Tanpa Ilmu Siapalah Aku
1. Statistik blog aku menunjukan yang bulan ni aku malas update berbanding bulan² lepas. Adakah sebab utama adalah malas. Sebenarnya aku sedang menyiapkan report latihan industri aku yang berbulan tertangguh, jadi keutamaan harus diberikan pada perkara² yang lebih penting selain berblog.
2. Aku dalam mood berkabung, mungkin disebabkan pasukan pilihan aku Manchester United kalah kepada Barcelona pagi tadi. Jadi siapa yang sokong team ni, jom kita berkabung sama². HAHA
Di awal permulaan kerja sememangnya menyeronokan. Pendapatan ketika tu 1k lebih sebulan, bagi aku cukup banyak kerana ketika tu aku tak ada apa² tanggungan dan dengan pengalaman yang aku ada, dah mampu untuk dapat gaji sedemikian bagi seorang lepasan SPM.
Di alam perkerjaan juga telah membuatkan aku mula bergaul dengan kumpulan PADI (Pendatang Asing Dengan Izin) yang datangnya dari pelbagai negara antaranya Indonesia, Bangladesh, India dan Nepal. Walaupun ada diantara mereka telah berusia dan berkahwin, tapi urusan kerja tak membataskan aku untuk bergaul dan berurusan dengan dia orang walaupun perbezaan negara, status, bahasa dan usia. Pengalaman berkerja dengan kumpulan PADI amat menyeronokan bagi aku.
Bulan kedua selepas aku berkerja di situ, minggu orientasi diadakan bagi pengambilan pelajar semester baru di universiti tu. Sememangnya di mana² universti majoritinya adalah kaum perempuan, kat universiti ni pun sama. Ada yang sebaya dengan aku ketika tu, lepasan SPM. Oleh sebab aku dengan kawan² aku suka kacau pelajar² kat situ. Jadi pelajar² baru juga tak terlepas dari kami.
Jadi aku dengan kawan² aku memberanikan diri untuk buat kacau kat sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berehat di tepi jalan. Entah macam mana, macam dia orang dah tau yang kami nak kacau dia orang ni, terdengar suara sinis dari salah seorang dari sekumpulan perempuan tu.
Dah la muka tak hensem, ada hati nak kacau kita….kerja pun ntah apa², pergi blah la wei..kami mai sini nak belajar, bukan nak layan korang
Aku dengan kawan² masa tu terdiam kerana malu dengan ayat² yang di lemparkan oleh sorang budak ni. Mungkin benar apa yang dikatakan, kami dan sekumpulan pelajar tu umpamakan langit dan bumi. Kata² dari pelajar tu telah membuatkan aku berfikir beberapa bulan. Tak kan aku nak terus kerja macam ni sampai ke tua. Akhirnya aku nekad dengan kata hati aku sendiri.
Mungkin sekarang aku berterima kasih kepada perempuan tu kerana menyedarkan aku. Tanpa ilmu, manusia senang saja dikutuk, dicaci dan dihina. Setelah tujuh bulan berkerja di syarikat tu, aku mengambil keputusan untuk berhenti sebab ingin menyambung pelajaran di politeknik sampai sekarang.
MORAL
Sejarah telah membuktikan yang tokoh² ilmuwan dunia disanjung kerana kepandaian ilmu yang mereka ada dalam sesuatu perkara. Tanpa ilmu manusia tak akan berjaya, tanpa ilmu manusia tak kemana dan tanpa ilmu juga manusia di pandang rendah. Jadi sama² kita renung²kan.




lolo…
sedih nye cite..
sabar ek..
tapi kalo aku jd pompuan tu..
sama gak aku pikir..
cuma ak takkan menyuarakannya…
papepun…
buatlah slagi yg terdaya..
asal sumbernya halal…
tak gitu?
[Reply]
aku lebih sedih sbb MU kalah
haha
[Reply]
perghhh..! pedih kata2 tu broooo.. aku pnh kne sound cmtu.. pedih ulu ati woo.. hahaha..
pe2pn, truskan usaha.. blaja lg k.. =)
[Reply]
alahai..kisah benar ko ni sayu je ati weyy..
bese lar pompuan..demand..ceh..bhahaha..
tp bagoslah buat kau sedar nak belajar..
[Reply]
tak salah mencari ilmu… tapi ada ilmu tak di gunakan pun salah… jadi ilmu pandai wirering pun ok ap tak semua orang tahu wireing… jadi manafaatkan ilmu yang ada. belajar tinggi2 pun ada yang kecundang juga kerana tak manafaatkan ilmu
[Reply]
T_T MU kalah
kalau x sebab perempuan tu mesti ko xsedar lagi kan
ilmu penting buat masa sekarang
dan setuju yang tanpa ilmu siapa kita
[Reply]
cam poyo lak entry kali ni..
wakakkaka..
aduhai broo…. mu memang patut kalah.. dah tak releven da.. hahhaha..
[Reply]
naseb baik hg kawan aku
kalu x dh lama aku ban
haha
[Reply]
F
U
U
U
Y
O
O
O
agak sardis gak cite ini..
tpi yg ptg ang da bergaul mesra ngan kump PADI.. haha
mst byk bljr bhs meka kan??
^_~
[Reply]
Tanpa ilmu siapalah kita.
Jom berkabung!!!!
[Reply]
inchik jgn risau ya inchik~~
kepupusan kaum inchik membuatkan inchik tetap akan menjadi pilihan si gadisss… huuu~
[Reply]
Entri bagus
Tanpa ilmu, ta bermaknalah hidup kita .
[Reply]
Percaya dengan setiap ILMU yang kita sedang pelajari walaupun ade orang katakan ianya tidak perlu…
[Reply]
apa yg sedih sangaat MU tu kalah….rilekk la…
[Reply]
heh
bagus klu tau yg ilmu tu penting
tahu tp xamal
haiiisshh
pe la ku ni
[Reply]
xpa krielll..
adakah pompuan yg berani menyaunddd itu seorng yg CANTIK shggakan ia mbakar smgtmu utk bjya?
hihi
[Reply]
x pe krill,
nnti bler krill dh kaye n berjaye nnt.
pegi pinang pmpuan tu
keke
[Reply]
thanx to the girl yg mnyedarkan kamu.
moga kesedaran dn smangat ini sntiasa konsisten hinggalah kamu brjaya!
=)
but,
satu bnda yg pasti..
“malay” boys especelli suka sgt mnyakat minah2 xkira tmpt n tym.
heran,
apela pekdahnya utk ngara?
:p
[Reply]
fuh..tajam gile pompuan tu sindir..
haha,aku yg rock ni pun tak smpai ati nk sindir cemtuh..
tp bguslah ko dpt mende bek dri kte2 die..salute!
[Reply]
kalau aku tak berani sound llaki2 yg keje cmtu sbb aku pk jauh..buatnye diorang dendam n buat bkn2 nk bls dndam lg r naye..
ilmu mmg byk tp amal kurang lor T_T
[Reply]
PADI ek..
aku ingat semua PATI..
[Reply]
huk2. uni aku 3 laki : 2 pompuan
[Reply]
longkang tul mulut ppuan tuh..
cian ko..
doesnt mean dia bdk u dia dh cukup bgus..
naseb owg sape yg tau..
silap2 nnt ko kawen ngan dia..
bru tau dia diam..
[Reply]
tq utk dat girl jugak laa kn
erm u ncem what
[Reply]
ho~
100% setuju dgn tjuk entry nie
touching lorh~
[Reply]
kisah benar yg menakjubkan..hehe..
[Reply]
ayoyo smpai mahu berkabung dasyat sungguh
[Reply]
poli mana ek??? huhu.. course ape ni?
sy pun poli gk. tgh prktikl skrg ni..
[Reply]
hehehe
perempuan pun pandai memilih kan
[Reply]
teruk pompuan cam tu!bajet bagus ar tuh.uweks. tp,thats gud cuz kau amik mende tu +ve sgt.so, buktikan pd sape2 yg prnh kutuk or ape2 je lah kat ko. gud luck!
[Reply]
hurm..sadis betul citer ek..tapi benda camni skang dah normal..
tapi zaman skang ilmu itu penting..
tuntutla ilmu hingga ke (infiniti)..
huuuuuu…
[Reply]