  • nak tanye,

    dah kawin ke belum?

    sila jawab di entri berikutnye ye:D

    [Reply]

  • waa.. bagus2, compilation soalan. indah, lg senang. hehe anda ensem, xyah tayang muka anda. lalala

    [Reply]

  • go gog og og kerel go bebeh!

    [Reply]

  • Jambu!!

    aduyai!

    aku pedulik apa ko muda dari aku..lagi 10 tahun aku datang meminang ko~

    hahaha~

    [Reply]

  • Ya…happy blogging to you to!

    [Reply]

  • dah namanya blog kmu..suka hti kmu la bah mau ckap apa kan…hihih

    [Reply]

  • gambar ditempek kalau berkenaan atau penting2, special2 je.
    kalau biasa2 suka guna emoticon atau 'gambar hiasa' sudeh. heheh:D

    [Reply]

  • nampaknye kite mengalamai masalah yang same.internet begitu jelez dengan kita.haha

    [Reply]

  • happy Blogging Khairil..

    pedulik apa orang kata..lalala~~~

    [Reply]

  • susah nak puaskan semua pihak
    so biar je

    [Reply]

  • wahhh…ko dh buat post ni..so lps ni sape2 nk tau psl diri ko refer kat post ni je :)

    [Reply]

  • ye meh,,,mmg susah nak puas kan ati semua pihak…

    jadi buatla ape2 yg kite rase nak wat kat blog kite tu…kalau ada yg nak bace..bacela…=)

    happy blogging utk ko gak…

    [Reply]

  • suke sgt soklan no 1 tue,hehehehehe

    [Reply]

  • setuju… blog sendiri suka kita nak buat apa kan….

    [Reply]

  • dlu mse mule2 tulis blog manis suke buh pic syok sdri.
    skrg dh taubat.
    lalala

    [Reply]

  • happy blogging to u tOo Khairil..

    SS ngan blog sendiri je takpekan? jgn SS ngan blog orang lain yetak?…huhu..bahaye..

    Khairil:
    saye tau nape xnak ltk picta..haha..takut Orang yang belum bepunye ngorat2 kan? huhuhuhu..

    tapi bg ku, ber blogging bukan utk CARI PASANGAN okey..hanya utk suka-suki shj..just make a fren..
    enough ~

    [Reply]

  • kurangkan kontroversi,
    tingkatkan prestasi…hik3

    [Reply]

  • sama la kite.aku jugak bkan menjawab tag sejati,kecuali kalo terpaksa jek baru jawab..hhuhu

    [Reply]

  • kamu dah tawen ke?

    da berpunye ke blom?

    stadi kat mane ye?

    jom kita kenal2 ngan lebeyh rapat.muahahhhhhhhhhhhaa.

    [Reply]

  • manusia xpenah puas.. abaikan mereka.. huhu!!
    ni blog ko, ikut ko la nk watpe jnji x ggu hidup owg..

    [Reply]

  • haha. ak syg ko. walau siapa pun ko. tu hakikat

    [Reply]

  • ada jugak main tnya2 biodata??kalau ku..mmg tak layan..ahaha

    [Reply]

  • Oh gitu eh! Nanti senang2 citer le lagik. Hiks.

    [Reply]

  • by d way, congrats! anda tlah bjaye mndapat award. huhu. sila pungut di blog daku.
    ;D wink!

    [Reply]

  • k laa tu…lebih kurang ajer..hehe

    [Reply]

  • sebenarnya..

    baca gak entri saya yang agak SS.

    nak wat cmne kan.

    itu namanya personal blog.

    suka-suki je nak tulis pe.

    owh. muda lagi. bagus. truskan usaha!

    [Reply]

  • thanks 4 fr info about yrself..
    xyah la aLyn gi tnya agi…

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Geng FB